Hidup tak mempunyai pekerjaan tetap memang mencabar. Melihat rakan-rakan lain yang dah dapat kerja tetap,membuatkan hati ini cemburu. Huhu, Allah menguji aku dengan pelbagai dugaan dan cabaran, yang sampai ke hari ini aku masih belum merasakan dunia ku kelam disebabkan ujian-ujian itu. Alhamdulillah..
Aku masih ingat lagi saat menunggu offer intern placement, rasa cam orang sasau. Dah masuk exam week tapi placement tak dapat lagi. Di satu petang, tiba-tiba pael gtalk aku.
“wei pedot, kita 1 department time intern nanti, skali dengan bucat.”
“Bior betik. Mana ko tau ni? Senarai baru da kuar ke?”
“A’ah. Ko bukak la elearning. Baru je update.”
Ditakdirkan aku dapat placement kat PCSB KLCC, under Petroleum Economics Dept. Mulanya rasa cam tak best, pasal aku belom amek subjek Econs, tiba-tiba intern kat dept. Economics. Reti ka aku nak wat keja nanti...
Tu cerita 8 bulan lepas. Sekarang intern aku bakal tamat jumaat ni. Kali ni, aku rasa cam tak best sekali lagi, sama dengan perasaan masa mula-mula nak praktikal dulu. Rasa tak best untuk meninggalkan nikmat-nikmat intern ni; no final exams, no test, pegi conference, makan taraf five star, kutip goodies kompeni-kompeni hebat. Walaupun setiap ari kerja 8 jam, tapi hidup ketika praktikal ni lebih ENJOY!!!
Aku tak pasti apakah aku bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua ini.....
Bermula ceritanya, berkesinambungan daripada pos sebelum ini, SV aku panggil untuk mengadap beliau pada satu khamis petang yang agak tak tenang. Menuju ke level 59, tangan jinjing logbook report sebanyak 18 minggu, entah dia nak baca ke tak.
Sampai ja kat opis dia, dia buleh plak borak dengan orang dekat 20 minit guna tepon. Memang geng2 manager ni kaki gayut. Lenguh pala lutut aku berdiri. Kendian...
SV aku: Ha, mana segala mak nenek mende yang aku kene sign?? Bagi jangan tak bagi...
Logbook report aku tang tebal 3 inci tu aku hulur.
SV aku: Tebal gila logbook kau. Aku dah la bizi sekarang, mana da masa nak cek. Camne ek..?? Hmmmm...
Sejam kemudian, aku balik dari pejabat beliau dengan hepinya. Dengan markah logbook yang dari week 1 - 30, evaluator yang leh kowtim, senyuman aku lebar gilo sampai ke telinga. Apa yang berlaku, tak perlu aku cerita tapi ayat last dia best untuk aku dengar...
“Ko jangan risau la, intern ko ni kurang-kurang aku kasi A-“
1) Logbook untuk 4 minggu lom siap. Sok nak kena submit
2) Slide final presentation lom wat. Lusa kena present
3) SV harapan tak kompem leh datang evaluate presentation. Disuruhnya ganti dengan staff yang skema. Terbang la gred A intern aku.
4) Lepas abis present, kena wat final report plak. Adoi~
Kepada memberku yang baru intern, pesanan berguna: jangan la tangguh kerja anda. Jika tidak inilah hasilnya.....................

Memula ingat nak tulis, tapi disebabkan ada orang dah tulis, kita copy paste sudey... Jimat masa..
Kenapa aku perlu mengutarakan isu seberat ini? Perlukah ia disampaikan di sini? Tapi aku jadikan ini sebagai medan untuk melempiaskan rasa tidak puas hati pada ruang yang sebesar ini cuma. Yup... boleh dikatakan rasa tidak puas hati juga kerana peraturan dan hukum hakam Allah yang diambil ringan dan diperkotak-katikkan. Ini bukan isu main-main. Ini melibatkan iman...
Mungkin benar aku bukan seorang maulana, ustaz, pakar agama atau pelajar berlatar belakang agama. Tapi di gelanggang ini, coretan yang bakal dicoret bukanlah untuk menjatuhkan hukum. Cuma membincangkan dan menjelaskan serba sedikit informasi yang aku ketahui. Dan kita mesti sedia maklum, mana-mana manusia yang Islam adalah menjadi tanggungjawab kepada mereka untuk menyampaikan kepada yang lain bukan?
Kita semua sedia maklum, telah jatuh hukum wajib ke atas mana-mana wanita untuk menutup aurat mereka dengan sempurna tanpa dilihat oleh mana-mana lelaki yang bukan muhrim mereka. Dan bila mana-mana hukum itu adalah WAJIB, maka ia mesti diikuti dan dipraktikkan.
