Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. 3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. 4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda. Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita. Bagi UMNO semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam. 1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam
Apakah hukumnya yang sebenar?
Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-
Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam. HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM Imam Ibn Hajar Al-'Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :- ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini yang memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.
Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.
Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I fcuk you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata “what” (apa)?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut Anwar.arahkan ke bilik tidur utama.
Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.
Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.
Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?
Mohd Saiful: Ya.
Mohd Yusof: Lepas bilas diri?
Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.
Mohd Yusof: Kamu bertuala?
Mohd Saiful: Saya bertuala.
Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?
Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.
Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?
Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.
Moral of this story: Bila marah dan takut, segeralah ke bilik air (bertindak mengikut arahan), bilas diri anda dan keluar dengan bertuala. Bila orang datang peluk diri anda, sila senyap dan jangan melawan (PASRAH!!!)
Lihat juga ini: Can I fcuk you today?
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya
JIKA sebelum ini aktres jelita, Tamara Bleszynski, lasak dalam filem Cicakman 2, kini dia cuba memberanikan diri dengan menerima tawaran filem Air Terjun Pengantin. Tetapi untuk filem itu Tamara perlu tampil seksi untuk menjayakan banyak babak ghairah. Sebelum ini, penerbit filem berkenaan, Ody Mulya dan pengarahnya, Rizal Mantovani berdepan kesukaran untuk meyakinkan aktres tersebut untuk menerima watak yang diberikan. "Bukan mudah untuk meminta Tamara menjayakan filem ini. Apatah lagi bila ada adegan Tamara perlu berbikini. "Nasib baik Rizal rapat dengannya dan dia cuba memujuk Tamara. Apa-apa pun filem ini bukan mahu mengeksploitasikan kaum wanita," kata Ody yang yakin dengan aura pelakon jelita itu. Tambah Ody, dia percaya dengan kehadiran Tamara ia dapat meningkatkan jumlah penonton menyaksikan filem tersebut. Bodoh betul si Ody Mulya tu. Tak mahu mengeksploitasikan wanita konon. Abes tu, yang kau pujuk si Tamara untuk berbikini (supaya naik rating filem) tak nama eksploitasi??!!! Kalu dia tak pakai bikini, filem kau tak laku???!!! Kalu ni betul, memang kompem la kau mengeksploitasikan body si Tamara tu, nak kasi laku filem kau. Tak payah nak nafi dengan kenyataan budak darjah 1 kau tu... To Ody, gi turun masuk darjah 1 balik. Belajar tatabahasa, ilmu agama banyak-banyak sampai matang sikit pastu baru kerja wat filem balik. Ayat kau tu macam orang bangang..!!!Berbikini untuk babak ghairah
DUNIA
Pertandingan ratu cantik di Internet dibidas
cantik di Internet.
SYDNEY - Aktivis-aktivis wanita membidas satu pertandingan ratu cantik di Internet yang meminta sejumlah wanita memuat naik gambar mereka yang memakai bikini, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita-wanita itu ditawarkan kerjaya sebagai model atau personaliti televisyen jika mendapat undian tertinggi daripada golongan lelaki.
Pengarah urusan sebuah pertubuhan pembela wanita, Lynette Palmen berkata, dia berasa terkejut kerana wanita sekali lagi dijadikan bahan pameran.
"Kita mendapati terdapat eksploitasi wanita pada setiap hari di majalah atau papan iklan gergasi," kata Palmen.
Peserta-peserta yang memperoleh undian tertinggi pada setiap bulan akan dimasukkan ke dalam senarai kumpulan peserta akhir.
Seramai 20 peserta akhir akan bertanding dalam pertandingan anjuran Sportsmodel.TV Academy selama lima hari bagi mengasah kemahiran peragaan dan pengacara.
Penggerak utama Sportsmodel.TV, Matthew Skene mengganggap pertandingan itu merupakan gabungan antara program Sports Illustrated dan program realiti Next Top Model.
Menurut Skene, lebih 140 wanita menyertai pertandingan itu termasuk golongan profesional dari dunia kewangan dan saintis.
