Milik Siapa Cinta Itu?

Sumber: Atap Hijau



Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda'.

"Subhanallah, walhamdulillah ..", girang Abu Dharda' mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

"Saya adalah Abu Dharda' dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting", fasih Abu Dharda' menutur bicaranya.

"Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami". Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

"Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang", kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. "Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda' juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu."

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

"Allahu Akbar!!" seru Salman. "Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda', dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!"

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. "Aku Tak Mencintaimu"

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. "Allah".

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir "Fi Zilaalil Qur'an"

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
'Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
"Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…"." Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha." Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan 'Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta 'Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, "Beliau melarangku berbincang dengan 'Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar 'Aisyah."

Maka bergetarlah langit..
"Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya."
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama 'Aisyah.
'Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti 'Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu'awiyyah
Pada Sayyid Qutb

Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…

Soal Jawab antara Rasulullah SAW dan Sang Iblis [RAHSIA TIPU MUSLIHAT IBLIS]

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

 Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis!

Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) –
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis,dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 –
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"

Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datang lah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 –
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 –
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 –
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 –
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 –
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 –
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 –
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur"

Soalan Nabi ke 11 -
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 -
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 -
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"

Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 -
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 -
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 -
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 -
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 -
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

Soalan Nabi ke 21 -
"Hai Iblis! Apakah yang merantai engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berjual beli dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya"

Soalan Nabi ke 22 -
"Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Apabila bertemu dua Islam di tengah perjalanan memberi salam serta dijawab oleh yang lain, maka rasa pecah dada hamba dan hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun sehingga keduanya berpisah"

Soalan Nabi ke 23 -
"Hai Iblis! Siapa pula yang hampir kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"

Soalan Nabi ke 24
"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik. Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu. Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya. Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."

Soalan Nabi ke 25
"Hai Iblis! Di mana engkau diam?"

Jawab Iblis - "Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah yakin pada kerja syiriknya itu. Sudah banyak umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat, menunjukkan sangat tipis imannya"

Soalan Nabi ke 26 -
"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"

Jawab Iblis - "Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpamanya yang bercampur pemuda dan pemudi"

Soalan Nabi ke 27
"Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai di dalam masjid. Apa yg engkau hendak buat?"

Jawab Iblis - "Hamba hendak mengacau dan merosakkan sembahyang orang di situ, tetapi hamba takutkan seorang yang tidur di situ" Nabi bertanya, "Mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sembahyang itu, padahal dia bermunajat kepada Allah. Kenapa pula engkau takut pada orang yang tidur itu padahal dia lalai dan tidak memandang satu apa pun?" Jawab Iblis, "Orang yg sembahyang itu jahil dan amat mudah hamba goda, tetapi orang yang tidur itu alim. Jika hamba goda juga, hamba takut orang yang tidur itu bangun lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu"

Soalan Nabi ke 28 -
"Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menyanyi, berpantun, berpantun-seloka dan sebagainya kecuali orang yang bernazam, berlagu-lagu, bernasyid memuji Allah serta selawatkan Nabi"

Soalan Nabi ke 29 -
"Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menipu harta orang, memakan harta anak yatim dan memakan riba' "

Soalan Nabi ke 30 -
"Hai Iblis! Engkau gelapkan hati manusia kerana apa?"

Jawab Iblis - "Sebab mereka makan minum pencarian haram kerana mereka sudah gelap mata untuk mencari rezeki yang halal. Juga mereka yang tidur meninggi hari hingga tertinggal sembahyang subuh serta memenuhkan perut sekenyang-kenyangnya"

Soalan Nabi ke 31 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati engkau?"

