Showing posts with label suka-suki. Show all posts
Showing posts with label suka-suki. Show all posts

Isu menarik dikala Exam Week

Bermula 21 November lepas adalah starting bagi paper final exam buat diri ini lepas study week yang 2 minggu lamanya (study WEAK sebenarnya). Dari ahad tu jugak jadual waktu tidur aku berubah, daripada malam ke siang menjadi Zuhur ke Asar (stay up sampai pagi beb, STUDY last minute).

Masa tiba ari khamis, paper maut untuk ari tu (Advance Drilling Engineering), aku n Sidi Oraza decide nak pi dewan exam awai dalam pukul 8 a.m, nak ambik motivasi la kononnya kalu pi awai ni. Masa sembang-sembang dalam kereta tu, Sidi cerita satu perkara menarik yang aku rasa perlu difikirkan oleh semua orang.

"Wei, ko tau tak.. Masa aku pegi jawab paper DE (Differential Equation) semalam, aku lupa bawak kalkulator dowh. Menggelupur aku dalam dewan exam semalam. Nasib baik DE punya calculation tak kompleks, so aku kira manually je la. Tapi ada satu benda yang buat aku tak bleh blah syial. Semalam yang duduk depan aku tu budak perempuan, pakai baju seluar ketat nak mampos, nampak abis bentuk body, dah la mantap. Aku.. tak pandang langsung dia semalam, start jawab exam sampai abis. Kalu tak, lupa abis formula-formula yang aku hafal. Gila aahh..."

Dengar ja story dia membuatkan aku berfikir balik. Problem tu bukan dia ja kena, aku pun penah. Invigilator test pakai baju ketat bukan men, pastu suka jalan-jalan kat line meja aku duduk. Memang aku tak senang duduk la jawabnya, nak tengok pemandangan sekeliling tyme exam (nak cari idea goreng jawapan sebenarnya) pun tak buleh. Kalu dak, meruap abih nota-nota yang ada dalam otak ni.

Bila dipikirkan balik situasi ni, teringat pulak pos yang penah aku baca dalam web Ustaz Zaharuddin (Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Lelaki). Surat yang dipos oleh lelaki yang mengalami keadaan yang sama seperti diatas kepada golongan-golongan yang berkenaan.


Assalamualaikum,

(minta admin padam nama saya sebelum release)

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..


Pasal isu aurat ni malas dah aku nak ulas panjang, dah ada posting sebelum ni pasal isu tu tambah dengan ulasan lengkap Ustaz Zaharuddin sendiri. Kepada mereka yang berkenaan, berubahlah segera. Ingatlah janji Allah S.W.T. kepada kita suatu hari nanti.



"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (Surah Az-Zukhruf, Ayat 36)

Labels: ,

GiLa MoTo

Balik dari pameran moto-moto besar, terus gila bayang kat dua bijik moto ni

Kawasaki Z 750


Kawasaki ER-6N

Bajet nak angkut lepas grad, keja dalam 2-3 bulan. Probnya sekarang lesen moto baru B2. Aiseyman

Tengok dia punya bajet. Mahal siot. Tangguh dulu la plan kawen nampaknya.

Labels:

Hang Tuah Fail SPM [skrip]


Penah tengok video Hang Tuah Fail SPM?? Ni skripnya

Mak Hang Tuah:

Haaa,hangpa ka.. mai2 masuk. Dia dok ada dalam minum kopi. Mai2 minum sekali.

Hang Jebat (HJ):

Assalamualaikum.

Hang Tuah(HT):

Waalaikumussalam.

HJ:

Oi zaq, result dah keluaq dah, result SPM. Hang teghok.

HT:

Aku dapat teghok?? Betoi ka hangpa ceghita ni??

HJ:

Ha la, hang teghok. Hang semua fail.

HT:

Fail semua?? Biaq betoi.. Betoi ka hangpa tengok ni??

HJ:

Ha la, kami semua dapat 9A, tunggu surat nak masuk universiti ja. Tapi result hang teghok.. hang ngaji camna. Aku dok agak dah menda ni semua nak jadi. Aku ajak hang pi sekolah, hang tak mau dulu. Hang dok lap ja.

HT:

Hang jangan cakap macam tu.

HJ:

Buat pa aku nak muhong hang..

