At last, beberapa ari lepas Tan Sri Muhyidin Yasin umum PPSMI akan dimansuhkan juga walaupun hanya pada 2012, sepenuhnya manakala BI dicadangkan sebagai subjek wajib lulus SPM. Maka berita tersebut disambut baik oleh majority rakyat Malaysia (sebagaimana diwar-war dalam berita). Ada la jugak yang bersedih, seperti Bapak PPSMI Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Dia melahirkan kekecewaan namun gembira bila BI jadi subjek wajib lulus.
Dulu masa Tun nak laksanakan PPSMI, angguk ja menteri-menteri dia. Bila nak bubar, takdak pulak orang yang dulunya angguk menentang keputusan ni. Pelik betoi, dasar kroni. Aku pun leh paham sebab apa Tun kecewa sangat. Cuba kita, kalu idea kita yang dah diimplementasi, tiba-tiba orang nak mansuh, mesti la terasa, btoi dak.
Tu la Tun, gelojoh dengan teghejal sangat masa nak wat PPSMI dulu. Eksperimen konon. Ada ka patut pi eksperimen 1 Malaysia (cam konsep 1Malaysia Najib lak. Hahahaha). Pandangan tokoh akademik tak ambik pusing langsung. Last2, budak luar bandar gak teraniaya. Kalu nak eksperimen sangat pun, buat la kat sekolah SBP dengan MRSM dulu. Dah dapat hasil yang memuaskan, baru bawa masuk ke sekolah harian. Terlupa baca Bismillah kot masa mula laksana dasar ni, tu yang gelojoh tu.
Nak ulas panjang-panjang pun tak guna. Orang lain dah ulas, so kita copy paste ja la ulasan orang. Ni antara ulasan menarik dari ruangan komentar blog Faisal Tehrani:-
yiskandar said...
Orang yang berfikiran macam saudaralah yang akan menyebabkan Melayu menjadi kolot selama-lamanya. dua puluh tahun akan datang ,saya rasa pemimpin melayu akan menangis kerana melihat orang melayu ketinggalan dan cuma layak menjadi kuli sahaja.sepatutnya PPSMI dikekalkan dan kerajaan perlu melatih guru yang ada kredit dalam bahasa inggeis/sains dan matematik menjadi guru yang terlatih untuk mengajar subjek matematik dan sains disekolah. Tetapi kenapa kerajaan banyak melatih guru sejarah,geografi ,kemahiran hidup dan pendidikan jasmani yang kurang perlu dalam pembangunan negara ..boleh dilatih? Tetapi guru sains dan matematik yang mahir dalam bahasa inggeris tidak dilatih. Sepatutnya perlu ada kemasukan peringkat ijazah iaitu matematik/sains dalam bahasa inggeris dan mereka kemudian dihantar kesekolah rendah. kenapa peringkat ijazah pra -sekolah boleh di latih? Kerajaan dan saudara terlalu emosional konon-konon nak perjuangkan Bahasa Melayu. papan tanda tulisan cina di pekan pun tak dapat di basmi? saudara akan lihat nanti: orang melayu akan mundur tetapi orang Cina dan India akan maju kerana bahasa teknologi orang Cina dan India sangat maju kerana ada penterjemahannya yang update dari negara China/Taiwan/Hong Kong dan India yang maju dari segi teknologinya. Orang Melayu siapa nak terjemah ilmua-ilmu sains dan matematik dalam bahasa melayu? nak harap A. said atau siapa? Sikap melayu,baru sikit nak nampak hasilnya,sudah dibuang tetapi tak buat kajian. wahai pejuang bahasa melayu,banyak lagi perkara lain yang boleh dijuang kenapa nak ambil risiko berkaitan PPSMI? Sepatutnya cari langkah pembaikan dan memurnikannya lagi bukan memansuhkannya. Kamu pasti dikeji oleh generasi akan datang..kita lihat sahaja. Adakah kamu pejuang atau pengkhianat bangsa kerana menggagalkan PPSMI??
Ahmad Faris said...
Yiskandar,
Anda bercakap tanpa sebarang fakta. Semua pekerja berusia 45 tahun ke bawah di Malaysia pernah mengikuti pembelajaran dalam bahasa Melayu tanpa PPSMI!
Mana dia generasi yang mengikuti PPSMI sebelim tahun 1970an? Mana dia saintis/engineer/teknokrat dari generasi ini.
Generasi PPSMI sebelum tahun 1970an hanya layak mendapat GRED 3 saja dalam MCE pada masa itu.
Anda masih dengan isu lapuk, isu terjemahan. Belajar asas Sains/Maths pada anak-anak seawal 7 tahun tidak perlukan sebarang terjemahan. Asas ini telah ada/ujud sejak Nabi Adam. Apa kejadah perlu tahu dahulu untuk memahami konsep mudah Maths/Sains?
Kenapa ikut Zimbabwe, Filipina, Bangla, Sri Lanka yang membuat PPSMI? Mana bukti kejayaan negara-negara ini?
Pengasas PPSMI akan dikencing kuburnya oleh generasi muda yang dinafikan haknya menuntut ilmu.
Orang bodoh saja tidak dapat membezakan pembelajaran bahasa, matematik dan sains. Semuanya memerlukan kemahiran berbeza.
Ibnu Abas said...
Resolusi UNESCO (1951:691): On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.
Terjemahan resolusi UNESCO:
Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.
0 cAkAp2:
Post a Comment