Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Boleh ke Menikah dengan perempuan yang hamil luar nikah??

Hari ni kecoh dengan berita kontroversi yang keluar dalam Harian Metro, pasal hukum menikahi perempuan yang mengandung disebabkan zina. Asal ceritanya berkenaan luahan hati seorang gadis yang seringkali menjadi mangsa dera bapa (tiri) nya. Rupa-rupanya bapa dia tu dijadikan 'pak sanggup' untuk menutup malu ibunya yang ketika itu mngandungkan dia hasil berzina. Ni adalah artikel tersebut:

'Tanggung’ dosa ibu

Oleh NORAINON OTHMAN dan NORIAH IDRIS
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ARISYA... dapat ‘ayah’ pendendam dan panas baran
ARISYA... dapat ‘ayah’ pendendam dan panas baran

KUALA LUMPUR: Badan berbirat akibat dibelasah dengan tali pinggang manakala penampar dan sepak terajang menjadi ‘makanan’ harian seorang gadis sejak kecil, gara-gara dendam tidak berkesudahan lelaki dipanggil bapa.

Seksaan diterima Arisya (bukan nama sebenar), 24, hanya disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima hakikat dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ dengan mengahwini ibunya selepas wanita itu hamil sebelum bernikah.


Menurut Arisya, zaman kanak-kanaknya tidak seperti rakan sebaya lain yang sentiasa disaluti kasih sayang ibu bapa serta kegembiraan.

Katanya, kehidupannya penuh kedukaan kerana didera ‘bapanya’ tanpa belas kasihan setiap kali melakukan kesilapan, biarpun tidak sebesar mana.


Disebabkan sering menerima layanan buruk ‘bapa sendiri’, Arisya sering tertanya-tanya, apakah dosa dilakukannya sehingga diperlakukan sedemikian.


Menginjak usia remaja, dia pernah terdengar pertengkaran besar di antara orang tuanya. Bapanya mengungkit yang dia terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ kerana ibunya mengandung benih orang lain.

Akibat dendam kesumat itu, bapanya sering menjadikan ibunya sebagai mangsa deraan apabila cuba menyebelahi Arisya.


“Sebenarnya, ayah seorang yang panas baran terhadap emak, saya mahupun adik-adik. Namun saya paling teruk dibelasah walaupun kerana ingin bergurau, bergaduh kecil atau bermanja dengan adik-adik, seolah-olah melakukan kesalahan sangat besar.

“Saya tak tahu mengapa ayah terlalu baran dengan saya. Penampar yang diberi bertahun-tahun membuatkan jiwa saya tertekan.


“Terakhir ketika saya berusia 14 tahun apabila dibelasah dengan tali pinggang hingga menangis seharian akibat menanggung kesakitan yang amat sangat. Kesan daripada situ, saya membuat keputusan lari daripada rumah tapi tidak tahu ke mana hendak dituju.


“Ketika itu, yang terfikir ialah melarikan diri ke balai polis lalu membuat laporan saya didera ayah kandung. Polis kemudian membuat tangkapan dan ayah ditahan kerana kesalahan mendera berdasarkan laporan kesihatan oleh pihak hospital,” katanya kepada Metro Ahad.


Bagaimanapun, kesan psikologi terhadap Arisya sangat teruk kerana terpaksa melalui dugaan yang bukan sedikit apabila dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak dan berpisah dengan keluarga.


“Ia pengalaman sukar yang terpaksa diharungi bagi remaja yang masih mentah seperti saya. Disebabkan laporan itu ayah dibuang kerja, menyebabkan kebenciannya terhadap saya makin meluap-luap.


“Namun, saya mungkin selamat kerana berada di rumah perlindungan kanak-kanak tapi terfikir juga, apa akan jadi dengan emak dan adik lain sepanjang ketiadaan saya,” kata anak sulung itu.


Apabila ditempatkan di rumah perlindungan bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kedudukan tempat itu jauh daripada ibu kota dan di situlah bermula episod baru dalam hidup Arisya.

Tup tap, keluar pulak pasal artikel hukum menikahi perempuan mengandung yang berzina seperti dibawah:

KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.


Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.


“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.


Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.

“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.


Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.


Artikel ni membuatkan laman sosial FB jadi havoc,tatkala ramai yang mempersoalkan hukum yang dinyatakan dalam artikel tu. Ada yang cakap harus, ada yang menyokong artikel ni,cakap haram,ada yang menyindir mereka yang mempersoalkan kesahihan artikel ni sebagai orang yang lebih pandai daripada alim ulama dan sebagainya.


Aku pun tak ketinggalan untuk menjadi keliru sekejap dengan statement diatas memandangkan aku pernah mendengar ulasan ustaz berkenaan perkara ni,dan jawapan yang diberi adalah harus. Setelah buat sedikit research,akhirnya aku menjumpai 1 artikel lain berkenaan jawapan lengkap kepada persoalan tersebut. Boleh baca lebih lanjut artikel berkenaan 'Hukum menikahi wanita hamil kerana berzina' disini.

Labels:

Gambar-gambar 'Pencemaran' Masjid di Dunia


Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.

4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku' yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.


8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot?.

Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya. Termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu YB DAP dari parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan kejadian masuk ke Surau Huda di Kajang. Beliau telah mendapat keizinan drp pihak pengurusan surau utk memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kpd surau tersebut dan bukannya member tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut. Beliau juga turut berbuka puasa bersamaah muslimat disitu. Ia telah dipolitikkan oleh UMNO-BN sebagai mencemari tempat suci Islam.

Apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya :
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, 'kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"


Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-'Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :


Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Gambar menarik minggu lepas


Gambar ni diambil ketika operasi menolong mangsa banjir lumpur di Batu Caves. Apa yang menariknya, seorang ustaz mencuci lantai berlumpur di hadapan patung cina. Sungguh ironi. Tuan rumah pula menerima bantuan dengan hati terbuka, malah bersyukur dan berterima kasih. Nampaknya Islam makin mudah diterima golongan bukan islam. Syukur..

Labels: , ,

Para pendemo yang sangat pandai ENGLISHNYA..





Cuba korang teka orang-orang dari parti mana yang buat demo tu..??!! Hahaha..

THIS IS WHAT MALAY DO WHEN THEY’VE GOT ANGRY AND SCARED???!!!!

Anwar Ajak Saiful Adakan Hubungan Seks Luar Tabii

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar
Ibrahim semalam, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata
perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata
pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar
dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I fcuk you
today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar
kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar
kata “what” (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar
agak marah, dengan itu saya takut Anwar.arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata
beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar
seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?


Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar
di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar
buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.



Moral of this story: Bila marah dan takut, segeralah ke bilik air (bertindak mengikut arahan), bilas diri anda dan keluar dengan bertuala. Bila orang datang peluk diri anda, sila senyap dan jangan melawan (PASRAH!!!)


Lihat juga ini: Can I fcuk you today?

Labels: , ,

Kenyataan rasmi pemimpin dulu kala

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya

Labels: , ,

Dah la eksploitasi orang tapi nak nafi pulak [KOSMO]

Berbikini untuk babak ghairah


TAMARA BLESZYNSKI


JIKA sebelum ini aktres jelita, Tamara Bleszynski, lasak dalam filem Cicakman 2, kini dia cuba memberanikan diri dengan menerima tawaran filem Air Terjun Pengantin. Tetapi untuk filem itu Tamara perlu tampil seksi untuk menjayakan banyak babak ghairah.

Sebelum ini, penerbit filem berkenaan, Ody Mulya dan pengarahnya, Rizal Mantovani berdepan kesukaran untuk meyakinkan aktres tersebut untuk menerima watak yang diberikan.

"Bukan mudah untuk meminta Tamara menjayakan filem ini. Apatah lagi bila ada adegan Tamara perlu berbikini.

"Nasib baik Rizal rapat dengannya dan dia cuba memujuk Tamara. Apa-apa pun filem ini bukan mahu mengeksploitasikan kaum wanita," kata Ody yang yakin dengan aura pelakon jelita itu.