- Agensi
Ini 1 perkembangan bagus kerana aktivis-aktivis wanita mula sedar yang kaum mereka ni kerap dieksploitasi zaman sekarang. Memang patut mereka menentang dan membantah akan setiap program, rancangan atau perkara yang mengeksploitasi wanita secara terang-terangan seperti ratu cantik, iklan - iklan menghairahkan (pakai kain tak cukup) dan sebagainya. Sepatutnya perkara seperti ini yang patut diperjuangkan habis-habisan oleh Sister In Islam dalam menangani masalah pengeksploitasi terhadap wanita. Jika bukan Islam sendiri concern kepada masalah ini, muslim apatah lagi..
Salam Tun,
Untuk pengetahuan pembaca, apa yang saya dengar bahawa ROTAN kesalahan syariah kartika tidak sama seperti sebat perogol atas kesalahan jenayah sivil. Islam lebih adil dan berperikemanusiaan terhadap pesalah tidak kiralah wanita atau lelaki. Saya sanggah pandangan Datuk Shahrizat. Ia lebih bersifat mendidik terutama bagi kesalahan-kesalahan jenayah biasa. Memang benar usaha tarbiah adalah satu caranya, namun bagi pengajaran kepada umum, maka hukuman fizikal seperti rotan lebih berkesan. Namun keadaan fizikal pesalah tentulah akan diambil kira kerana Islam itu adil. Contohnya Nabi Muhammad menangguhkan hukuman rotan penzina wanita ketika beliau sedang mengandung, namun hukuman tetap dilaksanakan bila ia sihat (walaupun telah insaf)bagi pengajaran kepada umum. Tentang rotan dalam Islam ialah rotan satu ruas sahaja (jika tak silap saya), kaedah rotan dimana perotan merotan dgn tangannya mesti menutup ketiaknya (sptmana kata Mufti Perak) di mana kuasa hentaman merotan menjadi minima. Pesalah pula dirotan di bahagian belakang badan dengan dilitupi baju/kain juga bagi mengurangkan kesakitan. Rotan dilaksanakan serentak, kalau 6 kali maka dirotan hingga 6 kali pada masa itu juga. Dirotan dikhalayak ramai utk pengajaran kepada si pesalah (malu) dan orang ramai yang melihatnya. Ia hanya seperti anda merotan pelajar tetapi lebih sikitlah sakitnya.
Bagi kesalahan jenayah di mahkamah sivil, contohnya perogol, ianya disebat. Pertama ngeri perkataannya. MasyaAllah. Keduanya rotan/belati bersaiz besar dan biasa disebat siat di punggung pesalah dan dibuat sekali sebat sahaja bagi satu2 masa kerana kesakitan dan kesan sebatnya tak terkira. Malah doktor juga patut awasinya. Kalau 3 sebatan walaupun tak sebanyak 6 rotan, namun kesannya lebih sakit dan menderita. Ianya juga sebagai pengajaran.
Saya ingin tanya, adakah Islam (rotan) dalam hal ini lebih mengasihani atau zalim terhadap pesalah berbanding undang duniawi(sebat). Keduanya, saya rasa pemerintah takut di mata dunia dikatakan zalim. Sedangkan sebenarnya, mata-mata dunia memang tak senang bila sesuatu negara laksanakan hukum Islam walaupun sekecil ini sekalipun. Malaysia pun bukanlah laksanakan undang Islam sepenuhnya. Hanya sikit sahaja (berpilih-pilih). Mereka akan kata Islam itu zalim. Tetapi mereka tak kata hukuman duniawi seperti sebat, hukuman di Guantanamo itu zalim. Kenapa? Kerana mereka tak mahu hukum Islam itu menjadi suatu 'presiden' (ikutan undang-undang) terutama di negara Islam sederhana seperti Malaysia ini. Jika hakim di mahkamah sivil, kita akan akur kataputusnya. Kenapa tidak hakim di mahkamah syariah. Hukuman maksima dikenakan ke atas Kartika sebagai satu bentuk pengajaran kepada beliau dan umum yang mana minum arak di masa ini sudah seperti menjadi kebiasaan bagi golongan muda-mudi Islam. Masalahnya begitu serius. banyak kaunseling dijalankan selama ini tetapi tak berkesan. Begitu jugalah dgn kes zina. Maka hakim berpandangan hukuman ini perlu diputuskan walaupun Kartika telah insaf sebagai panduan semua. Malah saya lebih menghargai Kartika yang terus-terusan ingin dirinya dihukum rotan di khalayak ramai. Beliau tak endah nasihat sesetengah Menteri yang kononnya perjuangkan keadilan. Alhamdulillah. Maka di sini juga kita lihat bagaimana tingginya akhlak si pesalah syariah ini berbanding si pesalah mahkamah sivil. Kebiasaannya si pesalah akan dicemuh atau dikata orang namun si Kartika dimulia dan dihargai kerana insafnya dan sanggupnya menerima hukuman, malah lebih penting lagi kesedarannya bahawa hukumannya InsyaAllah akan beri pengajaran kepada semua yang bersalah diluar sana. Fikirkanlah..

