Bangkitnya Jepun daripada bencana

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah ini kerana kekuatan gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk lalu lintas malam semalam.

Kembali semula...: Inilah Great Kanto Highway yang hancur kerana gempa bumi pada 11 Mac - tetapi dibaiki semula hanya dalam masa enam hari.

Ramai pekerja di Jepun telah kembali bekerja semula dan beberapa syarikat di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami telah dibuka kembali.

Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan 'kesempatan membeli' di pasaran wang.

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.