10 Kaedah Berdakwah Yang Diambil Daripada Usul Fiqh

Menurut Sheikh Dr. Jum'ah Amin, 10 kaedah yang diambil daripada usul fiqh yang perlu diterapkan sebagai bimbingan bagi umat Islam yang dahagakan perubahan bagi umat ini:

 


1.        Memberi keteladanan sebelum berdakwah.

Sebagaimanapun bagusnya seorang da'i dalam berdakwah dan seluas apapun wawasannya mengenai agama, tapi tanpa ditunjang dengan akhlaq yang dapat diteladani oleh umat maka niscaya dakwah itu tidak akan pernah berhasil. Oleh kerana itu perlu adanya keteladanan yang baik dari seorang da'i sebelum berdakwah.

 

2.        Mengikat hati sebelum menjelaskan.

Sering sekali seseorang itu tertarik pada sesuatu setelah hatinya merasa senang terhadap hal tersebut. Setelah seseorang itu senang, maka segala sesuatu yang ingin disampaikan menjadi mudah untuk dicerna oleh orang tersebut.

 

3.        Mengenalkan Islam sebelum memberi beban.

Adanya sebuah pepatah lama yang menyatakan bahawa tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Oleh kerana itu, dalam berdakwah hendaklah dimulakan dengan mengenalkan hal hal yang ringan saja dan tidak memberatkan. Perkenalkan diri kita terlebih dahulu sebagai pemula bicara.

 

4.        Bertahap dalam pemberian tugas.

Adanya tahapan dalam pembebanan adalah agar tidak memberatkan para mad'u. Perlu ambil iktibar daripada prinsip Al-Quran dalam merubah amalan jahiliyyah dahulu berdasarkan konsep tadarruj. Seorang da'i harus mendekati mad'u dimulai mengikut tahap pemahaman mad'u, bukannya mengikut tahap pemahaman sang da'i.

 

5.        Memudahkan bukan menyulitkan.

Sekiranya terdapat pilihan antara perkara yang berat dan yang ringan, maka pilihlah jalan yang lebih ringan. Prinsip umum yang dianut oleh para sahabat ialah tashil (memudahkan) dan musamahah (toleransi) dalam masalah furu'iah. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda, "Permudahkanlah, jangan dipersulit, besarkan hati jangan membuat orang lari" (HR. Bukhari)

 

6.        Yang pokok sebelum yang cabang.

Mulakan dakwah dengan perkara berkaitan akidah telebih dahulu sebelum masuk kepada masalah-masalah pembebanan dan penetapan hukum-hukum. Dr. Yusuf Qardhawi berkata, "Di antara sesuatu yang harus dijauhi oleh para pemuda Islam adalah menyibukkan diri dengan masalah-masalah cabang, sementara meninggalkan masalah-masalah pokok yang besar dan berkaitan dengan kewujudan umat dan perjalanannya."

 

7.        Membesarkan hati sebelum memberi ancaman.

Seorang da'i semestinya terlebih dahulu memberikan khabar gembira kepada mad'u untuk beramal dengan ikhlas sebelum memberikan ancaman tentang bahaya riya'. Da'i perlu memberitahu kebaikan dan ganjaran pahala yang akan diperoleh jika berbuat amal kebaikan kepada mad'u agar mereka tertarik untuk melakukan amal tersebut.

 

8.        Memahamkan, bukan mengarah semata-mata.

Dalam usaha untuk memberikan pemahaman kepada mad'u, da'i tidak boleh hanya menguasai dalil-dalil dan hukum-hukum semata-mata, tetapi harus melihat dan memikirkan bagaimana semua itu dapat diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Da'i juga perlu melihat kepada bagaimana kondisi mad'u dan kesediaannya untuk menerima apa yang ingin disampaikan. Seorang da'i mestilah sentiasa mengutamakan kemaslahatan, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.

