3 application kat atas merupakan benda yang common bagi aku untuk berhubung dengan member yang dah duduk jauh-jauh. Jom kita tengok apa kelebihan application ni…
Aku start mengenali benda ni masa foundation 1st sem, lepas farid introduce. Masa tu aku join venture dengan dia untuk jual kad topup. Mula-mula jarang sangat aku pakai sebab friends list aku Cuma si Farid ja. Start foundation 2nd sem, aku start join event dan komiti-komiti event ni jadikan gtalk sebagai medium perhubungan untuk kerja update progress work, inform meeting dan macam-macam lagi. Bagi aku, gtalk ni simple dan mudah, senang login walaupun kadang-kadang dia jadi biol sikit untuk login. Tak banyak function macam YM seperti smiley, IM environment, games tapi dalam bab nak hantar mesej ni tip top. Sekarang dah jadi medium utama aku dalam perhubungan maya. Lagipun dah ramai member pakai gtalk(friend list dekat 100 orang), so lagi mudah untuk aku kontek nak tanya pasal lecture, esemen. Friends dalam gtalk aku ni, 96% adalah budak UTP. Budak U lain tak layan gtalk. Aku tak tau sebab apa. Lupa nak tambah, leh transfer file jugak gtalk ni, bukan stakat mesej ja. (tapi tak boleh lawan
Aku mula ada akaun Yahoo masa buat application nak masuk UTP dulu(punya la kuno diri ni, dah abis Form 5 baru ada email). Tapi aku start pakai YM pun selepas aku masuk UTP (biasa la, kat rumah tak da internet. Tak tau sangat bab-bab ni). Macam biasa, friends list tu awal-awal, sikit sangat. Dah lama sikit, bila dah kenal ramai member, mintak la YM nak add.Taun demi taun, bertambah la friends list aku melebihi 100 orang(lagi banyak dari gtalk). Tapi sekarang aku dah jarang login sebab YM dah jadi bengong(ada problem masa nak login). Bila tak login, aku terputus hubungan dengan member-member Astech( depa ramai pakai YM). Aku tak kisah sangat. Lagipun ada henset, kontek pakai SMS dah la.
Ni pun aku mula pakai lepas aku masuk UTP. Ex-roommate aku, Makwan yang introduce. Agak meluas penggunaan benda ni bagi batch July 06. Antara keistimewaan ketika tu, boleh buat video call, chatting dalam conference, sebar maklumat. Makwan rajin pakai untuk komunikasi masa main DOTA dengan geng-geng dia. Senang la sikit nak susun strategi. Tapi ada jugak sisi skype yang aku tak suka. Dia banyak SPAM, sampaikan laptop aku sekarang tengah nazak(Alhamdulillah, masih lagi bertahan walaupun dah 1 tahun nazak). Lagi 1, bila mesej, mesej yang kita type lambat sampai kt orang
0 cAkAp2:
Post a Comment