Jamban yang kureng BERGUNA!!!

Nak dijadikan cerita, tengah aku solat tarawikh kat masjid tadi, sampai rakaat ke 7, aku sakit perot yang nikmat. Empangan dah nak bocor..!!! Nasib baik time tu tengah sujud, so leh keluar barisan solat untuk ke jamban. Kat masjid aku dah ada bilik jamban yang feveret. Menuju la aku ke situ, but then aku nampak beberapa ketol SHIT yang terapung (celaka betoi sapa yang tak flush nih). Cancel aku nak masuk jamban tuh, so aku gi jamban sebelah. Dah abes melepas, aku gi balik jamban sebelah tadi dengan niat nak flushkan SHIT2 tu. Ye la, kalu aku wat, dapat pahala free.. Hehehehe..

Tak flush jamban lepas berak dah wat aku angin satu hal, pastu 1 hal lagi wat aku hangin 1 badan. Jamban dah lawa, dengan design yang terkini, tapi sistem flush memang hampeh dan jimbet smemeh. Untuk kasi SHIT tu nyah dari lubang jamban, aku kena tekan button flush tu dekat 5 minit..!!!! Air dah la slow, nak bawak SHIT2 tu masuk ke dalam paip pembetung pon macam nak tak nak je.. Tengok SHIT tu berpusing-pusing dalam pusaran air tapi tak nak gi ke dalam paip pembetung, memang wat aku HOT!!! Jamban kat masjid lebeh kurang sama ja cam kat Academic Complex. Nak flush taik susah bangat...!!!!

Aku terpikir balik, kadang teknologi ni makin menyusahkan, bukan nak menyenangkan. Pendesign jamban tu lupa ka, kalu nak wat sistem flush, kena wat yang airnya laju, leh la heret segala SHIT2 tu kuar dari lubang jamban. Dalam bab jamban yang moden nih, aku puji jamban kat V5, memang terbaik. Ada dua sistem flush, 1 untuk air kecik, 1 untuk air besar. Airnya laju, sekali tekan je, ilang SHIT2 tu dari lubang jamban.(penah sekali jamban rumah aku ada SHIT yang besar gila kat mangkoknya, aku bajet foreigner punya. Local takkan besar camtu. Aku tekan flush 3 kali baru ilang. Hebat betol SHIT tu. LEGENDARY!!!) So prinsip mudah untuk jamban yang efisien, pastikan air yang kuar masa kita flush tu laju, baru berkesan..!!! Kalu air slow cam sipot sedot je, berjam-jam la SHIT2 tu nak ilang dari mangkok jamban. Dan pesanan terakhir, kalu da buang air besar tu, pandai-pandai la flush. Buang pandai, takkan flush tak pandai. Kalu tak simpan je SHIT tu dalam punggung!!!!

Panduan penggunaan jamban. Sila tengok betol-betol.

Sebat orang yang minum arak..??


Seperti kata Tun Dr. Mahathir, tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer. Pelbagai juga persoalan yang Tun timbulkan berkenaan keputusan tersebut. Ramai juga yang telah menjawab persoalan-persoalan Tun seperti yang dilakukan oleh Ustaz Zaharuddin. Namun aku tertarik dengan 1 komen yang terdapat di dalam blog Tun sendiri kerana bertepatan dengan idea aku pasal perkara ni. So, takyah tulis la, kita copy paste saja. Hehehehe.


