Orang yang bodoh adalah orang yang melakukan kesilapan yang sama berkali-kali

Pernahkah anda mendengar ayat-ayat puitis diatas??!!

Pernahkan anda terlupa mengambil kunci sebelum anda keluar bilik dan menguncinya? Kemudian anda baru tersedar yang anda terlupa ambil kunci sedangkan pintu bilik terkunci. Ia berlaku diluar waktu pejabat.Ertinya anda akan didenda jika meminta tolong daripada fellow village maupun rakan-rakan RCSU.

Lalu anda brainstorm di dalam keresahan, lalu terjumpa beberapa penyelesaian:-
1) Anda kopak saja tombol pintu. Tapi tombol tu akan rosak. Kena report kat office dan bagi alasan. Masuk sem ni, dah 8 kali tombol ni dikopak.
2) Tendang pintu sampai terbukak. Pernah dicuba tapi tak berhasil. Menyakitkan kaki dan tapaknya. Amat menyeronokkan jika anda sedang berlatih Muay Thai @ geramkan seseorang dan cari jalan lepas tension.
3) Membuat aksi Spiderman dengan memanjat dari tingkap aras atas @ aras bawah. Sungguh senang jika anda di aras bawah dan dua. Amat gayat jika di tingkat 3. Pilihan yang ada, mintak tolong sahabat Turkmenistan anda panjat. Depa memang terror bab panjat bangunan ni. (rakan saya namanya Batyr. Rakan anda siapa pula?)
4) Jika anda pernah melakukan abseiling(betolkah ejaan nih?), ini masa yang tepat untuk menguji semula pengalaman dahulu. Menggunakan kain selimut+baju+kain yang diikat bersama seperti tali, kemudian dijulur dari tingkap atas ke tingkap bilik anda. Anda cuma perlu berpaut dan turun dengan berhati-hati. Gayat masih menjadi musuh utama, jika anda jatuh, pastinya ada keluarga anda akan mengusung keranda ke kubur esoknya.
5) Anda telah bersedia dengan kunci spare yang anda letakkan di tempat-tempat strategik @ kawan anda yang pegang. Biasanya anda telah merasai pengalaman terkunci bilik dari luar dan anda mengambil langkah ini sebagai persediaan jika ia berlaku sekali lagi.

Hari ni aku terkunci diluar bilik lagi. Tapi tiada masalah kerana aku telah menyediakan 2 kunci spare yang diletakkan di tempat strategik. Cara ni jugak menjadikan aku takdak masalah untuk menyusup masuk ke bilik ketika cuti semester bagi menikamati internet yang laju tahap cheetah. Jadi tahniah kepada diri sendiri atas cara yang bijaksana ini. Hahahahahaha......

p/s: Penyediaan kunci spare ini dibuat setelah 5 kali aku terkunci bilik tanpa pegang kunci. Maknanya aku dah buat benda bodoh sebanyak 5 kali = bodoh kuasa lima... Adoi laaa...

Labels:

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.