HT:

Heh, tak mungkin

HJ:

Ha betoi. Hang tak caya hang pi tanya Li nu. Dia tengok sendighi result hang kat papan kenyataan tadi. Li yang habaq kat aku dia tengok hang semua fail.

HT:

Aku fail... huk3, siang malam aku study

HJ:

Hang relax la, takpa hang buleh ambik paper julai

HT:

Senang hang cakap. Hang tau dak SPM tu susah. Siang malam aku study. Aku tak tidoq, tidoq lambat. Aku x pecaya aku fail, hang muhong.

HK:

Ya Allah, hang tak pecaya pa. Hang pi tengok sendighi.

HJ:

Huh, hang pi tengok sendighi kat sekolah sok. Dia dok lekat elok2 lagi, besaq kat papan kenyataan tu, kami habaq hang tak pecaya.

HT:

Sapa nak pecaya cakap hang??!! Aku dah study siang malam takkan buleh fail. Hang tau dak aku dok perabih duit tusyen.

HJ:

Tusyen.. Bukan hang dok pi clubbing ka dulu. Hang waktu pi tusyen hang pi mana ha?? Waktu tusyen... Hang tak kesian ka kat mak hang tu, wak keluaq duit suruh hang pi tusyen hang dok pi clubbing.

HL:

Wei Man, hang jangan lupa, kita pi clubbing sekali 3 orang. Haa, tiap2 malam kita dok pi clubbing tu hapa, hang buat lupa plak no.. hang kata dia sorang aih..

HJ:

Tu ceghita taun lepaih, dah basi dah. Hang ni ketinggalan zaman, aku tak pi la clubbing2 tu. Huh!! Wei Mat, hang bila nak insaf??!! Lepas ni harap2 hang pi mengaji kat sekolah swasta hang belajaq betoi2 hang jangan dok bagi fail dah. Ni aku nasihat kat hang. Orang suh pi sekolah hang pukoi orang nu, hang pukoi orang ni, hang nak jadi gangster??!!! Huh, jom kawan2 balik.

HT:

Bila masa aku pukoi orang?? Aku pi sekolah, aku mengaji elok ja. Dia yang dok pukoi orang, kata aku yang pukoi. Huh.. Tapi result aku teghok.. result aku teghok.. wuuuuu.. aku kena mengaji, aku kena mengulang lain.

Sedar tak sedar......

Suda sebulan aku praktikal kat Petroleum Economics Dept, level 24 KLCC nih.. macam-macam dah jadi sepanjang sebulan ni.. berbeza 80% idup kat U dengan luar... Praktikal kat tengah bandar, tingkat tinggi, ari-ari naik lif (baik kat rumah mau pun tyme nak nek opis).. summary nya camni



Menda best (currently):

Kalau dept wat knowledge sharing session @ join mana-mana talk / workshop, gerenti ada makan pree yang sedap + goodies cam headset, lanyard, mouse, pendrive, etc... Kalu kompeni len yang organise (Schlumbeger), lagi gempak.. wat kat hotel, makan taraf 5 bintang.. kalu nak makan dengan kos sendiri mau abis RM100.. hahaha



rumah sewa ada streamyx, online gtoks 24 jam, aktiviti-aktiviti terkini.. Tyme intern jugak belajar guna torrent.. 1 umah torrent cerita, siries, movies, etc.. terok2...


Join macam-macam aktiviti sampingan tiap-tiap malam.. Usrah, kursus, ziarah, teh tarik session, bowling match.. Cuma tyme intern ni, tak penah lagi tengok wayang.. Ada la sebabnya tu..


SV sempoi punya.. Senyum memanjang, tak kira tension maupon tak.. dia sembang, last ayat dia mesti ada gelak kecik.. da nampak dah Dean List aku intern ni (InsyaAllah)...


Since aku duduk kat Petroleum Economics Dept, aku akan belajar benda yang Cuma member-member aku yang lain akan belajar final year nanti (Petroleum Econ adalah subjek student PE untuk final year).. Oyeah...

Minum free tiap-tiap pagi kat pantry.. Pilih ja, nak milo, nescafe, kopi, teh, neslo, smua ada...



Menda tak best (currently):

Kos sara idup toksah crita la, mahai betoi.. Purata 1 ari leh sampai RM 15>... Elaun 500 ja + 500 elaun belajaq.. makan saja tu, tak termasuk sewa umah... mahai woo...


