Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Funny Signs

???

Kuang ajo tol ini anak..

Useless signboard

u can throw eggs as stone replacement..

i know la...

Funny Fly

Gambar2 ni aku amek dari sini

Aku lg tggi wlupon kaki ja yg tggi..

Lalat2 yg teroverdose taik2 manusia..

Jom bunuh dri reramai..

Bak kata member ku, injit2 lalat, spa bodoh nek atas..

Lalat tunggang kuda.. 1st time dlm sejarah beb..

Berjemur sampai terbakar...

yang korg gi lari pehal?? sayap ada, trbang sudey.. penat dowh lari..

Jamban yang kureng BERGUNA!!!

Nak dijadikan cerita, tengah aku solat tarawikh kat masjid tadi, sampai rakaat ke 7, aku sakit perot yang nikmat. Empangan dah nak bocor..!!! Nasib baik time tu tengah sujud, so leh keluar barisan solat untuk ke jamban. Kat masjid aku dah ada bilik jamban yang feveret. Menuju la aku ke situ, but then aku nampak beberapa ketol SHIT yang terapung (celaka betoi sapa yang tak flush nih). Cancel aku nak masuk jamban tuh, so aku gi jamban sebelah. Dah abes melepas, aku gi balik jamban sebelah tadi dengan niat nak flushkan SHIT2 tu. Ye la, kalu aku wat, dapat pahala free.. Hehehehe..

Tak flush jamban lepas berak dah wat aku angin satu hal, pastu 1 hal lagi wat aku hangin 1 badan. Jamban dah lawa, dengan design yang terkini, tapi sistem flush memang hampeh dan jimbet smemeh. Untuk kasi SHIT tu nyah dari lubang jamban, aku kena tekan button flush tu dekat 5 minit..!!!! Air dah la slow, nak bawak SHIT2 tu masuk ke dalam paip pembetung pon macam nak tak nak je.. Tengok SHIT tu berpusing-pusing dalam pusaran air tapi tak nak gi ke dalam paip pembetung, memang wat aku HOT!!! Jamban kat masjid lebeh kurang sama ja cam kat Academic Complex. Nak flush taik susah bangat...!!!!

Aku terpikir balik, kadang teknologi ni makin menyusahkan, bukan nak menyenangkan. Pendesign jamban tu lupa ka, kalu nak wat sistem flush, kena wat yang airnya laju, leh la heret segala SHIT2 tu kuar dari lubang jamban. Dalam bab jamban yang moden nih, aku puji jamban kat V5, memang terbaik. Ada dua sistem flush, 1 untuk air kecik, 1 untuk air besar. Airnya laju, sekali tekan je, ilang SHIT2 tu dari lubang jamban.(penah sekali jamban rumah aku ada SHIT yang besar gila kat mangkoknya, aku bajet foreigner punya. Local takkan besar camtu. Aku tekan flush 3 kali baru ilang. Hebat betol SHIT tu. LEGENDARY!!!) So prinsip mudah untuk jamban yang efisien, pastikan air yang kuar masa kita flush tu laju, baru berkesan..!!! Kalu air slow cam sipot sedot je, berjam-jam la SHIT2 tu nak ilang dari mangkok jamban. Dan pesanan terakhir, kalu da buang air besar tu, pandai-pandai la flush. Buang pandai, takkan flush tak pandai. Kalu tak simpan je SHIT tu dalam punggung!!!!

Panduan penggunaan jamban. Sila tengok betol-betol.

Apa nak jadi dengan ESU sekarang...

Elok ja pengumuman cuti dibuat, aku balik bukak elearning.. Mana tau kot2 ada pengumuman rasmi. Pastu aku nampak 1 berita menarik, berkenaan OBS program untuk Petronas Loaners.. Aku download n tengok..


Apa yang menjengkelkan hati aku adalah kebanyakan nama yang keluar dalam list OBS yang khabarnya mungkin berlangsung sama ada Nov09, Dis09, Jan09 atau Jun2010, melibatkan aku dan member2 batch yang akan pi intern sem depan..!!!! Mana sempat nak pi program tu.. Intern start November kot, abis Julai 2010..

Lagi menjengkelkan hati, student yang dah pi program tu pun, nama dia naik sekali lagi. Aku dah start bayang camana puak2 esu ni wat keja. Tak update database ka???!!!! Main keluaq senarai nama camtu ja. Sem lepas masa batch aku free, tak mau pulak depa includekan budak2 batch aku. Bagi kat budak2 Jan07 dulu. La ni bila orang dok sebuk nak intern, dia dok sebuk nak suruh orang pi program lak..

