Ramainya penghibur...!!!

Reflek kepada post DaRkPeAcE pasal Akademi Fantasia (baca disini), aku sebonarnya bersetuju gak dengan tulisan dia tu. hahaha...

Berbalik kepada perkara asal, ramai sekarang makin ghairah mau jadi artis. Ntah la samada mau jadi penghibur seikhlas ati, mau populariti, mau idop senang (cam Dato Siti Nurhaliza, jutawan beb). Dengan program-program seperti AF, Malaysian Idol, OIAM, berduyun-duyun orang berator untuk rejister. Bukan setakat remaja, reTUA pon sama.

Paling best untuk ditonton semestinya Malaysian Idol audition. Yang tu memang feveret aku and femili. Asal ja Malaysian Idol ada, mesti aku 1 femili kumpul depan TV ramai-ramai. Time tu la baru seronok tengok, melihat aksi-aksi 'penghibur' sebenar. Yang tak reti nyanyi perasan leh nyanyi, yang muka uduh ada ati mau jadi artis, yang tiga suku, yang sora sengau, semua ada. Penyanyi samseng pon ada, jangan memain (tak puas ati takleh masok MI).

1 part best yang aku penah tengok dalam MI audition bila sorang brader india nyanyi lagu Kau Ilhamku by Man Bai. Dengan aksi kaku + muka tiada perasaan, dia nyanyi lagu tu dengan loghat indianya. Mau pecah perot aku gelak sampai mak aku tegur. (Korang mesti tak faham, apa yang lawak sangat. Ok la, cuba lagukan Kau Ilhamku dengan loghat india. Gerenti korang faham. Rugi aku tak rakam part tu)

Part len, aku tengok dalam audition Mentor. Dia ada 2 sesi, menyanyi dan menari. Da sorang brader hip hop ni datang audition. Suara da power, juri siap puji lagi. Sampai kat adegan menari, dia bukak 'buah' breakdance' dia. Tengah ligat dia pusing kaki dengan kepala tertonggeng, sekali kaki dia sangkot kat stand mic. Pastu berbelit la wayar mic tu kat kaki. Mic tu jatuh, berpusing kat kaki dia and at last, mic tu landing tol-tol atas kepala dia kelepuk!!!!! Hambek kau.. Pastu leh nampak la jurukamera, juri lari gi kat dia and tanya "are u ok?". Brader tu plak jawab ok ja padahal dah nak biol kena kepala mic tu. Hahahahaha....

Kesimpulannya, AF, MI, OIAM, Mentor memang best gilos tapi time audition ja. Lepas tu rubbish, aku tak minat nak tengok dan ambik tau. Audition memang best, program hiburan yang bagus, kalah cerita Mr.Bean mau pon sitkom Senario.

Labels:

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.