Kenyataan rasmi pemimpin dulu kala

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya

Labels: , ,

Kesan kata-kata pada persekitaran

Sebaiknya kita semua mula mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebut tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, seorang hamba Allah ini pun tertarik untuk melakukannya.

1. Sisa nasi yang sudah diperapkan semalaman ditempatkan ke dalam 2 bekas dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.

2. Bekas-bekas itu ditampal label yangg tertulis kata-kata seperti berikut:

Bekas A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu dekat denganmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Bekas B : " Kamu Bodoh, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihat kamu, Aku tak mahu berjumpa kamu”.

3. Bekas-bekas ini diletakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, setiap orang yamh melihatnya disuruh label pada bekas tersebut setiap kali melihatnya.

4. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian.

5. Nasi dalam bekas yangg dibacakan kata-kata Negatif ternyata cepat berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang kurang menyenangkan.

6. Sedangkan Nasi dalam bekas yang dibacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.




Kesimpulan:

Di dalam buku dinyatakan ada yang mencuba dengan tiga bekas dimana bekas ketiga tidak diberi apa-apa label @ diabaikan / tidak dipedulikan, dan sisa nasi dalam bekas yang diabaikan itu membusuk jauh lebih cepat berbanding bekas yang dipaparkan kata "Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan sekerja kita, dan orang-orang di sekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan di sekeliling kita akan merasakan kesan yang ditimbulkan daripada getaran-getaran yang berasal dari fikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian juga kawal fikiran-fikiran yang timbul dalam hati kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Labels:

Only In Pakistan - original registered trademark!












Labels:

Birth of Horse








Labels:

Elecrical Technician CREATIVITY













Labels:

Creativity at its BEST









Labels:

The Beauty of MATHS

Di sebalik keindahan nombor, wujud keagungan Yang Maha Esa.

Sesempurna kejadian manusia, wujud kehebatan Yang Maha Pencipta.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Yang baik bagi makhluk-Nya, belum tentu menjamin kebaikan dan kebahagian untuk kita.

Dan yang buruk, tidak semestinya mendatangkan kemudaratan dan kehinaan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Kita belum pasti akan bernyawa esok…

Mohon keampunan dari-Nya dan kedua-dua ibubapa…

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it? And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Now, take a look at this... 101% From a strictly mathematical viewpoint: What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life? Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If: H-A-R-D-W-O-R-K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And: K-N-O-W-L-E- D-G-E 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But: A-T-T-I-T-U- D-E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 =
101%

Labels:

Petua Mencuci Hati by Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan perkara yang ingin diminta kemaafan..

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Labels:

Hang Tuah Fail SPM [skrip]


Penah tengok video Hang Tuah Fail SPM?? Ni skripnya

Mak Hang Tuah:

Haaa,hangpa ka.. mai2 masuk. Dia dok ada dalam minum kopi. Mai2 minum sekali.

Hang Jebat (HJ):

Assalamualaikum.

Hang Tuah(HT):

Waalaikumussalam.

HJ:

Oi zaq, result dah keluaq dah, result SPM. Hang teghok.

HT:

Aku dapat teghok?? Betoi ka hangpa ceghita ni??

HJ:

Ha la, hang teghok. Hang semua fail.

HT:

Fail semua?? Biaq betoi.. Betoi ka hangpa tengok ni??

HJ:

Ha la, kami semua dapat 9A, tunggu surat nak masuk universiti ja. Tapi result hang teghok.. hang ngaji camna. Aku dok agak dah menda ni semua nak jadi. Aku ajak hang pi sekolah, hang tak mau dulu. Hang dok lap ja.

HT:

Hang jangan cakap macam tu.

HJ:

Buat pa aku nak muhong hang..

HT:

Heh, tak mungkin

HJ:

Ha betoi. Hang tak caya hang pi tanya Li nu. Dia tengok sendighi result hang kat papan kenyataan tadi. Li yang habaq kat aku dia tengok hang semua fail.

