Nazrey Johani: Sesuatu yang kita tidak tahu


"Nazrey Johani satu nama yang sinonim dengan Raihan dan kumpulan ini pernah meletupkan pasaran industri nasyid Malaysia satu ketika dahulu dengan jualan album sulung mereka 'Puji-Pujian' sekitar tahun 1997 sebanyak 700,000 unit. Bilangan ini sehingga sekarang masih sukar dicapai oleh mana-mana artis yang terkenal Malaysia sekarang.

Sekitar tahun 2005 lalu, Nazrey Johani yang menjadi vokalis kepada kumpulan tersebut meninggalkan kumpulan tersohor itu di saat kumpulan tersebut berada di puncak kejayaan. Bukan sahaja Malaysia bahkan dunia telah mengenali Raihan. Sewaktu mengikuti perjalanan Nazrey Johani atau lebih mesra dengan panggilan Abang Nazrey itu, saya berpeluang mendekati insan yang istimewa ini.

Masakan tidak, seperti kata Ustaz Mohd Nazri Zainudin, Pengurus II Al-Azhar Media dalam ucapan beliau, Abang Nazrey sanggup menjadi duta kepada sebuah 'syarikat kampung' sedangkan beliau adalah artis bertaraf antarabangsa. PMRAM mengambil kesempatan atas kedatangan beliau ke Mesir 21 Oktober lalu bagi mempromosikan Kamus Al-Miftah dengan mengadakan Konsert Apresiasi Graduan tanggal 22 Oktober yang dihadiri hampir 1,000 orang (termasuk mereka dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia).


Dalam siri ucapan beliau menjelajah Mesir sewaktu kedatangan beliau hujung bulan lalu, Abang Nazrey banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu era bersama Raihan dan pasca-Raihan. "Saya meninggalkan Raihan adalah untuk berdakwah," demikian ayat yang diulang pada setiap kali diberikan kesempatan untuk berucap. Seingat saya, boleh dikatakan setiap tempat yang beliau berada, beliau akan sebut kenapa beliau keluar Raihan. "Bukannya ada apa.

Tiada sebab lain saya keluar Raihan melainkan bagi memudahkan saya untuk mengerjakan kerja dakwah," tegas beliau lagi. Abang Nazrey juga ada menceritakan kenangan manis beliau bersama Raihan hingga dijemput membuat persembahan di luar negara, ke United Kingdom, Afrika Selatan, Taiwan, Kuwait dan negara Asia. Tidak dapat dilupakan sewaktu Raihan dijemput membuat persembahan di Persidangan Negara-Negara Komanwel yang dihadapan sebahagian besarnya ketua-ketua negara bukan Islam termasuk Ratu Elizebeth bahkan nama kumpulan ini turut meniti di bibir Ratu Elizebeth dan Putera Charles. Demikian kehebatan kumpulan tersebut.


Bantu Agama Allah
Pesan beliau kepada masyarakat pelajar, bantulah agama Allah. "Pesan saya, jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita. Saya dan Raihan dahulu tiada niat lain menceburi nasyid kecuali sebagai memperjuangkan dakwah," tegas beliau. Namun, seperti yang dikatakan tadi di saat kegemilangan mereka, Abang Nazrey telah turun bersama-sama masyarakat demi kerana dakwah.

Beliau sesekali menyesali kerana seolah-olah mengabaikan bumi tanah tumpahnya sendiri iaitu Sabah. "Hampir semua negara telah saya pergi, tetapi amat malang sekali negeri saya, Sabah amat jarang saya turun," ujar beliau sewaktu berucap di majlis ramah mesra di Rumah Sabah,Kaherah bersama pelajar-pelajar Sabah. Ini kerana, menurutnya bagi menjemput Raihan pihak tersebut perlu menyediakan sejumlah wang yang banyak sesuai dengan populariti yang mereka miliki. "Tapi sekarang, nak bayar saya berapa pun saya tak kisah. Sampai di sesetengah kawasan di Sabah, saya buat persembahan percuma," jelas beliau di majlis tersebut.

Kedatangan Abang Nazrey ke Rumah Sabah itu bertepatan sekali hingga beliau kelihatan bersungguh-sungguh meminta sokongan dan bantuan dari mahasiswa Al-Azhar khasnya anak Sabah bagi membantu usaha dakwah yang dilakukakn. Beliau sekarang dalam usaha mendirikan bangunan tahfiz serta sekolah agama persendirian di kawasan Sabah sebagai salah satu usaha menyebarkan Islam. Sepanjang hampir seminggu beliau berada di Mesir di bawah seliaan PMRAM, beliau banyak memberikan motivasi selain menghiburkan hati pendengar di hadapannya.


