Cukupkah sekadar ini??!!

Pada usrah beberapa hari lepas, Ustaz Ridhuan membincangkan tentang kuantiti ibadah dalam kehidupan seharian. Antara perkara menarik adalah ketika sesi usrah bertukar menjadi kelas matematik.


Ambil setahun sebagai parameter. Kemudian mulakan dengan:
24 jam x 365 hari = 8760 jam dalam setahun.

Manusia normal biasanya tidur 8 jam. Ambil:
8 jam x 365 hari = 2920 jam

Ambil kira juga tempoh masa bekerja(disebabkan hadirin usrah ini adalah golongan pekerja), normalnya:
8 jam x 365 hari = 2920 jam

Kemudian kira pula waktu solat kita kepada Allah S.W.T. Ambil contoh:
1 jam x 365 hari = 365 jam

Jika diambil kira daripada calculation diatas, makanya tak sampai 5% pun daripada masa setahun kita digunakan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Jadi bagaimana kita merasakan yang kita ini layak untuk meminta dimasukkan kedalam syurga, sedangkan pengabdian kita kepada tuhan tak sampai 5% dalam tempoh setahun???!!!!


Kita perlu sedar dimana ibadat itu mempunyai 2 bahagian: Umum dan khusus. Khusus ini tertakluk kepada seseorang itu untuk mengerjakan atas dasar kewajipan yang ditetapkan manakala umum ini merupakan perkara seharian yang dibuat. Bagaimana pula mahu menjadikan segala perbuatan harian ini sebagai pekerjaan yang boleh mendatangkan pahala NON-STOP??

Dalam Hadits Rasulullah S.A.W bersabda,
Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulai dengan “Bismillah” (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (dari keberkatan Allah)”.


Apa maksud terputusnya daripada berkat Allah ini?? Tidak lain tidak bukan adalah ganjaran pahala. Disebabkan memulakan apa-apa urusan dengan lafaz "Bismillah", contohnya ketika berjalan kaki ke kedai membeli barang, setiap langkah itu akan dicatat pahalanya. Begitu juga tidur, setiap saat tidur itu ada baginya pahala. Menjadikan hidup kita ini ibadah yang 24 jam!!!


Sebagaimana sabda Nabi SAW “Bermula tidur orang yang alim itu amat lebih pahalanya daripada ibadat orang yang jahil.”


Maka output usrah itu jelas, dimana untuk menjadikan ibadat khusus kita sahaja sebagai bayaran 'tiket' untuk ke syurga, ia belum cukup untuk membelinya. Namun Allah S.W.T. memberikan peluang yang mudah kepada manusia untuk beribadah kepadanya 24 jam asalkan memulakan kerja dengan namanya, dengan pujian keatas sifatnya dan tujuan yang baik.

Labels:

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.