Kurangnya HIBURAN di sini...??!!

Baru pagi tadi aku dikejutkan dengan kenyataan roommate aku. Katanya, ada kawan-kawan dia cakap kt Tronoh ni kurangnya hiburan a.k.a entertainment. Aku pun balas dengan nada sedikit eMo, “Lorrhhh, DC++ dah ada, tarak cukup ka?.” Aku tanya sapa yang keluarkan statement tu. Lantas disebut la beberapa nama. Bila aku dengar ja nama tu, diam-diam aku cakap “Padan la depa kata kat sini tak cukup entertainment. Golongan ‘ni’ rupanya..!!!”


Bila cakap pasal entertainment a.k.a hiburan, mesti majoriti dalam kepala masyarakat terlintas berkenaan KONSERT. Tak kira la konsert nasyid ka, konsert rock ka, konsert jiwang ka, asal ada nyanyi lagu cukup. Namun, daripada apa yang aku belajar, difinisi paling tepat untuk hiburan adalah sesuatu yang menyebabkan kita gembira, terhibur, tak kira la konsert ka, tengok movie ka, surfing ka, baca komik ka, asalkan kita terhibur bila kita buat perkara tersebut. Ya la, dah nama pun hiburan, mesti benda yang kita suka buat tu mampu menghiburkan diri sendiri. Ada orang, baca Al-Quran pun dah cukup buat hatinya terhibur. Tinggi makam orang yang macam ni.


Berbalik kepada persoalan kurangnya hiburan kat bumi Tronoh ni, aku fakir balik melalui kaca mata dan hati aku sendiri, tak ada pun kekurangan hiburan kt sini. Cuma kita sendiri yang tak pandai memilih. Bukan saja tak pandai memilih, malah enggan memilih. Pilih hanya program-program hiburan yang kena citarasa masing-masing. Ada yang pilih lebih suka ke konsert dan gig, tapi enggan ke program hiburan + ilmu. Ada yang suka pergi ke program hiburan + ilmu tapi tak nak ke konsert mau pun gig. Ya la, masing-masing ada citarasa sendiri, jadi mereka cuma pergi tempat yang mereka rasa mampu menghiburkan diri. Nama pun hiburan, setiap manusia punya citarasa berbeza.


Namun aku cuba melihat pilihan yang dibuat ini berdasarkan background a.k.a latar belakang masing-masing. Contohnya diri aku sendiri. Aku dibesarkan di kampung. Konsert-konsert jarang ada. Kalau ada pun kat simpang tiga jalan kampung. Itu pun ada 4-5 orang yang suka melalak sampai pagi. Geng penganggur katakan. Tapi sekarang dah tak ada. Pasal depa dah bekerja dan berbini. Duduk kat rumah layan bini pun best, lagi bagus, dapat pahala. Kampung aku ni banyak jugak jalankan aktiviti keagamaan macam ceramah ilmu, kelas muqaddam & Al-Quran, pertandingan nasyid. Almaklum la kawasan PAS, jadi banyak program hiburan kat situ based on program keagamaan. Maka bila sampai ja kat sini, dengan program agama ada, konsert-konsert pun ada, hati aku lebih terarah untuk ke program agama daripada pergi konsert. Tapi, aku pergi jugak konsert, tapi yang free je la. Kalau yang kena bayar ni, sorry to say. Dah le mahal. RM 10 la, RM 20 la, RM 25 la, tak kebuloq aku nak p. Lagi satu pasal, aku ni kedekut. Nak makan untuk diri sendiri pun berkira, apatah lagi nak bayar duit pergi konsert. Kalau aku tak kedekut macam tu, tak mampu aku nak beli motor ni pakai duit sendiri. Cash pulak tu. Tak sia-sia kumpul duit dari Foundation 1st. Hehehehehe….