Keikhlasan'Resipi' Utama
Setiap tindakan Abang Nazrey menzahirkan keikhlasan. Walaupun memeluk Islam ketika berusia 12 tahun, namun kekadang menampakkan beliau lebih Islam dari orang Islam itu sendiri. Beliau juga sering menyebut, "Anda semua seharusnya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Ibu bapa Islam. Keluarga Islam. Berlainan dengan saya." Bagi Ustaz Mohd Nazri Zainuddin, Pengurus al-Azhar Media yang banyak berkawan dengan Abang Nazrey, secara peribadi beliau amat mengagumi Abang Nazrey. "Kalau tidur waktu malam, beliau akan bangun lebih awal dari kita dan bersiap untuk solat Subuh," kata Ustaz Nazri yang juga bekas pelajar Al-Azhar cawangan Damanhur kuliah Syariah Wal Qanun.

Ustaz Nazri juga menganggap Abang Nazrey seorang yang profesional. "Pernah sebelum ini syarikat kami (Al-Azhar Media) menawarkan untuk menjual serrta mempromosikan sama album beliau, tapi beliau enggan." Kata Abang Nazrey, "Saya sebagai duta kamus, maka saya harus profesional." Antara sifat lain yang ada pada Abang Nazrey ialah semangat menuntut ilmu. Untuk makluman, Abang Nazrey sempat mengambil ijazah dari seorang syeikh Qiraat di Hayyul 'Asyir. Dengan memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada syeikh tadi, beliau diberikan ijazah surah tersebut bermula dari syeikh tersebut yang diriwayatkan dari guru beliau hinggalah dari Nabi Muhammad s.a.w dan Jibril a.s. Perkara ini yang selalu dibawa oleh beliau setiap kali berucap menunjukkan betapa tinggi cintanya kepada ilmu.


Sebelum pulang ke Malaysia, Abang Nazrey ingin melawat Pasar Khan Khalili lalu kami bawakan beliau bersama rombongan. Sebelum membeli-belah, beliau sempat menziarahi Masjid Saidina Husein bin 'Ali serta sempat menziarahi makam beliau. "Alhamdulillah, sempat ziarah tempat yang mulia ini. Doa saya yang tak sempat di Makam Imam Syafie tadi, saya doakan di sini," katanya yang sebelum ini telah menziarahi Makam Imam Syafie. Beliau yang bakal menimang cahaya mata yang keenam tidak lama lagi, "Doa dan hajat saya banyak. Semoga Allah makbulkan doa saya berkat mereka yang mulia ini," sambung beliau lagi.


Di akhir perjalanan beliau, PMRAM berkesempatan menjemput beliau di program Kembara Jejak Realiti (KEJORA) di Ismailiyah bagi pelajar-pelajar baru. Yang paling mengharukan saya, persembahan Abang Nazrey di tempat akhawat. Tidak setakat beberapa buah lagu yang dihiburkan, bahkan motivasi yang diberikan mampu menitiskan air mata para siswi yang mengikuti programnya. Sebelum itu, PMRAM sempat
roadshow bersama beliau di tiga muhafazah utama iaitu Tanta, Iskandariah dan Mansurah. Sesuatu yang agak meletihkan terpaksa mengunjungi tiga muhafazah dalam sehari. Itupun berlaku kelewatan dari segi jadual tiba di Mansurah dan Tanta.

Namun kesabaran ahli DPM masing-masing yang sanggup menunggu kedatangan Abang Nazrey hingga kami tiba di Tanta jam 10 malam. Majlis terpaksa diadakan secara ringkas memandangkan masa yang agak lewat. Kami amat menghargai ketiga-tiga muhafazah tersebut terutama Tanta dan Mansurah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi DPM Mansurah, Ustaz Amin Taufiq Rifain dan DPM Tanta, Ustaz Mohd Faizul Endut.

Catatan oleh: Muhammad Abdul Malik Abdul Karim
(Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2008)

Labels: ,

12 cAkAp2:

  1. Anonymous said...:

    sangat terharu

  1. Anonymous said...:

    saya harap nazrey masuk raihan semula sbb sy minat sngat raihan yg dulu...skang ni raihan dah kurang best lagu2 die

  1. Anonymous said...:

    Content bagus..tapi font kaler hijau..sakit mata membacanye mek..

  1. ietams said...:

    Singgah baca info yg menarik ttg ust. nazrey ni. Terima kasih kongsikan..

  1. Anonymous said...:

    Betul tu...kisah menarik utk dbaca...harap blogger bleh tukar kaler ye..

  1. Lanz said...:

    Kisah menarik. Tp, tak dapat baca sampai habis. Sakit mata mcm nak migrine. Harap blogger dpt tukar warna font tu

  1. Lanz said...:

    Kisah menarik. Tp, tak dapat baca sampai habis. Sakit mata mcm nak migrine. Harap blogger dpt tukar warna font tu

  1. Sakura marissa said...:

    Sakit mata wei.... Smua tgk los tu hijooooo jek.. Adoi

  1. Sakura marissa said...:

    Nice sharing but not nice font coloršŸ˜­

  1. Anonymous said...:

    Teruskanla memperjuangkan agama Allah..walau dalam bidang apapun..

  1. NN said...:

    Tukar warna font. Hitam pun ok. Migran saya( migraine)

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.