Salam Tun,

Untuk pengetahuan pembaca, apa yang saya dengar bahawa ROTAN kesalahan syariah kartika tidak sama seperti sebat perogol atas kesalahan jenayah sivil. Islam lebih adil dan berperikemanusiaan terhadap pesalah tidak kiralah wanita atau lelaki. Saya sanggah pandangan Datuk Shahrizat. Ia lebih bersifat mendidik terutama bagi kesalahan-kesalahan jenayah biasa. Memang benar usaha tarbiah adalah satu caranya, namun bagi pengajaran kepada umum, maka hukuman fizikal seperti rotan lebih berkesan. Namun keadaan fizikal pesalah tentulah akan diambil kira kerana Islam itu adil. Contohnya Nabi Muhammad menangguhkan hukuman rotan penzina wanita ketika beliau sedang mengandung, namun hukuman tetap dilaksanakan bila ia sihat (walaupun telah insaf)bagi pengajaran kepada umum. Tentang rotan dalam Islam ialah rotan satu ruas sahaja (jika tak silap saya), kaedah rotan dimana perotan merotan dgn tangannya mesti menutup ketiaknya (sptmana kata Mufti Perak) di mana kuasa hentaman merotan menjadi minima. Pesalah pula dirotan di bahagian belakang badan dengan dilitupi baju/kain juga bagi mengurangkan kesakitan. Rotan dilaksanakan serentak, kalau 6 kali maka dirotan hingga 6 kali pada masa itu juga. Dirotan dikhalayak ramai utk pengajaran kepada si pesalah (malu) dan orang ramai yang melihatnya. Ia hanya seperti anda merotan pelajar tetapi lebih sikitlah sakitnya.
Bagi
kesalahan jenayah di mahkamah sivil, contohnya perogol, ianya disebat. Pertama ngeri perkataannya. MasyaAllah. Keduanya rotan/belati bersaiz besar dan biasa disebat siat di punggung pesalah dan dibuat sekali sebat sahaja bagi satu2 masa kerana kesakitan dan kesan sebatnya tak terkira. Malah doktor juga patut awasinya. Kalau 3 sebatan walaupun tak sebanyak 6 rotan, namun kesannya lebih sakit dan menderita. Ianya juga sebagai pengajaran.

Saya ingin tanya, adakah Islam (rotan) dalam hal ini lebih mengasihani atau zalim terhadap pesalah berbanding undang duniawi(sebat). Keduanya, saya rasa pemerintah takut di mata dunia dikatakan zalim. Sedangkan sebenarnya, mata-mata dunia memang tak senang bila sesuatu negara laksanakan hukum Islam walaupun sekecil ini sekalipun. Malaysia pun bukanlah laksanakan undang Islam sepenuhnya. Hanya sikit sahaja (berpilih-pilih). Mereka akan kata Islam itu zalim. Tetapi mereka tak kata hukuman duniawi seperti sebat, hukuman di Guantanamo itu zalim. Kenapa? Kerana mereka tak mahu hukum Islam itu menjadi suatu 'presiden' (ikutan undang-undang) terutama di negara Islam sederhana seperti Malaysia ini. Jika hakim di mahkamah sivil, kita akan akur kataputusnya. Kenapa tidak hakim di mahkamah syariah. Hukuman maksima dikenakan ke atas Kartika sebagai satu bentuk pengajaran kepada beliau dan umum yang mana minum arak di masa ini sudah seperti menjadi kebiasaan bagi golongan muda-mudi Islam. Masalahnya begitu serius. banyak kaunseling dijalankan selama ini tetapi tak berkesan. Begitu jugalah dgn kes zina. Maka hakim berpandangan hukuman ini perlu diputuskan walaupun Kartika telah insaf sebagai panduan semua. Malah saya lebih menghargai Kartika yang terus-terusan ingin dirinya dihukum rotan di khalayak ramai. Beliau tak endah nasihat sesetengah Menteri yang kononnya perjuangkan keadilan. Alhamdulillah. Maka di sini juga kita lihat bagaimana tingginya akhlak si pesalah syariah ini berbanding si pesalah mahkamah sivil. Kebiasaannya si pesalah akan dicemuh atau dikata orang namun si Kartika dimulia dan dihargai kerana insafnya dan sanggupnya menerima hukuman, malah lebih penting lagi kesedarannya bahawa hukumannya InsyaAllah akan beri pengajaran kepada semua yang bersalah diluar sana. Fikirkanlah..

Pilih-pilih. Mau kena sebat camni?? or


cam kat atas ni..??

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.