Walaupon ada streamyx, tapi kena bayaq bulan-bulan... Nasib pakai staff punya pakej (Kak Amir keja kat Tmnet, so streamyx atas nama kak dia), leh la rent murah 50%.. Namun, fee broadband celcom kena bayaq gak.. terpaksa pakai since kat opis cuma bleh guna intranet ja, no internet for practical / trainee..


Umah problem.. Lampu jamban tak buleh bukak, 2-3 soket tak buleh pakai.. tapi tuan umah cas sampai RM1350.. tak padan dengan harga, condition umah cam RM1100.. Makan duit syubhah betoi..


Toilet KLCC tak mesra pengguna.. air pancut mendatar, camana nak ‘mencuci’.. Buduh tol sapa yang pasang mangkuk jamban tuh...



Dulu aku penah jugak dengaq crita orang yang intern kat KLCC ni tak best, sampai aku apply kat terengganu as 1st choice aku untuk SIIU.. Now bila da merasa sendiri kat KLCC ni, baru rasa syok lagi dari duduk PMO Kerteh nu.. Dengar cerita, mamber-member kat sana terpaksa share komputer, makan tyme meeting pon biskut kering ja, kerja dok melawat warehouse memanjang sampai bosan (Cuma bestnya buleh balik awai).. Tambah lagi diorang baru melepasi fasa banjir, so start intern pon lambat.. Btw, puas ati gak dapat intern kat KLCC.. syukur..

Labels:

Meraikan member Gen06

Pada Ahad malam lepas, senior-senior UTP yang dah keja wat majlis perpisahan untuk member Gen06 yang bakal abis praktikal minggu ni. So satu perlawanan persahabatan bowling telah diadakan untuk meraikan mereka dan keluarga mereka. Jom saksikan aksi-aksi mereka..


Zuli dengan balingan 'Jantan Macho' lah...


Tinggal 2 pin lagi nak jatuh, AFO lebih rela melorongkan bola boling ke dalam longkang.. Kuang3


Sambil tengok bola tu, Mad tengah wat jampi sebenaqnya.. Takmau bagi bola lari dari pin..


Malam boling menjadi milik Izzu.. Dengan balingan yang padu dan tepat, dia menjuarai kejohanan tak rasmi boling sempena perpisahan geng Gen06


Haidzir statik tengok bola dia melelong cam ular kena palu.. "Kompem longkang dah bola aku ni."


Ex-Presiden MPP pon tunjuk bakat men boling gak.. Walaupun banyak longkang ja, namun 'strike' tetap 2-3 kali... Bravo..


Balingan ayu Dinho.. Seperti Ex-Presiden kita, longkang dan 'strike' menjadi sajiannya malam itu.. Namun 'strike' 3 kali berturut-turut menjadikan dia tak tido lena malam tu...


Aksi Shahroman & Dinho bilamana bola melongkangkan dirinya...


Puh3, mintak-mintak la kena... Awangku import jampi dari Sarawak bhai...


Gelaran 'Putera Longkang' menjadi milik beliau ini.. Siapakah dia..??!!!


Fakhirin pon 1 hal, baling ke tempat lain, bola ke lain... Try cari mana bola dia...


Ni dia adiah kemenangan untuk Izzu kerana menjuarai boling tak rasmi ini... Kami belanja dia nek kuda muzik sorang sekali.. Ingat dia nek bengang tapi hepi rupanya.. Memang tak matang la Izzu...


Terima Kasih kat Bro Fuad , Bro Mox, Bro Odex n zaujahnya, Hidzir dan lain-lain yang sanggup datang meraikan sahabat-sahabat yang nak balik UTP. Ada rezeki, kita jumpa balik kat UTP..

Labels:

Funny Signs

???

Kuang ajo tol ini anak..

Useless signboard

u can throw eggs as stone replacement..

i know la...

Funny Fly

Gambar2 ni aku amek dari sini

Aku lg tggi wlupon kaki ja yg tggi..

Lalat2 yg teroverdose taik2 manusia..

Jom bunuh dri reramai..

Bak kata member ku, injit2 lalat, spa bodoh nek atas..

Lalat tunggang kuda.. 1st time dlm sejarah beb..

Berjemur sampai terbakar...

yang korg gi lari pehal?? sayap ada, trbang sudey.. penat dowh lari..

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.