Yang menjadi haru biru masyarakat Islam di Malaysia kebelakangan ini, mereka gemar untuk merujuk pada artis-artis dan selebriti yang ada bila melibatkan perkara berat seperti ini. Kenapa jadi begini?? Contohnya, mereka akan mengatakan kami tak bertudung sebab belum waktunya. Dan bertudung perlukan keikhlasan.
Ya Allah Ya Tuhanku... Inilah umat sekarang kan. Benda yang wajib tetap kena dilaksanakan. Yang wajib tetap wajib. Apa perlu masa-masa tertentu untuk taat dan ingkar pada ajaran Allah S.W.T? Pasti jawapannya tidak...
Dan semestinya apa yang wajib tak perlu untuk tunggu ikhlas atau tidak. Apa yang diperintahkan ke atas kita terutamanya yang wajib, nak atau tidak MESTI dibuat. Tak perlu tunggu ikhlas baru nak buat. Ini benda yang WAJIB. Bukan perkara sunat yang boleh diberi kebebasan untuk nak atau tidak.
Sebagai contoh, solat 5 waktu adalah wajib. Nak atau tidak MESTI kena buat. Tak perlu ikhlas baru nak dirikan solat. Sebab hukum ke atasnya adalah WAJIB. Jadi setiap manusia yang di hatinya tertanam kalimah 2 syahadah, menjadi WAJIB ke atas mereka untuk mendirikan solat 5 waktu sehari semalam tanpa ada apa-apa alasan. Dan disebabkan WAJIB itulah, maka Allah memberi kelonggaran kepada mereka-mereka yang berkecuali seperti sakit, dalam perjalanan dan sebagainya untuk diberikan sedikit kelonggaran namun TETAP atau MESTI juga mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Cuma mungkin sedikit kelonggaran diberikan berdasarkan situasi dan keadaan mereka pada ketika itu. Tapi tiada alasan kan??
Dan solat juga MESTI dilakukan bila masuk waktunya. Bukan perlu untuk tunggu bila kita bersedia atau tidak, baru solat itu perlu didirikan. Sudah pasti tidak... Kalau tidak didirikan, maka ia jadi berdosa dan wajib untuk diqadakan.
Jawapan masyarakat Malaysia yang kebelakangan ini yang ke arah itu sebenarnya adalah jawapan untuk membela diri terutamanya artis-artis kita yang tidak mahu mengaku kepada masyarakat yang mereka telah bersalah dan berdosa. Dan disebabkab itu jawapan membela diri seperti "belum seru", "belum waktunya" dan "perlu ikhlas" hadir sebagai jawapan dari bibir mereka. Dan jawapan itu telah menjadi sebati dalam masyarakat kita sehingga yang wajib dan benar dibelakangkan. Nauzubillah....
Dan bila ada di kalangan si Hawa yang mula menutup aurat mereka dengan tudung, berdesir-desir pula kata-kata caci maki yang singgah. "Ala, belum tentu ikhlas dia bertudung tu. Enta-entah esok lusa dia bukak balik". Wahai sekalian umat kita perlu balik pada dasar ajaran agama kita. Yang wajib tetap menjadi wajib. Dan jangalah kita jadikan ia perkara lebih kompleks dan dipusing-pusing sebegini.
Diharapa tulisan kali ini dapat memberi sedikit gambaran dan kesedaran betapa jahilnya kita kepada agama. Aku sendiri pun jahil dalam agama tapi bila disentuh perkara-perkara yang besar sebigini, aku rasa tercuit untuk dibentangkan. Aku pun banyak dosa dan setiap waktu dan masa juga berdosa sama ada sedar ataupun tidak, tapi yang penting janganlah disebabkan itu kita rasa kita tak bertanggungjawab untuk melepaskan ia sebegitu. Renung-renungkan...
Selepas balik dari kelas PCS, aku rebah jap kat atas katil dengan niat nak rehat kejap. Agak 10 minit aku baring, ada la dengar azan dari surau V3, standard la foreigner azan, surau V3 tu memang depa dah conquer/imarah. Hehehehe…
Tengah masyuk dengar azan tu, sampai kat part “Ash HaduannaMuhammada…”, tiba-tiba senyap, cam takda letrik. Aku heran gak, ingat speaker rosak. Aku ambik henset, nak cek kot-kot ada mesej masuk aku tak sedar. Ye la, speaker henset rosak, vibrator pon rosak, so kalau mesej masuk memang tak perasan. Masa aku tengok kat henset, terus aku gelak terguling-guling sampai jatuh katil. Nak tau kenapa…??