Pilih-pilih. Mau kena sebat camni?? or

cam kat atas ni..??
Kalu tengok kat gambar ni, kat banner tu ada tulis dua perkataan iaitu p**i**k dan ISLAM. Sama cam kes bantahan perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Salah satu banner ada tulis "Kami nak Idris, natang!!!" kepada Sultan Terengganu. Soalnya sekarang, siapa hina Islam sebenarnya??!!
Pos ini bertujuan tidak lebih daripada memberikan maklumat kepada pembaca berkenaan bahaya arak. Harap dapat memberi ilmu kepada pembaca terutamanya kepada non-muslim.
ISLAM mengharamkan meminum arak sejak 14 abad lalu. Orang Arab jahiliyah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang cukup dahsyat.
Mereka menganggap arak sebagai sejenis minuman yang memberikan keseronokan hidup di samping meletakkan arak sebagai hidangan biasa yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan.
Ada segelintir umat Arab jahiliyah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan mereka meminum arak dan memberikannya kepada orang lain hanya sebagai penawar dan ubat.
Rasulullah s.a.w. segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: “Ia bukan ubat, bahkan arak sebenarnya adalah punca kepada penyakit.” (Riwayat Muslim)
Islam pada awalnya membasmi kepercayaan karut yang sudah berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliyah sebagaimana kata-kata Aisyah, isteri Rasulullah yang dipetik oleh Imam Bukhari: “Sekiranya al-Quran mula-mula memberitahu orang Arab agar jangan meminum khamar (arak) dan tidak berjudi serta melakukan perzinaan, mereka akan berkata: “Tidak, kami tidak akan patuh.”
“Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan tamannya yang indah bagi sesiapa yang patuh serta seksaan api neraka bagi yang ingkar hingga hati menjadi lembut, selepas itu diperintahkan berhenti daripada meminum khamar, melakukan perzinaan dan berjudi, maka mereka mematuhinya.”
Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya.
Orang Islam mula bertanyakan mengenai perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.
Perintah lain yang diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat suci al-Quran. Peristiwa ini diceritakan al-Quran melalui surah an-Nisa’ ayat 43 yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk…”
Larangan ini sangat mustahak kerana tabiat mabuk diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yang difardukan pada waktu tertentu dalam sehari, iaitu bermula solat Subuh hingga Isyak.
Ini menimbulkan konflik antara perintah baru dengan adat resam orang Arab jahiliyah yang meminum arak pada awal pagi dan permulaan malam.
Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya.
Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan, peminum arak yang aktif mungkin terkena ‘sawan’ atau tabiat meracau yang berpanjangan.
Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan dalam satu majlis jamuan membabitkan orang Muhajirin dan Ansar iaitu arak menjadi satu daripada bahan hidangan.
Apabila ramai yang mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudian bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan.
Apabila mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan merasa berdosa atas tindakan itu.
Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: “…Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu (daripada melakukan perbuatan itu).”
Anas bin Malik disebut sebagai menyatakan: “Apabila khamar (arak) dilarang, orang Arab masih menyukainya dan ada yang amat sukar untuk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap daripada peminum arak akan membawa arak dari rumah masing-masing ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan dan lorong di Madinah dipenuhi dengan bau arak selama beberapa hari.”
Sejak peristiwa itu hingga ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.
Sudah jelas bahawa sesetengah jenayah dalam masyarakat hari ini antara lain berpunca daripada arak.
Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan bahaya arak.
Al-Quran awal-awal lagi memberi amaran bahawa mudarat arak lebih banyak daripada manfaatnya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
Keburukan adalah lebih besar daripada kebaikan antaranya:
Profesor AJ Arberry pula mengatakan: “Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malah mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh.
“Selain itu, seorang yang mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”
Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: “Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak.
“Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak.”
Baru pagi tadi aku dikejutkan dengan kenyataan roommate aku. Katanya, ada kawan-kawan dia cakap kt Tronoh ni kurangnya hiburan a.k.a entertainment. Aku pun balas dengan nada sedikit eMo, “Lorrhhh, DC++ dah ada, tarak cukup ka?.” Aku tanya sapa yang keluarkan statement tu. Lantas disebut la beberapa nama. Bila aku dengar ja nama tu, diam-diam aku cakap “Padan la depa kata kat sini tak cukup entertainment. Golongan ‘ni’ rupanya..!!!”
Bila cakap pasal entertainment a.k.a hiburan, mesti majoriti dalam kepala masyarakat terlintas berkenaan KONSERT. Tak kira la konsert nasyid ka, konsert rock ka, konsert jiwang ka, asal ada nyanyi lagu cukup. Namun, daripada apa yang aku belajar, difinisi paling tepat untuk hiburan adalah sesuatu yang menyebabkan kita gembira, terhibur, tak kira la konsert ka, tengok movie ka, surfing ka, baca komik ka, asalkan kita terhibur bila kita buat perkara tersebut. Ya la, dah nama pun hiburan, mesti benda yang kita suka buat tu mampu menghiburkan diri sendiri. Ada orang, baca Al-Quran pun dah cukup buat hatinya terhibur. Tinggi makam orang yang macam ni.
Berbalik kepada persoalan kurangnya hiburan kat bumi Tronoh ni, aku fakir balik melalui kaca mata dan hati aku sendiri, tak ada pun kekurangan hiburan kt sini. Cuma kita sendiri yang tak pandai memilih. Bukan saja tak pandai memilih, malah enggan memilih. Pilih hanya program-program hiburan yang kena citarasa masing-masing. Ada yang pilih lebih suka ke konsert dan gig, tapi enggan ke program hiburan + ilmu. Ada yang suka pergi ke program hiburan + ilmu tapi tak nak ke konsert mau pun gig. Ya la, masing-masing ada citarasa sendiri, jadi mereka cuma pergi tempat yang mereka rasa mampu menghiburkan diri. Nama pun hiburan, setiap manusia punya citarasa berbeza.
Namun aku cuba melihat pilihan yang dibuat ini berdasarkan background a.k.a latar belakang masing-masing. Contohnya diri aku sendiri. Aku dibesarkan di kampung. Konsert-konsert jarang ada. Kalau ada pun kat simpang tiga jalan kampung. Itu pun ada 4-5 orang yang suka melalak sampai pagi. Geng penganggur katakan. Tapi sekarang dah tak ada. Pasal depa dah bekerja dan berbini. Duduk kat rumah layan bini pun best, lagi bagus, dapat pahala. Kampung aku ni banyak jugak jalankan aktiviti keagamaan macam ceramah ilmu, kelas muqaddam & Al-Quran, pertandingan nasyid. Almaklum la kawasan PAS, jadi banyak program hiburan kat situ based on program keagamaan. Maka bila sampai ja kat sini, dengan program agama ada, konsert-konsert pun ada, hati aku lebih terarah untuk ke program agama daripada pergi konsert. Tapi, aku pergi jugak konsert, tapi yang free je la. Kalau yang kena bayar ni, sorry to say. Dah le mahal. RM 10 la, RM 20 la, RM 25 la, tak kebuloq aku nak p. Lagi satu pasal, aku ni kedekut. Nak makan untuk diri sendiri pun berkira, apatah lagi nak bayar duit pergi konsert. Kalau aku tak kedekut macam tu, tak mampu aku nak beli motor ni pakai duit sendiri. Cash pulak tu. Tak sia-sia kumpul duit dari Foundation 1st. Hehehehehe….
