Mehnah n tribulasi minggu ini


1) Logbook untuk 4 minggu lom siap. Sok nak kena submit

2) Slide final presentation lom wat. Lusa kena present

3) SV harapan tak kompem leh datang evaluate presentation. Disuruhnya ganti dengan staff yang skema. Terbang la gred A intern aku.

4) Lepas abis present, kena wat final report plak. Adoi~

Kepada memberku yang baru intern, pesanan berguna: jangan la tangguh kerja anda. Jika tidak inilah hasilnya.....................

Labels:

10 wasiat Imam Shafie'

10 wasiat Imam Shafie
 
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat
islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan
dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,
mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk
mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu
org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat):
menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup
menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran
takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah
ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd
qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat
ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang
dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para
sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Labels:

Old one to New one

Disebabkan rate of production di blog aku tak produktif semenjak dua menjak ni, aku amek keputusan drastik untuk tukar template blog, dengan harapan template baru ni, rajin la sikit aku update. Mari tengok hasilnya....


...........


........


....


Tadaaaa!!!!

ENAM PEGANGAN oleh Imam Hassan Al - Banna

1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan Cita-cita dan Agama.

Labels:

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul - Haron Din

SOALAN: Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato' jelaskan.

- MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat



JAWAPAN: Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186) Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.
Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang. Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya. Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan. Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan. Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Labels:

Asal - usul Zikir Fatimah: Penawar Penat

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan.Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya.


Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.
Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".

Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.
Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"

Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Mafhum Sabda Rasulullah.
"Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.