Isu pertelingkahan antara ‘Ali, ‘A-isyah dan Mu’awiyah r.’anhum

Setelah berlakunya pembunuhan secara jahat dan zalim terhadap Khalifah Islam yang ketiga, Saidina 'Uthman r.a oleh pemberontak dari golongan Munafik, umat Islam berada dalam keadaan tanpa diterajui oleh seorang Khalifah selama lima hari. Pimpinan ketika itu dipegang oleh ketua pemberontak iaitulah al-'Afifi ibn Harb al-'Akki.

Terbunuhnya Saidina Uthman secara zalim telah diceritakan oleh Nabi saw di dalam beberapa hadith baginda, antaranya :


‏ 5682 حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا سِنَانُ بْنُ هَارُونَ عَنْ كُلَيْبِ بْنِ وَائِلٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِتْنَةً فَمَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ يُقْتَلُ فِيهَا هَذَا الْمُقَنَّعُ يَوْمَئِذٍ ظُلْمًا قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا هُوَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِي اللَّهم تَعَالَى عَنْهم

Maksudnya : "Daripada Kulaib ibn Wa-il, daripada Ibn 'Umar katanya : Rasulullah menyebut tentang fitnah, kemudian lalu seorang lelaki, sabda Nabi saw, akan dibunuh ketika fitnah itu al-Muqanna' (seorang yang diuji/difitnah) ini secara zalim. Kata Ibn 'Umar, lalu aku melihat kepada lelaki tersebut, beliau adalah 'Uthman bin 'Affan r.a."

Kumpulan pemberontak menyedari, al-'Afifi ibn Harb al-'Akki tidak akan diterima oleh dunia Islam pada ketika itu, lalu mereka memujuk 'Ali, Talhah dan Zubair agar menerima jawatan sebagai khalifah, namun ketiga-tiga mereka menolaknya. Setelah kumpulan peberontah ini mengugut akan melakukan huru hara, lalu para sahabat yang berada di Madinah ketika itu sepakat melantik 'Ali bin Abi Talib r.a. untuk menggantikan tempat 'Uthman r.a. lalu bai'ahpun diberikan kepada beliau.

Abu Hasan 'Ali al-Nadwi berkata :

"Perlantikan Sayyidina 'Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah. Ini kerana apabila 'Ali dilantik sebagai pemimpin kerajaan dan masyarakat atau dibai'ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya khalifah al-Muslimin 'Uthman bin 'Affan r.a. baharu sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas. Pada zaman itu terkumpul faktir-faktor negetif seperti ketidakpuasan hati, sentuhan perasaan dan jiwa. Banyak pula berita khabar angin, persoalan dan salah faham yang timbul. Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan semakin melonjak-lonjak. Berita syahidnya 'Uthman menjadi tajuk perbualan dimana-mana. Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta perlaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh 'Uthman. Begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman apabila berlaku kejadian yang asing bagi mereka. Maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan."

Kesulitan Melaksanakan Hukuman Qisas terhadap Pembunuh 'Uthman

Setelah Saidina 'Ali r.a. dilantik dan dibai'ah sebagai khalifah, para pemberontak telah mengistiharkan diri dan bergabung dengan tentera Madinah. Ini menyukarkan pihak Saidina 'Ali sebagai khalifah untuk melaksanakan hukuman qisas terhadap penbunuh 'Uthman. Melihat hukuman qisas tidak dilaksanakan terhadap pembunuh 'Uthman, beberapa para sahabat termasuk Talhah dan al-Zubayr menemui 'Ali dan meminda daripadanya :

"Wahai 'Ali, kami mensyaratkan agar engkau menegakkan hukum bunuh balas. Mereka adalah kaum yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan 'Uthman dan menghalalkannya." Jawab Saidina 'Ali : "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bukanlah jahil tentang apa yang kamu semua tahu. Namun apa yang boleh aku lakukan terhadap suatu kaum yang menguasai kita dan kita tidak mampu menguasai mereka. Hamba kamu dan golongan Badwi yang ada telah menyertai mereka. Mereka berada di tengah-tengah kamu dan bertindak apa sahaja yang mereka suka. Apakah kamu melihat adanya kemampuan terhadap apa yang kamu mahu.?"

Para Sahabat Berbeza Pendapat

Dalam keadaan yang getir sebegini para sahabat dan umat Islam ketika itu terbahagi kepada dua pendapat:

Pertama : Menangguhkan hukuman sehingga keadaan mengizinkan seperti yang dinyatakan oleh oleh saidina 'Ali. r.a.

Kedua : Mesti disegerakan hukuman itu dan tidak boleh ditangguhkan. Termasuk dalam kumpulam ini ialah Saidatuna 'A-isyah r.'anha dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan.