HT:

Aku fail... huk3, siang malam aku study

HJ:

Hang relax la, takpa hang buleh ambik paper julai

HT:

Senang hang cakap. Hang tau dak SPM tu susah. Siang malam aku study. Aku tak tidoq, tidoq lambat. Aku x pecaya aku fail, hang muhong.

HK:

Ya Allah, hang tak pecaya pa. Hang pi tengok sendighi.

HJ:

Huh, hang pi tengok sendighi kat sekolah sok. Dia dok lekat elok2 lagi, besaq kat papan kenyataan tu, kami habaq hang tak pecaya.

HT:

Sapa nak pecaya cakap hang??!! Aku dah study siang malam takkan buleh fail. Hang tau dak aku dok perabih duit tusyen.

HJ:

Tusyen.. Bukan hang dok pi clubbing ka dulu. Hang waktu pi tusyen hang pi mana ha?? Waktu tusyen... Hang tak kesian ka kat mak hang tu, wak keluaq duit suruh hang pi tusyen hang dok pi clubbing.

HL:

Wei Man, hang jangan lupa, kita pi clubbing sekali 3 orang. Haa, tiap2 malam kita dok pi clubbing tu hapa, hang buat lupa plak no.. hang kata dia sorang aih..

HJ:

Tu ceghita taun lepaih, dah basi dah. Hang ni ketinggalan zaman, aku tak pi la clubbing2 tu. Huh!! Wei Mat, hang bila nak insaf??!! Lepas ni harap2 hang pi mengaji kat sekolah swasta hang belajaq betoi2 hang jangan dok bagi fail dah. Ni aku nasihat kat hang. Orang suh pi sekolah hang pukoi orang nu, hang pukoi orang ni, hang nak jadi gangster??!!! Huh, jom kawan2 balik.

HT:

Bila masa aku pukoi orang?? Aku pi sekolah, aku mengaji elok ja. Dia yang dok pukoi orang, kata aku yang pukoi. Huh.. Tapi result aku teghok.. result aku teghok.. wuuuuu.. aku kena mengaji, aku kena mengulang lain.

Sedar tak sedar......

Suda sebulan aku praktikal kat Petroleum Economics Dept, level 24 KLCC nih.. macam-macam dah jadi sepanjang sebulan ni.. berbeza 80% idup kat U dengan luar... Praktikal kat tengah bandar, tingkat tinggi, ari-ari naik lif (baik kat rumah mau pun tyme nak nek opis).. summary nya camni



Menda best (currently):

Kalau dept wat knowledge sharing session @ join mana-mana talk / workshop, gerenti ada makan pree yang sedap + goodies cam headset, lanyard, mouse, pendrive, etc... Kalu kompeni len yang organise (Schlumbeger), lagi gempak.. wat kat hotel, makan taraf 5 bintang.. kalu nak makan dengan kos sendiri mau abis RM100.. hahaha



rumah sewa ada streamyx, online gtoks 24 jam, aktiviti-aktiviti terkini.. Tyme intern jugak belajar guna torrent.. 1 umah torrent cerita, siries, movies, etc.. terok2...


Join macam-macam aktiviti sampingan tiap-tiap malam.. Usrah, kursus, ziarah, teh tarik session, bowling match.. Cuma tyme intern ni, tak penah lagi tengok wayang.. Ada la sebabnya tu..


SV sempoi punya.. Senyum memanjang, tak kira tension maupon tak.. dia sembang, last ayat dia mesti ada gelak kecik.. da nampak dah Dean List aku intern ni (InsyaAllah)...


Since aku duduk kat Petroleum Economics Dept, aku akan belajar benda yang Cuma member-member aku yang lain akan belajar final year nanti (Petroleum Econ adalah subjek student PE untuk final year).. Oyeah...

Minum free tiap-tiap pagi kat pantry.. Pilih ja, nak milo, nescafe, kopi, teh, neslo, smua ada...