Jawab Iblis - "Orang kaya yang bakhil; tidak mengeluarkan zakat pada hamba Allah yang daif. Zakatnya dihantar pada orang lain, padahal kaumnya miskin. Bahawasanya orang bakhil itu seteru Allah dan yang tak berzakat itu akan masuk ke dalam neraka bersama hamba"

Soalan Nabi ke 32 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyuburkan badan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang hasad dengki, orang yang tak belajar peraturan agama Islam dan semua perempuan jahat, perempuan yang mencabul dirinya sendiri dan menjual maruah"

Soalan Nabi ke 33 -
"Hai Iblis! Jika mati seorang ulama, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Bertambah subur dan bertunaslah kerja hasutan hamba, Maka kata Nabi, "Sesiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid." Tambah Nabi, Akan datang umatku akan lari daripada ulama. Setiap orang yang bencikan orang yang mengajar agama itu akan diturunkan oleh Allah dengan 3 bala:
1) Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
2) Allah akan mendatangkan raja atau ketua yang zalim.
3) Mereka dikeluarkan daripada dunia dengan tidak beriman.

Soalan Nabi ke 34 -
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang berjemaah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sesungguhnya mereka telah menghuraikan simpulan tipudaya hamba"

Soalan Nabi ke 35 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat keatas ku, betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Mereka telah membelah muka hamba kerana sangat ingat akan tuan."

Soalan Nabi ke 36 –
"Jika umatku sembahyang Hari Raya, betapa hal engkau? Kerana Allah Maha Besar telah berfirman demikian: "Hai sekelian Malaikat! Saksikan oleh kamu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan sekelian dosa Nabi Muhammad; lelaki dan perempuan" Apabila telah selesai sembahyang dan kuthbah pula, firman Allah : "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing. Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan Aku gantikan dosa kamu dengan kebajikan."

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan pergi sembahyang Hari Raya, maka hamba sangat menanggung dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bertempik dan datanglah sekelian tentera hamba dan bertanya,"Hai Raja kami! Siapa tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi? Titahkan kami sekelian untuk membinasakan yang di langit atau di bumi itu!" Maka kata hamba, "Hai bala tenteraku! Apa yg menyebabkan hamba menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah mengkabulkan puasa mereka? Tuhan sangat sayang akan mereka dan dikasihankan dengan rahmat, diperkenankan doa akan apa yang dipinta dan diampunkan segala kesalahan mereka. Hai tenteraku! Goda mereka supaya malas beramal ibadat, bersuka-suka, bermain-main, memuaskan hawa nafsu dengan pelbagai maksiat; agar datang kemurkaan Tuhan kepada mereka dan kelak diturunkan bala. Kerana itu kemudian akan menyenangkan hatiku." Maka pergilah sekelian iblis dan syaitan mengacau umat Muhammad"

Soalan Nabi ke 37 -
"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun; tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit. Maka lemahlah hamba, lalu hamba sapu muka dengan tanah. Hai celaka malang diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling pergi."

Soalan Nabi ke 38 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa membaca doa awal tahun ini, Allah akan memerintahkan dua Malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan ditulis kebajikan di dalamnya kerana membaca doa ini."

Soalan Nabi ke 39 –
"Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidak bertaubat dari dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa. Ya Nabi Allah! Bahawa telah hamba binasakan sekelian manusia dengan pelbagai dosa maksiat maka sukalah hamba. Tiba-tiba mereka mengucap kalimah Lailahaillallah dan beristighafar, maka binasalah hamba kerana ucapannya itu. Lagi satu keuntungan besar hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul-siul. Mereka itu adalah anak buah hamba. Kerana pada masa hamba dibuang ke dunia ini dahulu, hamba mengembara dan berjalan dengan bersiul-siul. Orang yang bersiul-siul itu adalah penghibur Iblis dan syaitan, tetapi orang yang bang (azan) itu penghambat Iblis dan syaitan kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka."

Soalan Nabi ke 40 –
"Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada beriman, daripada gelap-gelita kepada terang benderang"

Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke Hadrat Allah dan berkata: "Ya Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha bersungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama nyawa ada di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda pemudi bercampur dan berkenalan supaya senang hamba mencelah di antara mereka."

Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu, bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni akan dosa umat Muhammad, selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu" Maka kata Nabi, "Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"

Maka Iblis berkata, "Ya Rasulullah! Bahawa hamba sangat ajaib melihat dua perkara sekelian hamba Allah. Yang pertama mereka mengaku kasih akan Allah padahal pula mereka taat akan hamba dengan berbuat maksiat. Yang kedua mereka sangat marah akan hamba tetapi mereka menurut juga hasutan hamba." Maka datang lagi firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku anugerahkan umat Muhammad dua kebahagian iaitu

(1) kasih mereka itu akan Daku iaitu Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat mereka itu kerana perdayaan engkau.

(2) mereka itu marah kepada engkau (juga) Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi mereka itu (yang telah) berbuat maksiat kepadaKu".

Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi oleh Allah Al-Ghafurur Rahim….

INSYAALLAH~

10 Kaedah Berdakwah Yang Diambil Daripada Usul Fiqh

Menurut Sheikh Dr. Jum'ah Amin, 10 kaedah yang diambil daripada usul fiqh yang perlu diterapkan sebagai bimbingan bagi umat Islam yang dahagakan perubahan bagi umat ini:

 


1.        Memberi keteladanan sebelum berdakwah.

Sebagaimanapun bagusnya seorang da'i dalam berdakwah dan seluas apapun wawasannya mengenai agama, tapi tanpa ditunjang dengan akhlaq yang dapat diteladani oleh umat maka niscaya dakwah itu tidak akan pernah berhasil. Oleh kerana itu perlu adanya keteladanan yang baik dari seorang da'i sebelum berdakwah.

 

2.        Mengikat hati sebelum menjelaskan.

Sering sekali seseorang itu tertarik pada sesuatu setelah hatinya merasa senang terhadap hal tersebut. Setelah seseorang itu senang, maka segala sesuatu yang ingin disampaikan menjadi mudah untuk dicerna oleh orang tersebut.

 

3.        Mengenalkan Islam sebelum memberi beban.

Adanya sebuah pepatah lama yang menyatakan bahawa tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Oleh kerana itu, dalam berdakwah hendaklah dimulakan dengan mengenalkan hal hal yang ringan saja dan tidak memberatkan. Perkenalkan diri kita terlebih dahulu sebagai pemula bicara.

 

4.        Bertahap dalam pemberian tugas.

Adanya tahapan dalam pembebanan adalah agar tidak memberatkan para mad'u. Perlu ambil iktibar daripada prinsip Al-Quran dalam merubah amalan jahiliyyah dahulu berdasarkan konsep tadarruj. Seorang da'i harus mendekati mad'u dimulai mengikut tahap pemahaman mad'u, bukannya mengikut tahap pemahaman sang da'i.

 

5.        Memudahkan bukan menyulitkan.

Sekiranya terdapat pilihan antara perkara yang berat dan yang ringan, maka pilihlah jalan yang lebih ringan. Prinsip umum yang dianut oleh para sahabat ialah tashil (memudahkan) dan musamahah (toleransi) dalam masalah furu'iah. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda, "Permudahkanlah, jangan dipersulit, besarkan hati jangan membuat orang lari" (HR. Bukhari)

 

6.        Yang pokok sebelum yang cabang.

Mulakan dakwah dengan perkara berkaitan akidah telebih dahulu sebelum masuk kepada masalah-masalah pembebanan dan penetapan hukum-hukum. Dr. Yusuf Qardhawi berkata, "Di antara sesuatu yang harus dijauhi oleh para pemuda Islam adalah menyibukkan diri dengan masalah-masalah cabang, sementara meninggalkan masalah-masalah pokok yang besar dan berkaitan dengan kewujudan umat dan perjalanannya."

 

7.        Membesarkan hati sebelum memberi ancaman.

Seorang da'i semestinya terlebih dahulu memberikan khabar gembira kepada mad'u untuk beramal dengan ikhlas sebelum memberikan ancaman tentang bahaya riya'. Da'i perlu memberitahu kebaikan dan ganjaran pahala yang akan diperoleh jika berbuat amal kebaikan kepada mad'u agar mereka tertarik untuk melakukan amal tersebut.