PASAL FOREIGNER TU AZAN SEJAM AWAL…!!! JAM KAT HENSET AKU MENUNJUKKAN PUKUL 12.40 BARU… MAKNANYA DIA AZAN SEJAM AWAL…!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…….
Tak lama kemudian, roommate aku balik. Aku cerita la pasal peristiwa tu. Dia pon sama gak, gelak terguling-guling daripada atas kerusi sampai ke lantai. Punya la lucu. (walaupun tak berapa lucu sangat bagi sesetengah orang)
Kenangan lama
Bila teringat balik pasal kenangan wat silap masa jadi ‘muazzin’ ni, memang banyak. Silap sendiri ka, silap member ka, lucu pon ada, marah pon ada, rasa nak mengucap pon ada. Paling common sekali kesalahan yang selalu muazzin wat adalah salah sebut part. Ambik contoh ketika sekolah menengah dulu.
Nak dijadikan cerita, maghrib tu dia meng’offer’
Masa aku mengimamkan solat maghrib lepas azan tu, Allah ja tau betapa azabnya diri aku menahan gelak dari start angkat takbir sampai la doa selepas solat. Rasa meronta ja hati aku nak gelak puas-puas sebab aku ni jenis cepat geli hati (tak tahan nak gelak walaupun kadang-kadang tak lawak sangat). Member aku tu pulak, berkurung dalam bilik imam dari start sembahyang. Segan nak keluar, malu kes azan silap tadi.
Kesimpulannya, nak azan ke, nak jadi imam ke, tumpuan tu penting. Kena berhati-hati sebab kesilapan yang kecik akan membuatkan kita menyesal seumur hidup. Tapi ni la hidup, terbuat salah tu biasa la. Daripada situ kita belajar untuk menghadapi hari-hari mendatang. Aku pulak, sepanjang hidup ni tak pernah lagi terbuat silap time azan ka, jadi imam ka, Alhamdulillah. Kena wat silap sekali mau haru, MALU BESAQ..!! Seminggu baru leh recover balik.
Tika tanah Palestin dilanggar oleh kereta-kereta kebal Yahudi, askar-askarnya yang menceroboh, maka disaat itu juga umat islam di seluruh dunia mula menunjukkan tindak balas. Umat islam juga menunjukkan tindak balas mereka dengan berdemonstrasi, mengutuk jenayah perang tersebut dan tentu tidak ketinggalan juga, kempen BOIKOT yang menyeru para pengguna untuk memboikot produk-produk Israel/Amerika bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan zalim zionis laknatullah.
Keberkesanan
Namun, seharusnya kita bermuhasabah. Adakah berkesan kempen tersebut? Adakah akan berterusan sekalipun akhbar-akhbar kurang ‘mensensasikan’ lagi berita-berita ini? Apa kesungguhan pengguna dalam memahami jerih payah dan juga kesengsaraan penduduk Palestin ataupun mengabaikannya hanya untuk memenuhi keperluan sendiri sambil tidak mahu menyempitkan pilihan yang ada? Adakah mereka ini mempunyai sikap “aku ambil peduli”?
Kesedaran yang tidak berkekalan
Bila isu ini semakin kurang diberi perhatian, akan berkurangan juga kesedaran pengguna akan pegangan BOIKOT yang dipegangnya dulu. Mereka akan kembali kepada barangan dapur yang mempunyai jenama Nestle, menggunakan barangan jenama Kotex, Johnson n Johnson dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya. Malah, rokok keluaran syarikat Philip Morris langsung tidak terjejas jualannya. Tiada lagi kedengaran semangat BOIKOT yang selalu dilaungkan suatu ketika dulu. Tesco pula, masih ramai lagi yang berpusu-pusu datang untuk membeli-belah.
Tujuan yang tidak jelas
Kebanyakan kita memboikot tidak mempunya tujuan yang jelas. Bila ditanya, mudah sangat jawapannya: Aku ikut BOIKOT sebab aku simpati dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas. Niat itu memang betul, sayangnya Cuma sipi. Pabila keprihatinan masing-masing terhadap isu Palestin makin berkurangan, semangat BOIKOT juga akan luntur. Sehingga mana akan terfikir bahawa tiada gunanya lagi diteruskan BOIKOT ini. Perlahan demi perlahan, dia akan kembali menggunakan semula produk-produk yang satu ketika dulu diboikot sehabis-habisnya.