Tambah Ody, dia percaya dengan kehadiran Tamara ia dapat meningkatkan jumlah penonton menyaksikan filem tersebut.


Bodoh betul si Ody Mulya tu. Tak mahu mengeksploitasikan wanita konon. Abes tu, yang kau pujuk si Tamara untuk berbikini (supaya naik rating filem) tak nama eksploitasi??!!! Kalu dia tak pakai bikini, filem kau tak laku???!!! Kalu ni betul, memang kompem la kau mengeksploitasikan body si Tamara tu, nak kasi laku filem kau. Tak payah nak nafi dengan kenyataan budak darjah 1 kau tu...

To Ody, gi turun masuk darjah 1 balik. Belajar tatabahasa, ilmu agama banyak-banyak sampai matang sikit pastu baru kerja wat filem balik. Ayat kau tu macam orang bangang..!!!

Eksploitasi terhadap Wanita [Kosmo]

DUNIA

Pertandingan ratu cantik di Internet dibidas


ANTARA peserta yang menyertai satu pertandingan ratu
cantik di Internet.


SYDNEY - Aktivis-aktivis wanita membidas satu pertandingan ratu cantik di Internet yang meminta sejumlah wanita memuat naik gambar mereka yang memakai bikini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita-wanita itu ditawarkan kerjaya sebagai model atau personaliti televisyen jika mendapat undian tertinggi daripada golongan lelaki.

Pengarah urusan sebuah pertubuhan pembela wanita, Lynette Palmen berkata, dia berasa terkejut kerana wanita sekali lagi dijadikan bahan pameran.

"Kita mendapati terdapat eksploitasi wanita pada setiap hari di majalah atau papan iklan gergasi," kata Palmen.

Peserta-peserta yang memperoleh undian tertinggi pada setiap bulan akan dimasukkan ke dalam senarai kumpulan peserta akhir.

Seramai 20 peserta akhir akan bertanding dalam pertandingan anjuran Sportsmodel.TV Academy selama lima hari bagi mengasah kemahiran peragaan dan pengacara.

Penggerak utama Sportsmodel.TV, Matthew Skene mengganggap pertandingan itu merupakan gabungan antara program Sports Illustrated dan program realiti Next Top Model.

Menurut Skene, lebih 140 wanita menyertai pertandingan itu termasuk golongan profesional dari dunia kewangan dan saintis.

- Agensi


Ini 1 perkembangan bagus kerana aktivis-aktivis wanita mula sedar yang kaum mereka ni kerap dieksploitasi zaman sekarang. Memang patut mereka menentang dan membantah akan setiap program, rancangan atau perkara yang mengeksploitasi wanita secara terang-terangan seperti ratu cantik, iklan - iklan menghairahkan (pakai kain tak cukup) dan sebagainya. Sepatutnya perkara seperti ini yang patut diperjuangkan habis-habisan oleh Sister In Islam dalam menangani masalah pengeksploitasi terhadap wanita. Jika bukan Islam sendiri concern kepada masalah ini, muslim apatah lagi..

Labels: , ,

RON 97 and RON 95

Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?

Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.

Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.


RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.

Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).

Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ade tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.

Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.

Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.

Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.

Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput,he he he…

Sumber

Labels: ,

Sebat orang yang minum arak..??


Seperti kata Tun Dr. Mahathir, tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer. Pelbagai juga persoalan yang Tun timbulkan berkenaan keputusan tersebut. Ramai juga yang telah menjawab persoalan-persoalan Tun seperti yang dilakukan oleh Ustaz Zaharuddin. Namun aku tertarik dengan 1 komen yang terdapat di dalam blog Tun sendiri kerana bertepatan dengan idea aku pasal perkara ni. So, takyah tulis la, kita copy paste saja. Hehehehe.