 

Dalam sebuah kisah, ada dua orang lelaki mengadu kepada Nabi Daud kerana kambing milik salah seorang daripada mereka telah merosakkan kebun milik yang seorang lagi sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tinggal daripada tanaman tersebut. Lalu Nabi Daud memutuskan agar pemilik kambing yang merosakkan tanaman pekebun tersebut agar menyerahkan kambingnya kepada pekebun tersebut. Kemudian kedua-dua lelaki tersebut keluar menuju kepada Nabi Sulaiman yang berada di pintu dan menceritakan mengenai keputusan yang telah diputuskan oleh Nabi Daud terhadap mereka berdua. Kemudian Nabi Sulaiman masuk ke tempat Nabi Daud dan berkata, "Wahai ayah, seandainya engkau putuskan dengan hukum selain ini, tentu akan lebih menguntungkan bagi semuanya." Nabi Daud bertanya, "Apa itu?" Nabi Sulaiman menjawab, "Pemilik kambing itu sebaiknya disuruh memulihkan kembali kebun yang telah dirosakkan oleh kambingnya sehingga tumbuh semula tanaman yang telah rosak itu. Sementara pemilik kebun boleh memanfaatkan kambing dengan memerah susunya dan keturunannya. Apabila tanaman itu telah tumbuh semula, kambing-kambing tersebut dikembalikan semula kepada pemilik asalnya. Demikian juga kebun yang telah pulih itu dikembalikan semula kepada pemilik asalnya." Nabi Daud kemudian berkata kepada Nabi Sulaiman, "Engkau telah diberikan taufik wahai anakku." Akhirnya Nabi Daud memutuskan hukuman kepada kedua lelaki tersebut dengan keputusan yang dicadang oleh Nabi Sulaiman.

 

Sayyid Quthb r.a dalam tafsir Fi Zilal Al-Quran telah berkata, "Keputusan hukum Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam masalah tersebut merupakan ijtihad daripada keduanya. Ini bukan bererti keputusan Nabi Daud itu salah, tetapi keputusan Nabi Sulaiman lebih tepat kerana bersumber daripada ilham."

 

Alangkah perlunya para da'i kepada hikmah yang disertai dengan ilmu, dan bukan sekadar ilmu semata-mata. Betapa buruknya baik mana-mana da'i yang hanya mementingkan penguasaan dalil dan hukum semata-mata tanpa memikirkan bagaiamana semua itu dapat diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang da'i mestilah sentiasa memerhatikan situasi dan kondisi dalam menyampaikan dakwahnya dan selalu mengutamakan kemaslahatan. Tidak mungkin dakwah akan tercapai hanya dengan menyampaikan nas-nas secara tekstual semata-mata.

 

9.        Mendidik, bukan menelanjangi.

Jika diperhatikan, sebahagian dari aktivis dakwah seringkali memalukan objek dakwahnya di hadapan khalayak ramai. Mereka lupa bahawa orang yang memerintahkan orang lain untuk melakukan kebaikan, hendaklah juga menggunakan cara/kaedah yang baik. Kesalahan yang dilakukan oleh objek dakwah mestilah dirahsiakan. Cuba ambil ibrah daripada kisah Hassan dan Hussin dalam menegur seorang lelaki tua yang salah dalam berwudhu. Mereka berdua berjaya menegur kesalahan orang tua tersebut tanpa mengaibkannya.

 

10.     Murid kepada guru, bukan murid kepada buku.

Di antara kesalahan paling mendasar yang dilakukan oleh sebahagian da'i muda adalah mengambil nas-nas Al-Quran mahupun Hadith secara langsung dan berguru hanya kepada buku tanpa mahu merujuk kepada orang ulamak. Setiap da'i mestilah belajar dan membuat rujukan daripada para alim ulamak dan juga orang yang berpengalaman. Keuntungan itu adalah dengan memetik buah pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sepanjang jalan hidup mereka.

 



Rujukan:
Fiqh Da'wah - Dr Jum'ah Amin

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.