Menda tak best (currently):

Kos sara idup toksah crita la, mahai betoi.. Purata 1 ari leh sampai RM 15>... Elaun 500 ja + 500 elaun belajaq.. makan saja tu, tak termasuk sewa umah... mahai woo...


Walaupon ada streamyx, tapi kena bayaq bulan-bulan... Nasib pakai staff punya pakej (Kak Amir keja kat Tmnet, so streamyx atas nama kak dia), leh la rent murah 50%.. Namun, fee broadband celcom kena bayaq gak.. terpaksa pakai since kat opis cuma bleh guna intranet ja, no internet for practical / trainee..


Umah problem.. Lampu jamban tak buleh bukak, 2-3 soket tak buleh pakai.. tapi tuan umah cas sampai RM1350.. tak padan dengan harga, condition umah cam RM1100.. Makan duit syubhah betoi..


Toilet KLCC tak mesra pengguna.. air pancut mendatar, camana nak ‘mencuci’.. Buduh tol sapa yang pasang mangkuk jamban tuh...



Dulu aku penah jugak dengaq crita orang yang intern kat KLCC ni tak best, sampai aku apply kat terengganu as 1st choice aku untuk SIIU.. Now bila da merasa sendiri kat KLCC ni, baru rasa syok lagi dari duduk PMO Kerteh nu.. Dengar cerita, mamber-member kat sana terpaksa share komputer, makan tyme meeting pon biskut kering ja, kerja dok melawat warehouse memanjang sampai bosan (Cuma bestnya buleh balik awai).. Tambah lagi diorang baru melepasi fasa banjir, so start intern pon lambat.. Btw, puas ati gak dapat intern kat KLCC.. syukur..

Labels:

Meraikan member Gen06

Pada Ahad malam lepas, senior-senior UTP yang dah keja wat majlis perpisahan untuk member Gen06 yang bakal abis praktikal minggu ni. So satu perlawanan persahabatan bowling telah diadakan untuk meraikan mereka dan keluarga mereka. Jom saksikan aksi-aksi mereka..


Zuli dengan balingan 'Jantan Macho' lah...


Tinggal 2 pin lagi nak jatuh, AFO lebih rela melorongkan bola boling ke dalam longkang.. Kuang3


Sambil tengok bola tu, Mad tengah wat jampi sebenaqnya.. Takmau bagi bola lari dari pin..


Malam boling menjadi milik Izzu.. Dengan balingan yang padu dan tepat, dia menjuarai kejohanan tak rasmi boling sempena perpisahan geng Gen06


Haidzir statik tengok bola dia melelong cam ular kena palu.. "Kompem longkang dah bola aku ni."


Ex-Presiden MPP pon tunjuk bakat men boling gak.. Walaupun banyak longkang ja, namun 'strike' tetap 2-3 kali... Bravo..


Balingan ayu Dinho.. Seperti Ex-Presiden kita, longkang dan 'strike' menjadi sajiannya malam itu.. Namun 'strike' 3 kali berturut-turut menjadikan dia tak tido lena malam tu...


Aksi Shahroman & Dinho bilamana bola melongkangkan dirinya...


Puh3, mintak-mintak la kena... Awangku import jampi dari Sarawak bhai...


Gelaran 'Putera Longkang' menjadi milik beliau ini.. Siapakah dia..??!!!


Fakhirin pon 1 hal, baling ke tempat lain, bola ke lain... Try cari mana bola dia...


Ni dia adiah kemenangan untuk Izzu kerana menjuarai boling tak rasmi ini... Kami belanja dia nek kuda muzik sorang sekali.. Ingat dia nek bengang tapi hepi rupanya.. Memang tak matang la Izzu...


Terima Kasih kat Bro Fuad , Bro Mox, Bro Odex n zaujahnya, Hidzir dan lain-lain yang sanggup datang meraikan sahabat-sahabat yang nak balik UTP. Ada rezeki, kita jumpa balik kat UTP..

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.