Tips Mengelak Sakit Jantung

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. 

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:- 
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah.

 

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini  adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)' 

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya: 

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
7. Elakkan mandi selepas makan 
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

6 Ubat Musibah

Ibn Al-Jauzi berkata:

Ada enam perkara ubat bagi orang yang terkena musibah, iaitu:

1. Hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang

2. Hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah

3. Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya.

4. Hendaklah ia membandingkan antara musibah yang menimpa dirinya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.

5. Hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi itu masih boleh mendapat gantinya.

6. Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik bagi dirinya.




Diambil dari buku bertajuk:RAHMAT DISEBALIK DUGAAN. Penulis:Kasmuri Selamat M A

Labels: ,

Imam Ahmad bin Hanbal: Alam ini terjadi dengan sendirinya??!!


Ketika zaman Imam Ahmad bin Hanbal, terdapat penganut fahaman atheis yang berusaha mengganggu keimanan umat Islam tentang kewujudan Tuhan. Mereka berjaya memutarbelitkan fakta berdasarkan kepada perdebatan dan logik yang mereka lakukan. Menurut mereka, alam semesta terjadi melalui proses sendirinya tanpa campur tangan Zat Allah. Oleh itu, manusia tidak perlu menyembah Tuhan yang sebenarnya tidak wujud bagi mereka.

Sudah banyak ulama yang berusaha berdebat dan membetulkan mereka, namun tiada siapa yang mampu mengalahkan mereka sehingga mereka menjadi bongkak dengan kehebatan tersebut. Namun, Imam Ahmad berusaha untuk memberikan tentangan terhadap pendapat mereka dan mahu membuktikan bahawa pendapat mereka itu adalah salah. Biarpun penampilan Imam Ahmad tidak menunjukkan bahawa dia seorang ulama yang berilmu, kaum atheis tetap menerima pelawaan debatnya. Syaratnya ialah, pedebatan ini dilakukan secara terbuka dan dihadiri oleh orang ramai. Kaum athies setuju lalu menetapkan masa dan tempat.

Pada hari yang ditetapkan, Imam Ahmad lewat tiba hingga mengundang cacian dari kumpulan atheis manakala penonton yang menunggu pula merasa kesal. "Sabar, sabar beri aku kesempatan menjelaskan sebab kelewatan ini," ujarnya tenang. Walau merasa kesal, kumpulan atheis memberi peluang untuk Imam Ahmad bersuara. "Begini, kamu tentu tahu bahawa saya tinggal di luar bandar. Di situ terdapat sebatang sungai yang cukup lebar. Ketika hendak datang kesini, saya mendapati tiada satu pun sampan yang membolehkan saya menyeberang. Itulah sebabnya saya terlambat datang."

"Jadi, bagaimana kamu boleh tiba kalau tiada sebarang sampan?" tanya mereka kehairanan. "Ah! Satu perkara yang ajaib telah berlaku," kata Imam Ahmad. "Secara tiba-tiba sekeping papan hanyut terapung-apung dan dengan sendirinya berhenti di depan saya. Kemudian disusuli oleh beberapa papan-papan lain yang juga hanyut lalu semuanya bergabung. Tiba-tiba muncul pula seutas tali. Papan-papan dan tali membentuk dengan sendirinya menjadi sampan yang elok dan baik. Sampan kecil itulah yang menyeberangkan saya hingga sampai ke tempat ini dengan selamat," ungkapnya panjang lebar.

Kumpulan atheis itu ketawa terbahak-bahak. "Ah! Mengarut sahaja. Itu mustahil, dan tidak masuk akal," kata salah seorang di antara mereka. Imam Ahmad menjawab dengan lembut, "Kalau kamu tidak percaya sampan yang kecil itu boleh terbentuk dengan sendirinya, bagaimana pula dengan alam semesta ini yang besar dan boleh terjadi dengan sendirinya tanpa kekuasaan Allah SWT?" Kumpulan atheis itu terdiam dan bungkam seribu bahasa. Oleh kerana tidak berjaya menemui jawapan bagi membalas kata-kata Imam Ahmad, mereka pergi begitu saja. Orang ramai yang hadir merasa amat gembira dengan kata-kata Imam ahmad yang kelihatan sederhana tapi amat mendalam hingga kumpulan atheis itu kalah sebelum bertanding.

Mari Kurangkan Lemak di Badan

Sumber


1. 3 potong halia bara



2.Sedikit jintan manis

3. Sedikit jintan putih

4. Beberapa biji lada hitam



Kemudian, apa yang perlu anda lakukan adalah;


1. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

2. Selepas itu, masukkan bahan tersebut ke dalam setengah gelas air suam.

3. Biarkan ia terendam kira-kira 1 jam.

4. Kemudian, anda perah dan tapiskan ia ke dalam secawan air suam lain.

5. Akhir sekali, anda bahagi dua air tersebut. Setengahnya diminum pada waktu pagi dan selebihnya diminum pada waktu petang.


Anda boleh amalkan petua kurangkan lemak di atas sebanyak 2 kali dalam seminggu. Buatlah secara konsisten mudah-mudahan lemak di badan anda akan berkurangan secara beransur-ansur.

Labels:

Jangan Copy kalau tak pandai Paste


Ajoi mendengar ceramah motivasi dari motivator terkenal di Malaysia.
"Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!"
Penonton terdiam dan terkesima
"Dia ialah ibu saya!"
Penonton semua bertepuk dan memuji-muji motivator tersebut.

Balik rumah, Ajoi cuba meniru teknik motivator tadi kepada isterinya
"Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!"
Belum sempat Ajoi menyambung, isterinya dah melenting.
"Apa? Berani awak buat begitu ?!!!"
Ajoi terkejut dengan jerkahan isterinya, sehingga Ajoi terlupa sambungan ayat tersebut.
"Siapa!?" jerit isterinya lagi
Ajoi tersenyap blur sekejap..
"Siapa!?" jerit isterinya lagi
sehingga Ajoi menjawab…
"Ntah lupa la..!"



Sedar-sedar Ajoi dah ada kat dalam wad..

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.