Salam Tun,

Untuk pengetahuan pembaca, apa yang saya dengar bahawa ROTAN kesalahan syariah kartika tidak sama seperti sebat perogol atas kesalahan jenayah sivil. Islam lebih adil dan berperikemanusiaan terhadap pesalah tidak kiralah wanita atau lelaki. Saya sanggah pandangan Datuk Shahrizat. Ia lebih bersifat mendidik terutama bagi kesalahan-kesalahan jenayah biasa. Memang benar usaha tarbiah adalah satu caranya, namun bagi pengajaran kepada umum, maka hukuman fizikal seperti rotan lebih berkesan. Namun keadaan fizikal pesalah tentulah akan diambil kira kerana Islam itu adil. Contohnya Nabi Muhammad menangguhkan hukuman rotan penzina wanita ketika beliau sedang mengandung, namun hukuman tetap dilaksanakan bila ia sihat (walaupun telah insaf)bagi pengajaran kepada umum. Tentang rotan dalam Islam ialah rotan satu ruas sahaja (jika tak silap saya), kaedah rotan dimana perotan merotan dgn tangannya mesti menutup ketiaknya (sptmana kata Mufti Perak) di mana kuasa hentaman merotan menjadi minima. Pesalah pula dirotan di bahagian belakang badan dengan dilitupi baju/kain juga bagi mengurangkan kesakitan. Rotan dilaksanakan serentak, kalau 6 kali maka dirotan hingga 6 kali pada masa itu juga. Dirotan dikhalayak ramai utk pengajaran kepada si pesalah (malu) dan orang ramai yang melihatnya. Ia hanya seperti anda merotan pelajar tetapi lebih sikitlah sakitnya.
Bagi
kesalahan jenayah di mahkamah sivil, contohnya perogol, ianya disebat. Pertama ngeri perkataannya. MasyaAllah. Keduanya rotan/belati bersaiz besar dan biasa disebat siat di punggung pesalah dan dibuat sekali sebat sahaja bagi satu2 masa kerana kesakitan dan kesan sebatnya tak terkira. Malah doktor juga patut awasinya. Kalau 3 sebatan walaupun tak sebanyak 6 rotan, namun kesannya lebih sakit dan menderita. Ianya juga sebagai pengajaran.

Saya ingin tanya, adakah Islam (rotan) dalam hal ini lebih mengasihani atau zalim terhadap pesalah berbanding undang duniawi(sebat). Keduanya, saya rasa pemerintah takut di mata dunia dikatakan zalim. Sedangkan sebenarnya, mata-mata dunia memang tak senang bila sesuatu negara laksanakan hukum Islam walaupun sekecil ini sekalipun. Malaysia pun bukanlah laksanakan undang Islam sepenuhnya. Hanya sikit sahaja (berpilih-pilih). Mereka akan kata Islam itu zalim. Tetapi mereka tak kata hukuman duniawi seperti sebat, hukuman di Guantanamo itu zalim. Kenapa? Kerana mereka tak mahu hukum Islam itu menjadi suatu 'presiden' (ikutan undang-undang) terutama di negara Islam sederhana seperti Malaysia ini. Jika hakim di mahkamah sivil, kita akan akur kataputusnya. Kenapa tidak hakim di mahkamah syariah. Hukuman maksima dikenakan ke atas Kartika sebagai satu bentuk pengajaran kepada beliau dan umum yang mana minum arak di masa ini sudah seperti menjadi kebiasaan bagi golongan muda-mudi Islam. Masalahnya begitu serius. banyak kaunseling dijalankan selama ini tetapi tak berkesan. Begitu jugalah dgn kes zina. Maka hakim berpandangan hukuman ini perlu diputuskan walaupun Kartika telah insaf sebagai panduan semua. Malah saya lebih menghargai Kartika yang terus-terusan ingin dirinya dihukum rotan di khalayak ramai. Beliau tak endah nasihat sesetengah Menteri yang kononnya perjuangkan keadilan. Alhamdulillah. Maka di sini juga kita lihat bagaimana tingginya akhlak si pesalah syariah ini berbanding si pesalah mahkamah sivil. Kebiasaannya si pesalah akan dicemuh atau dikata orang namun si Kartika dimulia dan dihargai kerana insafnya dan sanggupnya menerima hukuman, malah lebih penting lagi kesedarannya bahawa hukumannya InsyaAllah akan beri pengajaran kepada semua yang bersalah diluar sana. Fikirkanlah..

Pilih-pilih. Mau kena sebat camni?? or


cam kat atas ni..??

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.