 

8.        Memahamkan, bukan mengarah semata-mata.

Dalam usaha untuk memberikan pemahaman kepada mad'u, da'i tidak boleh hanya menguasai dalil-dalil dan hukum-hukum semata-mata, tetapi harus melihat dan memikirkan bagaimana semua itu dapat diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Da'i juga perlu melihat kepada bagaimana kondisi mad'u dan kesediaannya untuk menerima apa yang ingin disampaikan. Seorang da'i mestilah sentiasa mengutamakan kemaslahatan, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.

 

Dalam sebuah kisah, ada dua orang lelaki mengadu kepada Nabi Daud kerana kambing milik salah seorang daripada mereka telah merosakkan kebun milik yang seorang lagi sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tinggal daripada tanaman tersebut. Lalu Nabi Daud memutuskan agar pemilik kambing yang merosakkan tanaman pekebun tersebut agar menyerahkan kambingnya kepada pekebun tersebut. Kemudian kedua-dua lelaki tersebut keluar menuju kepada Nabi Sulaiman yang berada di pintu dan menceritakan mengenai keputusan yang telah diputuskan oleh Nabi Daud terhadap mereka berdua. Kemudian Nabi Sulaiman masuk ke tempat Nabi Daud dan berkata, "Wahai ayah, seandainya engkau putuskan dengan hukum selain ini, tentu akan lebih menguntungkan bagi semuanya." Nabi Daud bertanya, "Apa itu?" Nabi Sulaiman menjawab, "Pemilik kambing itu sebaiknya disuruh memulihkan kembali kebun yang telah dirosakkan oleh kambingnya sehingga tumbuh semula tanaman yang telah rosak itu. Sementara pemilik kebun boleh memanfaatkan kambing dengan memerah susunya dan keturunannya. Apabila tanaman itu telah tumbuh semula, kambing-kambing tersebut dikembalikan semula kepada pemilik asalnya. Demikian juga kebun yang telah pulih itu dikembalikan semula kepada pemilik asalnya." Nabi Daud kemudian berkata kepada Nabi Sulaiman, "Engkau telah diberikan taufik wahai anakku." Akhirnya Nabi Daud memutuskan hukuman kepada kedua lelaki tersebut dengan keputusan yang dicadang oleh Nabi Sulaiman.

 

Sayyid Quthb r.a dalam tafsir Fi Zilal Al-Quran telah berkata, "Keputusan hukum Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam masalah tersebut merupakan ijtihad daripada keduanya. Ini bukan bererti keputusan Nabi Daud itu salah, tetapi keputusan Nabi Sulaiman lebih tepat kerana bersumber daripada ilham."

 

Alangkah perlunya para da'i kepada hikmah yang disertai dengan ilmu, dan bukan sekadar ilmu semata-mata. Betapa buruknya baik mana-mana da'i yang hanya mementingkan penguasaan dalil dan hukum semata-mata tanpa memikirkan bagaiamana semua itu dapat diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang da'i mestilah sentiasa memerhatikan situasi dan kondisi dalam menyampaikan dakwahnya dan selalu mengutamakan kemaslahatan. Tidak mungkin dakwah akan tercapai hanya dengan menyampaikan nas-nas secara tekstual semata-mata.

 

9.        Mendidik, bukan menelanjangi.

Jika diperhatikan, sebahagian dari aktivis dakwah seringkali memalukan objek dakwahnya di hadapan khalayak ramai. Mereka lupa bahawa orang yang memerintahkan orang lain untuk melakukan kebaikan, hendaklah juga menggunakan cara/kaedah yang baik. Kesalahan yang dilakukan oleh objek dakwah mestilah dirahsiakan. Cuba ambil ibrah daripada kisah Hassan dan Hussin dalam menegur seorang lelaki tua yang salah dalam berwudhu. Mereka berdua berjaya menegur kesalahan orang tua tersebut tanpa mengaibkannya.

