Selamat datang Februari 2012

Hidup tak mempunyai pekerjaan tetap memang mencabar. Melihat rakan-rakan lain yang dah dapat kerja tetap,membuatkan hati ini cemburu. Huhu, Allah menguji aku dengan pelbagai dugaan dan cabaran, yang sampai ke hari ini aku masih belum merasakan dunia ku kelam disebabkan ujian-ujian itu. Alhamdulillah..


Sejak merantau ke Kuala Lumpur dari bulan Julai 2011 sehingga ke saat post ni ditulis, dah bermacam kerja aku buat untuk menampung hidup. Alhamdulillah aku ada sahabat-sahabat yang sudi membantu aku ketika sesak, merelakan aku menumpang di rumah mereka tanpa mengambil kira sewa rumah. "Ada duit nanti, boleh la bayar. Enta sekarang pun bukan ada kerja tetap lagi." Syukran jazilan buat semua..

Dari cikgu tuisyen sampai la eksekutif khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi tempatan, dah pelbagai kerja aku buat. Ternyata jodoh aku dengan kerja-kerja tersebut tak panjang melainkan kerja mengajar yang dah macam sebati dalam hidup aku sekarang. Apply kompeni oil & gas, belum ada satu lagi pun yang panggil untuk interview.

Yang non-related oil & gas memang ada, tapi malas nak pergi sebab tak related dengan engineering satu hal, pastu gaji ciput (parent aku marah bila aku berkira sangat pasal gaji. Ambik pengalaman dulu kata depa). Aku tak kisah dapat gaji ciput, asalkan kerja dalam bidang yang aku belajar,tu syaratnya. Agaknya tu salah satu sebab kenapa aku berenti kerja kat Celcom dulu,hahahahaha....

Alhamdulillah, sekarang rezeki macam nak masuk mencurah ja. Walaupun email daripada mana-mana kompeni oil & gas panggil interview belum ada, tapi ada rezeki dari sumber lain yang Allah nak bagi. Sejak buat Home Tuition dari pertengahan Januari 2012 ni, panggilan dan permintaan untuk mengajar makin tinggi, sampai nak penuh dah jadual seminggu aku. Bibit-bibit malas menjadi engineer pun dah mula terbentuk, tahu kat Pak Su aku memang dia bangkang abis la,hahaha...

Walau apa pun, hidup kena jalan. Tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi kena laksana. Kerja kena cari, tak boleh melangut tengok langit ja. Yang penting, kenali potensi diri dan kecenderungan supaya dapat kerja dalam tempoh yang lama (bukan keja sebulan pastu berenti, macam aku). Yang paling utama, jangan berputus asa pada rahmat Allah, kerana Dia ada sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mintalah, dan berdoalah, nescaya akan diperkenankan rezeki..

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.