Kemudian, aku semak balik latar belakang ‘mereka’ yang mengatakan bumi Tronoh ni kurang hiburan. Ya, ‘mereka’ ini datang daripada bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan negeri-negeri lain yang membangun. Kedah pun ada. Pendek cerita, ‘mereka’ semua ni tinggal kat ibu kota, senang cerita. Kat ibu kota ni, seperti yang aku tahu, konsert memang ada, malah kat sesetengah tempat tu, dalam seminggu, 3 konsert sekali. Kelab malam jangan cerita la, bersepah. Pusat karaoke lagi, snuker lagi, gig lagi. Macam-macam ada, bak kata pakcik astro. Secara automatiknya, aku assume ‘mereka’ ni membesar dengan suasana macam ni, jadi bila ‘mereka’ pergi merantau ke tempat lain, mesti la ‘mereka’ nak keadaan kat tempat baru ‘mereka’ sama macam tempat asal ‘mereka & keluarga mereka’. Ish, berapa banyak ‘mereka’ da…..


Jadi, fitrah manusia ni, dia tak suka dihalang daripada melakukan perbuatan yang disukainya. Aku yang suka pergi masjid ni tak suka kalau aku dihalang pergi masjid. Orang clubbing pun tak suka kalau dia dihalang pergi clubbing. Orang suka gig dan konsert tak suka kalau dia dihalang pergi ke tempat-tempat tersebut. Pendek kata, jangan halang orang buat benda yang disukai, kerana manusia tak suka dihalang daripada melakukan perkara yang dia suka. Tapi kenapa macam tu? Jika kita semak balik sirah Baginda S.A.W, antara sebab mengapa pembesar-pembesar Quraisy tak mahu menerima dakwah Islam kerana Islam menegah mereka daripada melakukan perkara yang mereka sukai. Contohnya, bertukar-tukar pasangan perempuan tak ubah macam tukar baju, menyembah berhala, membunuh anak perempuan dan juga hak samarata setiap manusia tanpa mengira jantina, pangkat, harta, status dan sebagainya. Kita sebagai manusia perlu ingat, kita hamba Allah S.W.T. Nak tak nak, kita WAJIB mematuhi perintah Allah yakni yang terkandung dalam ajaran ISLAM yang dibawa Baginda S.A.W.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

Jadi, bila mana ada orang yang menghalang kita daripada melakukan sesuatu perkara dengan disertakan sebab-sebab dan hujah yang kukuh, maka terima la dengan hati terbuka. Bukan saja-saja dia nak halang, mesti ada sebab yang mengatakan sedemikian. Tambah pulak kalau disertakan dengan dalil dari Al-Quran & Hadith, tambah ijmak Ulama’ lagi, maka terima je la. Bukan ke kita sebagai orang Islam, mengiktiraf Al-Quran & Hadith sebagai sumber rujukan ilmu & hukum yang utama, kemudian diikuti Ijmak beserta Qias. Tapi kalau tak dapat terima jugak, tak dapat nak cakap apa lagi. Cuma berdoa saja moga-moga satu hari nanti, terbuka jugak pintu hati itu untuk menerimanya.


Berbalik kepada persoalan memilih bentuk hiburan, terpulang kepada diri masing-masing. Guideline dah ada, terang-terang pulak tu. Jadi buat la pilihan yang bijak bagaimana anda nak memilih hiburan yang mampu menghiburkan diri anda dalam masa yang sama tak melanggar syariat Islam. Bagi aku, banyak ja aktiviti yang boleh dipanggil hiburan, Cuma kita sendiri yang memilih untuk mendefinisikan aktiviti tersebut sebagai hiburan atau tidak. Macam aku cakap awal tadi, buat pilihan dengan bijak. Sama jugak sekarang tengah PRK (Pilihan Raya Kampus), jadi buat juga undian yang bijak. Seruan peribadi saya, sila undi calon nombor dua. Hehehe. Berkenaan dengan pilihan hiburan untuk diri aku, aku taram je semua. Baca komik ka, ceramah Ustaz Shahrir Long & Akil Hayy ka, layan movie ka, DC++ ka, konsert ka(asalkan free… hahahahahaahaha).



(Dengar lagu Moment Of Glory – Scorpion time genting gini sedap dowh… Aku dengar hampir 30 kali stakat petang ni)

Labels: ,

0 cAkAp2:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.