Macam mana depa ni wat kerja?? Problem kecik camtu pun tak buleh nak agak... Padan la kalau student2 yang depa pinjamkan duet tak buat kerja dengan baik a.k.a. tak perform akademik, sebab depa pun wat kerja caca merba jugak. Kira fair la, sama2 tak wat kerja elok2. Sekat duet orang pandai pulak. Nak update dengan susun database student pun tak reti, mengalahkan pelajar sekolah menengah..

Apa kejadahnya semua ini...

Apa kejadahnya semua ini...

Apa kejadahnya semua ini...

Apa kejadahnya semua ini...

(cakap dengan gaya dan intonasi suara Wan Kamaruddin edisi siasat)

Labels: , ,

UTP cuti, moh balik..

Akhirnya, management UTP mengumumkan yang mereka menguatkuasakan cuti darurat seminggu setelah ramai student-student dia kena ILI(penyakit serupa influenza). Setelah bersusah payah mempertahankan kekebalannya selama seminggu(UiTM Seri Iskandar tutup seminggu awal sebagai langkah pencegahan tapi UTP tak mau), akhirnya kekebalan itu roboh jua dek sikap budak UTP yang suka keluar masuk tak tentu pasal.. hehehe..

Agak happy gak dengan cuti ni pasai cuti ni telah mendelaykan segala due date keja yang memeningkan. Antara yang paling utama adalah ETP. Prototype tak buat lagi, kalu dah cuti ni ada la masa untuk buat n uji prototype dulu.

Tapi yang tak syoknya, banyak benda terpaksa ditangguh. Family day kena tangguh, konvoi pi genting tangguh, assignment tangguh, kena balik rumah, tak buleh duduk UTP(maknanya takda internet). Aku pulak jadi cam taxi, ulang alik gi stesen bas antar orang. Nasib2…


Student wajib pakai topeng kalu nak pi kelas



Topeng feveret untuk ke kelas.. hahaha

Labels: , ,

PPSMI akan dimansuhkan...!!! Kesian Tun...

At last, beberapa ari lepas Tan Sri Muhyidin Yasin umum PPSMI akan dimansuhkan juga walaupun hanya pada 2012, sepenuhnya manakala BI dicadangkan sebagai subjek wajib lulus SPM. Maka berita tersebut disambut baik oleh majority rakyat Malaysia (sebagaimana diwar-war dalam berita). Ada la jugak yang bersedih, seperti Bapak PPSMI Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Dia melahirkan kekecewaan namun gembira bila BI jadi subjek wajib lulus.

Dulu masa Tun nak laksanakan PPSMI, angguk ja menteri-menteri dia. Bila nak bubar, takdak pulak orang yang dulunya angguk menentang keputusan ni. Pelik betoi, dasar kroni. Aku pun leh paham sebab apa Tun kecewa sangat. Cuba kita, kalu idea kita yang dah diimplementasi, tiba-tiba orang nak mansuh, mesti la terasa, btoi dak.

Tu la Tun, gelojoh dengan teghejal sangat masa nak wat PPSMI dulu. Eksperimen konon. Ada ka patut pi eksperimen 1 Malaysia (cam konsep 1Malaysia Najib lak. Hahahaha). Pandangan tokoh akademik tak ambik pusing langsung. Last2, budak luar bandar gak teraniaya. Kalu nak eksperimen sangat pun, buat la kat sekolah SBP dengan MRSM dulu. Dah dapat hasil yang memuaskan, baru bawa masuk ke sekolah harian. Terlupa baca Bismillah kot masa mula laksana dasar ni, tu yang gelojoh tu.

Nak ulas panjang-panjang pun tak guna. Orang lain dah ulas, so kita copy paste ja la ulasan orang. Ni antara ulasan menarik dari ruangan komentar blog Faisal Tehrani:-

yiskandar said...