Matlamat lebih jelas
Seharusnya kita mempunyai matlamat lebih jelas dalam isu ini. Dan kesesuaiannya adalah JIHAD EKONOMI. BOIKOT dan JIHAD EKONOMI membawa pemahaman yang berbeza. BOIKOT difahami dengan memulaukan barangan-barangan keluaran mereka yang dibenci secara total manakala JIHAD EKONOMI lebih kepada usaha untuk menolong ekonomi umat islam dengan menyokong dan membeli produk-produk buatan orang islam. Bagi mereka yang melakukan JIHAD EKONOMI, mereka mudah untuk kekal berbuat demikian disebabkan keinginan yang tinggi dalam membantu ekonomi umat islam. Mereka juga mengetahui dan mempercayai bahawa tindakan ini memperoleh ganjaran pahala. Malah, tidak pula mereka melampau-lampau dalam melakukannya dengan menyokong sekadar mampu (tidak melakukan BOIKOT keseluruhan tetapi bermula sedikit demi sedikit dengan barangan yang mudah seperti ubat gigi, makanan segera, sos, kicap, etc).
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit
Perbuatan melampau dalam melakukan kebaikan adalah sesuatu yang harus dielakkan. Seperti pepatah melayu menyebut, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali”. Maka haruslah kita memandang isu ini bukan semata-mata satu perjuangan jangka pendek, tetapi satu perjuangan panjang yang penghujungnya hanya kematian jasad sendiri. Dalam melakukan sesuatu perkara, perlu ada matlamat yang jelas supaya tidaklah kita “hangat-hangat tahi ayam@kambing@lembu”. Aku merasakan aku perlu menyertai JIHAD EKONOMI ini. Yang lain bagaimana…??
3 application kat atas merupakan benda yang common bagi aku untuk berhubung dengan member yang dah duduk jauh-jauh. Jom kita tengok apa kelebihan application ni…
Aku start mengenali benda ni masa foundation 1st sem, lepas farid introduce. Masa tu aku join venture dengan dia untuk jual kad topup. Mula-mula jarang sangat aku pakai sebab friends list aku Cuma si Farid ja. Start foundation 2nd sem, aku start join event dan komiti-komiti event ni jadikan gtalk sebagai medium perhubungan untuk kerja update progress work, inform meeting dan macam-macam lagi. Bagi aku, gtalk ni simple dan mudah, senang login walaupun kadang-kadang dia jadi biol sikit untuk login. Tak banyak function macam YM seperti smiley, IM environment, games tapi dalam bab nak hantar mesej ni tip top. Sekarang dah jadi medium utama aku dalam perhubungan maya. Lagipun dah ramai member pakai gtalk(friend list dekat 100 orang), so lagi mudah untuk aku kontek nak tanya pasal lecture, esemen. Friends dalam gtalk aku ni, 96% adalah budak UTP. Budak U lain tak layan gtalk. Aku tak tau sebab apa. Lupa nak tambah, leh transfer file jugak gtalk ni, bukan stakat mesej ja. (tapi tak boleh lawan
Aku mula ada akaun Yahoo masa buat application nak masuk UTP dulu(punya la kuno diri ni, dah abis Form 5 baru ada email). Tapi aku start pakai YM pun selepas aku masuk UTP (biasa la, kat rumah tak da internet. Tak tau sangat bab-bab ni). Macam biasa, friends list tu awal-awal, sikit sangat. Dah lama sikit, bila dah kenal ramai member, mintak la YM nak add.Taun demi taun, bertambah la friends list aku melebihi 100 orang(lagi banyak dari gtalk). Tapi sekarang aku dah jarang login sebab YM dah jadi bengong(ada problem masa nak login). Bila tak login, aku terputus hubungan dengan member-member Astech( depa ramai pakai YM). Aku tak kisah sangat. Lagipun ada henset, kontek pakai SMS dah la.
Ni pun aku mula pakai lepas aku masuk UTP. Ex-roommate aku, Makwan yang introduce. Agak meluas penggunaan benda ni bagi batch July 06. Antara keistimewaan ketika tu, boleh buat video call, chatting dalam conference, sebar maklumat. Makwan rajin pakai untuk komunikasi masa main DOTA dengan geng-geng dia. Senang la sikit nak susun strategi. Tapi ada jugak sisi skype yang aku tak suka. Dia banyak SPAM, sampaikan laptop aku sekarang tengah nazak(Alhamdulillah, masih lagi bertahan walaupun dah 1 tahun nazak). Lagi 1, bila mesej, mesej yang kita type lambat sampai kt orang