 

10.     Murid kepada guru, bukan murid kepada buku.

Di antara kesalahan paling mendasar yang dilakukan oleh sebahagian da'i muda adalah mengambil nas-nas Al-Quran mahupun Hadith secara langsung dan berguru hanya kepada buku tanpa mahu merujuk kepada orang ulamak. Setiap da'i mestilah belajar dan membuat rujukan daripada para alim ulamak dan juga orang yang berpengalaman. Keuntungan itu adalah dengan memetik buah pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sepanjang jalan hidup mereka.

 



Rujukan:
Fiqh Da'wah - Dr Jum'ah Amin

10 things to learn from Japan.

1. THE CALM

     Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY
     Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture. 

3. THE ABILITY
     The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn't fall.

4. THE GRACE
    People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5. THE ORDER
    No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding. 

6. THE SACRIFICE
    Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
    Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
     The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.
 
9. THE MEDIA
     They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.
 
10. THE CONSCIENCE
      When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!

Lesson from Japanese Boy

THIS letter, written by Vietnamese immigrant Ha Minh Thanh   working in Fukushima as a policeman to a friend in Vietnam, was  

 posted on New America Media on March 19. It is a testimonial to   the strength of the Japanese spirit, and an interesting slice of 
 life near the epicenter of Japan 's crisis at the Fukushima nuclear power plant. It was translated by NAM editor Andrew Lam, 
 author of "East Eats West: Writing in Two Hemispheres." Shanghai Daily condensed it.


Brother,   


How are you and your family? These last few days, everything was in chaos. When I close my eyes, I see dead bodies. When I open my  eyes, I also see dead bodies. Each one of us must work 20 hours a day, yet I wish there were 48 hours in the day, so that we could continue helping and rescuing folks. We are without water and electricity, and food rations are near zero. We barely manage to move refugees before there are new orders to move them elsewhere.


I am currently in Fukushima , about 25 kilometers away from the nuclear power plant. I have so much to tell you that if I could write it all down, it would surely turn into a novel about human relationships and behaviors during times of crisis. People here remain calm - their sense of dignity and proper behavior are very good - so things aren't as bad as they could be. But given another week, I can't guarantee that things won't get to a point where we can no longer provide proper protection and order.  


They are humans after all, and when hunger and thirst override dignity, well, they will do whatever they have to do. The government is trying to provide supplies by air, bringing in food  and medicine, but it's like dropping a little salt into the ocean. 


Brother, there was a really moving incident. It involves a little Japanese boy who taught an adult like me a lesson on how to behave like a human being. Last night, I was sent to a little grammar school to help a charity organization distribute food to the refugees. It was a  long line that snaked this way and that and I saw a little boy  around 9 years old. He was wearing a T-shirt and a pair of   shorts.

                                   
 It was getting very cold and the boy was at the very end of the   line. I was worried that by the time his turn came there wouldn't  be any food left. So I spoke to him. He said he was at school when the earthquake happened. His father worked nearby and was driving to the school. The boy was on the third floor balcony  when he saw the tsunami sweep his father's car away.             
                                                                  
 I asked him about his mother. He said his house is right by the beach and that his mother and little sister probably didn't make it. He turned his head and wiped his tears when I asked about his relatives. The boy was shivering so I took off my police jacket and put it on him. That's when my bag of food ration fell out. I picked it  up and gave it to him. "When it comes to your turn, they might   run out of food. So here's my portion. I already ate. Why don't  you eat it?"                  
                                                                  
 The boy took my food and bowed. I thought he would eat it right away, but he didn't. He took the bag of food, went up to where  the line ended and put it where all the food was waiting to be distributed.  I was shocked. I asked him why he didn't eat it and instead added it to the food pile. He answered: "Because I see a lot more people hungrier than I am. If I put it there, then they will distribute the food equally." When I heard that I turned away so that people wouldn't see me cry.

                                                                  
 A society that can produce a 9-year-old who understands the concept of sacrifice for the greater good must be a great        
 society, a great people. Well, a few lines to send you and your family my warm wishes. The hours of my shift have begun again. 

Ha Minh Thanh

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.