Hikmahnya Dikurniakan Ramadhan kepada Umat Islam

Mengikut jangkaan awal, 1 Ramadhan 1432H akan jatuh pada 1 Ogos 2011 mengikut perkiraan falak. Tinggal 2 ari saja bagi seluruh umat islam untuk sarapan pagi dan tengah hari sebelum mereka memasuki sebulan di mana mereka akan berjuang melawan nafsu masing-masing yang pelbagai; menegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan memelihara pahala puasa itu sendiri.


Aku sendiri tidak menyedari bahawa bulan Ramadhan makin hampir. Yang lawaknya, seorang non-muslim sendiri yang mengingatkan aku tentang bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi, dikala aku menolak pelawaannya untuk dibelanjakan Big Mac (Menu McD) semasa urusan jual beli mini laptop di Ipoh isnin lepas. "You kena makan banyak-banyak maa..Minggu depan you sudah kene puasa kan?? Tak boleh makan tengah hari lagi maaa.." Dia dan jugak aweknya (awek dia cun jugak), sempat bertanya sedikit sebanyak berkenaan puasa, sambil dia buka cerita mengenai rakan melayunya yang kantoi tak puasa taun lepas (makan senyap-senyap dalam kereta). Seronok dapat bertukar pandangan dengan dia,since dia mengakui dia tak banyak sangat tahu berkenaan ISLAM dan tak ada orang yang nak terangkan. Nampaknya,kerja-kerja pendakwah makin banyak.


Bercakap berkenaan puasa untuk mengekang hawa nafsu ini, terdapat satu kisah menarik yang mana kisah ini mula diceritakan ketika aku berada dalam Smart Group RMUTP,dan kisah ini aku ceritakan kepada ahli-ahli SG aku setelah aku menjadi Naqib pula. Dinukilkan dalam satu hadis qudsi ketika Allah Taala menciptakan nafsu, Allah bertanya kepada nafsu:

Siapakah kau dan siapakah Aku?

Nafsu menjawab: kau adalah kau dan aku adalah aku

Allah murka kepada nafsu akan jawapannha dan memenjarakan dia dalam kepanasan. Setelah berpuluh-puluh tahun, Allah mengeluarkan nafsu dari kepanasan dan bertanyakan lagi soalan yang sama.

Namun, masih jawapan yang sama diberikan oleh nafsu. Jadi Allah murka kepadanya dan memenjarakan nafsu dalam kesejukan selama berpuluh-puluh tahun.

Kemudian, Allah mengeluarkan semula nafsu dan mengajukankan soalan yang sama kepada nafsu. Jawapan yang sama masih diberikan. Lalu dipenjarakan nafsu dalam kelaparan selama puluhan tahun.

Tak lama kemudian, dikeluarkan nafsu dari kelaparan dan diajukan soalan yang sama kepada nafsu. Ketika ini barulah nafsu menjawab:

Kau adalah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu.


Ibrah daripada kisah diatas, dapat disimpulkan bahawa dengan berlapar ini,nafsu dapat dikekang kebuasannya. Dengan ini, umat islam diberi peluang selama sebulan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya bagi melakukan amal ibadat sebagaimana yang ditawarkan oleh Allah S.W.T. dalam sebuah hadith Qudsi:

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu"

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Buat semua umat Islam,selamat berpuasa dan menjalani ibadah. Perlumbaan melakukan amal ibadat sebanyak-banyaknya akan bermula tak lama lagi. Tak dilupakan juga waktu berbuka puasa yang boleh didapati dalam newspaper maupun waktu maghrib yang sedia ada kat dalam blog ni. Renung-renungkan, dan selamat beramal~

Labels: ,

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.