Kemudian, aku semak balik latar belakang ‘mereka’ yang mengatakan bumi Tronoh ni kurang hiburan. Ya, ‘mereka’ ini datang daripada bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan negeri-negeri lain yang membangun. Kedah pun ada. Pendek cerita, ‘mereka’ semua ni tinggal kat ibu kota, senang cerita. Kat ibu kota ni, seperti yang aku tahu, konsert memang ada, malah kat sesetengah tempat tu, dalam seminggu, 3 konsert sekali. Kelab malam jangan cerita la, bersepah. Pusat karaoke lagi, snuker lagi, gig lagi. Macam-macam ada, bak kata pakcik astro. Secara automatiknya, aku assume ‘mereka’ ni membesar dengan suasana macam ni, jadi bila ‘mereka’ pergi merantau ke tempat lain, mesti la ‘mereka’ nak keadaan kat tempat baru ‘mereka’ sama macam tempat asal ‘mereka & keluarga mereka’. Ish, berapa banyak ‘mereka’ da…..
Jadi, fitrah manusia ni, dia tak suka dihalang daripada melakukan perbuatan yang disukainya. Aku yang suka pergi masjid ni tak suka kalau aku dihalang pergi masjid. Orang clubbing pun tak suka kalau dia dihalang pergi clubbing. Orang suka gig dan konsert tak suka kalau dia dihalang pergi ke tempat-tempat tersebut. Pendek kata, jangan halang orang buat benda yang disukai, kerana manusia tak suka dihalang daripada melakukan perkara yang dia suka. Tapi kenapa macam tu? Jika kita semak balik sirah Baginda S.A.W, antara sebab mengapa pembesar-pembesar Quraisy tak mahu menerima dakwah Islam kerana Islam menegah mereka daripada melakukan perkara yang mereka sukai. Contohnya, bertukar-tukar pasangan perempuan tak ubah macam tukar baju, menyembah berhala, membunuh anak perempuan dan juga hak samarata setiap manusia tanpa mengira jantina, pangkat, harta, status dan sebagainya. Kita sebagai manusia perlu ingat, kita hamba Allah S.W.T. Nak tak nak, kita WAJIB mematuhi perintah Allah yakni yang terkandung dalam ajaran ISLAM yang dibawa Baginda S.A.W.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)
Jadi, bila mana ada orang yang menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara dengan disertakan sebab-sebab dan hujah yang kukuh, maka terima la dengan hati terbuka. Bukan saja-saja dia nak halang, mesti ada sebab yang mengatakan sedemikian. Tambah pulak kalau disertakan dengan dalil dari Al-Quran & Hadith, tambah ijmak Ulama’ lagi, maka terima je la. Bukan ke kita sebagai orang Islam, mengiktiraf Al-Quran & Hadith sebagai sumber rujukan ilmu & hukum yang utama, kemudian diikuti Ijmak beserta Qias. Tapi kalau tak dapat terima jugak, tak dapat nak cakap apa lagi. Cuma berdoa saja moga-moga satu hari nanti, terbuka jugak pintu hati itu untuk menerimanya.
Berbalik kepada persoalan memilih bentuk hiburan, terpulang kepada diri masing-masing. Guideline dah ada, terang-terang pulak tu. Jadi buat la pilihan yang bijak bagaimana anda nak memilih hiburan yang mampu menghiburkan diri anda dalam masa yang sama tak melanggar syariat Islam. Bagi aku, banyak ja aktiviti yang boleh dipanggil hiburan, Cuma kita sendiri yang memilih untuk mendefinisikan aktiviti tersebut sebagai hiburan atau tidak. Macam aku cakap awal tadi, buat pilihan dengan bijak. Sama jugak sekarang tengah PRK (Pilihan Raya Kampus), jadi buat juga undian yang bijak. Seruan peribadi saya, sila undi calon nombor dua. Hehehe. Berkenaan dengan pilihan hiburan untuk diri aku, aku taram je semua. Baca komik ka, ceramah Ustaz Shahrir Long & Akil Hayy ka, layan movie ka, DC++ ka, konsert ka(asalkan free… hahahahahaahaha).
(Dengar lagu Moment Of Glory – Scorpion time genting gini sedap dowh… Aku dengar hampir 30 kali stakat petang ni)



