Orang yang berfikiran macam saudaralah yang akan menyebabkan Melayu menjadi kolot selama-lamanya. dua puluh tahun akan datang ,saya rasa pemimpin melayu akan menangis kerana melihat orang melayu ketinggalan dan cuma layak menjadi kuli sahaja.sepatutnya PPSMI dikekalkan dan kerajaan perlu melatih guru yang ada kredit dalam bahasa inggeis/sains dan matematik menjadi guru yang terlatih untuk mengajar subjek matematik dan sains disekolah. Tetapi kenapa kerajaan banyak melatih guru sejarah,geografi ,kemahiran hidup dan pendidikan jasmani yang kurang perlu dalam pembangunan negara ..boleh dilatih? Tetapi guru sains dan matematik yang mahir dalam bahasa inggeris tidak dilatih. Sepatutnya perlu ada kemasukan peringkat ijazah iaitu matematik/sains dalam bahasa inggeris dan mereka kemudian dihantar kesekolah rendah. kenapa peringkat ijazah pra -sekolah boleh di latih? Kerajaan dan saudara terlalu emosional konon-konon nak perjuangkan Bahasa Melayu. papan tanda tulisan cina di pekan pun tak dapat di basmi? saudara akan lihat nanti: orang melayu akan mundur tetapi orang Cina dan India akan maju kerana bahasa teknologi orang Cina dan India sangat maju kerana ada penterjemahannya yang update dari negara China/Taiwan/Hong Kong dan India yang maju dari segi teknologinya. Orang Melayu siapa nak terjemah ilmua-ilmu sains dan matematik dalam bahasa melayu? nak harap A. said atau siapa? Sikap melayu,baru sikit nak nampak hasilnya,sudah dibuang tetapi tak buat kajian. wahai pejuang bahasa melayu,banyak lagi perkara lain yang boleh dijuang kenapa nak ambil risiko berkaitan PPSMI? Sepatutnya cari langkah pembaikan dan memurnikannya lagi bukan memansuhkannya. Kamu pasti dikeji oleh generasi akan datang..kita lihat sahaja. Adakah kamu pejuang atau pengkhianat bangsa kerana menggagalkan PPSMI??

Ahmad Faris said...

Yiskandar,

Anda bercakap tanpa sebarang fakta. Semua pekerja berusia 45 tahun ke bawah di Malaysia pernah mengikuti pembelajaran dalam bahasa Melayu tanpa PPSMI!

Mana dia generasi yang mengikuti PPSMI sebelim tahun 1970an? Mana dia saintis/engineer/teknokrat dari generasi ini.

Generasi PPSMI sebelum tahun 1970an hanya layak mendapat GRED 3 saja dalam MCE pada masa itu.

Anda masih dengan isu lapuk, isu terjemahan. Belajar asas Sains/Maths pada anak-anak seawal 7 tahun tidak perlukan sebarang terjemahan. Asas ini telah ada/ujud sejak Nabi Adam. Apa kejadah perlu tahu dahulu untuk memahami konsep mudah Maths/Sains?

Kenapa ikut Zimbabwe, Filipina, Bangla, Sri Lanka yang membuat PPSMI? Mana bukti kejayaan negara-negara ini?

Pengasas PPSMI akan dikencing kuburnya oleh generasi muda yang dinafikan haknya menuntut ilmu.

Orang bodoh saja tidak dapat membezakan pembelajaran bahasa, matematik dan sains. Semuanya memerlukan kemahiran berbeza.

Ibnu Abas said...

Resolusi UNESCO (1951:691): On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.


Terjemahan resolusi UNESCO:
Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.

Labels: ,

Menjawab Tag (buang masa betoi)

Setelah aku menerima berguni kutukan, cercaan, makian, dari mereka dan kluarga mereka yang tag aku, dengan berat ati aku jawab jugak...

1. Please upload pictures of your favourite foods (donuts,noodles,ice-creams,dishes & etc):
Laksa la yang aku minat.. murah n sedap.. hehehe

2. Why do you like to eat it so much?
kan aku dah kata tadi, murah n sedap...

3. Who tagged you with this tag? Describe briefly about him/her.
2 orang, darkpeace n mindslaver.... mindslaver tu kutuk aku kaw2 punya semata-mata suruh aku jawab tag ni.. sori r, kat blog carburiderz, aku takkan layan...

4. Can you cook? (YES or NO)
tengok kepala lutut la.. mesti la boley...

5. If you answered YES to question 4, give a name of one of your friends whom you wanted to cook for, state what do you want to cook for him/her and why do you want to cook for him/her. If you answered NO to question 4, give a name of one of your friends whom you wanted to treat to a lunch or a dinner, state what food do you want to treat him/her and why do you want to treat him/her.
takdak masa aku nak masak untuk orang lain.. aku cuma masak untuk penuhkan perut sendiri dan perut customer ja... (aku meniaga hotdog tau)... kalu dah ada famili sendiri tu mungkin aku masakkan untuk depa...

6. Tag another 8 bloggers and state the reason why do you want to tag them:
aku tak mau tag sapa-sapa pun... kesian kat mereka dan keluarga mereka... membazir masa jawab tag macam aku..

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.