CINTA : Naluri yang menjadi penyakit

Kebanyakan remaja zaman ini pastinya telah mengenal dan melalui CINTA. CINTA yang bagaimana..? Jika disebut istilah ‘couple’, pasti ramai yang memahami dan mengetahui. Pernah juga diperdebatkan umum, apakah hukum bagi CINTA sebelum nikah ini..? Haram? Harus? Halal? Lalu mereka yang bijak pandai segera mengeluarkan pendapat yang memutuskan CINTA sebelum nikah ini HARAM. Antaranya dalil dari Al-Quran seperti Surah Al-Isra’ ayat 32


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”


Lagi, hadis riwayat Ibnu Majah


"Tidak ada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang menyintai satu sama lain melainkan PERNIKAHAN"



Persoalannya, mengapa masih lagi kedapatan mereka yang bagai tak mengendahkan pendapat ini. Adakah perlunya ditunggu seorang mufti mengeluarkan fatwa, maka barulah terhegeh-hegeh untuk mengikutnya. Belum lagi dikira komitmen untuk mengikut seruan fatwa tersebut. Seperti fatwa yang dikeluarkan Mufti Johor untuk memboikot barangan Israel dan Amerika setelah Israel menyerang Gaza. Berapa kerat sangat yang mengikut. KFC masih ramai orang islam yang berkunjung. Baru semalam, seorang kawanku membawa balik pai epal yang dibeli di McDonald sebagai buah tangan kepada rakan sebilik. Mahu tahu lagi, serbu saja ke bilik rakan-rakan anda, lihat jika masih ramai lagi yang menggunakan barangan berjenama Johnson n Johnson, Nestle, dan sekutu-sekutu dengannya.

Diungkapkan oleh seorang guru, kebanyakan kita lupa, bahawa diri sendiri sebenarnya adalah HAMBA. Menjadi masalahnya apabila kita gagal untuk menguruskan cinta HAMBA sesama HAMBA, tanpa menyedari menguruskan cinta HAMBA kepada DIA, lebih mudah dan mendamaikan.

Jika manusia lupa dirinya hamba, fikiran dan keinginannya sering berantakan dan tidak segan silu mengenengahkan demand. Menuntut justifikasi atas perbuatan yang benak hati gagal membohongi, bahawa apa yang dibuat itu jauh dari jalan Ilahi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tidak dibahaskan sahaja terus tentang cinta? Kalau boleh, katakan boleh. Mengapa tidak terus sahaja diringkaskan kepada ya atau tidak, ringkas dan menjurus?

Cinta bukan matematik, cinta bukan campur dan tolak. Cinta adalah belitan perasaan yang tidak tergenggam oleh tangan, tidak terpandang oleh penglihatan, tetapi wujudnya ia secara tiba-tiba, kamu dapati diri sudah menjadi abdi, diperabdikannya. Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai.

Seperti yang diperkatakan diatas, penidakan oleh mereka yang tidak merestui akan tidak bolehnya CINTA sebelum kahwin kerana manusia sudah berani demand. Sama juga seperti menidakkan alat permainan buat anak kecil. Si kecil itu akan berusaha memujuk ibu bapanya untuk membelikan permainan tersebut, dek MINAT dan SUKA yang tinggi.

Sudahnya, apa penyelesaiannya? CINTA datang seperti angin, menyapa bila-bila masa. Asal tengok yang ada rupa, mesti tertarik punya. Adalah bohong jika seseorang itu tidak pernah merasakan dia mahu bercinta, jatuh cinta, dan dicintai. Jika dia merasakan sebegitu, dia adalah MALAIKAT.

cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”

Mungkin ini satu penyelesaian terhadap masalah hati ini, namun bukan semua yang mampu mempraktikkannya. Betulkan pemikiran(mindset) anda, jangan hanya tahu mencari alasan untuk perjuangan yang belum tentu kesudahannya. Beringatlah, mengekang hawa nafsu ketika bujang adalah lebih mudah dari mengendalikan kapal rumahtangga yang akan dilanda ombak dan badai yang amat hebat. Anda semua tentunya bercita-cita untuk berkahwin bukan??!!

Aku pula?! Masih lagi mampu tidak melayan dan melawan. Esok lusa siapa tahu……

(Penulisan ini sekadar pengalaman penulis dalam pembacaan di saifulislam.com)

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.