'A-isyah mengumpulkan tentera dan berlakunya Peperangan Jamal

'A-isyah dan isteri Nabi saw yang lainnya telah keluar dari Madinah untuk menunaikan ibadah Haji di Makkah ketika peristiwa saidina 'Uthaman dikepung oleh pemberontak kerana takutkan fitnah dan kejahatan para pemberontak. Apabila mengetahui 'Uthman di bunuh, 'A-isyah telah menggesa orang ramai untuk bangkit mengambil tindakan terhadap pembunuh 'Uthman. Talhah dan Zubayr menyertai kumpulan 'A-isyah demikian juga Ibn 'Omar.

Saidina 'Ali telah menghantar al-Qa'qa' ibn 'Amr bertemu dengan 'A-isyah, kata al-Qa'qa' kepada 'A-isyah : "Wahai ibu, apakah yang menyebabkan engkau datang kesini?" Jawab 'Aisyah : "Wahai anakku, kedatanganku adalah untuk mengadakan perdamaian di kalangan manusia." Demikianlah juga jawapan dari Talhah dan Zubayr. Jawab al-Qa'qa : "Beritahulah aku apakah bentuk pendamaian itu dan bagaimanakah ianya boleh dilaksanakan. Demi Allah jika kami dapat menerima, kita akan melaksanakannya. Sebaliknya jika kami tidak dapat menerimanya, kami tidak akan melaksanakannya.?" Jawab Talhah dan al-Zubayr : "Membunuh pembunuh 'Uthman. Jika ini tidak dilaksanakan, bererti kamu telah mengabaikan al-Quran" Jawab al-Qa'qa' : "Hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh 'Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya adalah lebih besar daripada itu. Sebagai mana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada 'Uthman di Basrah, itu Harqud ibn Zuhayr disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah 'Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai.""

Pendamaian yang hampir tercapai ini, akhirnya dirosakkan oleh para pemberontak yang membunuh 'Uthman kerana bimbangkan keselamatan mereka jika Saidina 'Ali berjaya mengadakan perdamaian dengan 'Aisyah r.a.. Akhirnya tercetuslah peperangan Jamal setelah para pemberontak melakukan serangan terhadap kedua-dua pihak yang mengakibatkan timbulnya sangkaan dari kedua-dua pihak, perjanjian damai dikhianati.


Peperangan Siffin

Setelah tamatnya Perang Jamal. Saidina 'Ali telah meminta Mu'awaiyah untuk memberikan bai'ah kepadanya. Namun Saidina Mu'awiyah telah mengambil keputusan untuk tidak memberikan bai'ah sehinggalah 'Ali melaksanakan hukuman bunuh terhadap pembunuh 'Uthman. Jika sebaliknya mereka akan memerangi 'Ali.

Keadaan ini menyebabkan kedua-dua pihak bertemu di Siffin. Berbagai pihak telah berusaha mendamaikan agar peperangan tidak tercetus. Antaranya dua sahabat Nabi saw iaitulah Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda' yang datang menemui Mu'awiyah dan berkata : "Wahai Muawiyah apakah alasanmu memerangi Ali? Demi Allah sesungguhnya dia lebih dahulu memeluk Islam daripada mu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan." Jawab Muawiyah : "Aku memeranginya kerana darah Uthman, dan Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi menemuinya dan beritahu agar Ali melaksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh Uthman. Jika demikian nescaya akulah orang Syam pertama yang berbaiah kepadanya."

Dalam masa yang sama di pihak Ali, beliau tidak dapat melaksanakan hukuman balas bunuh kepada pembunuh Uthman disebabkan apa yang telah dijelaskan di atas. Hasilnya berlakulah peperangan Siffin yang mengorbankan begitu ramai nyawa.

Penutup : Pendirian Ahl al-Sunnah dalam Pertelingkahan Para Sahabat

Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah telah mengambil sikap yang paling selamat terhadap para sahabat dari mencerca dan membenci mereka. Berkenaan peperangan yang terjadi diantara mereka, ianya adalah disebabkan berbezanya ijtihad mereka dalam membela kematian 'Uthman r.a. disamping faktor-faktor lain, seperti adanya golongan pemberontak dari munafikin yang sentiasa cuba untuk melaga-lagakan umat Islam.

Al-Qurtubi berkata : "Tidak boleh kita melemparkan kesalahan secara putus kepada seseorang sahabat. Ini disebabkan mereka telah berijtihad terhadap apa yang mereka lakukan dan mengharapkan keredhaan Allah swt. Bagi kita, mereka semuanya adalah imam kita. Kita melakukan ibadat dengan mendiamkan diri daripada membincangkan perihal perbalahan mereka. Kita tidak akan menyebut tentang mereka melainkan dengan sebutan yang baik kerana menghormati persahabatan mereka dengan Rasulullah saw. Baginda saw telah melarang dari mencerca mereka. Allah swt telah mengampuni mereka dan telah menegaskan bahawa bahawa Dia meredhai mereka."


Sumber :

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.