Aku mengira sabtu lepas adalah sabtu yang 'gila-gila'. Mana taknya, perjalanan yang sepatotnya 400KM tiba-tiba menjadi 1300KM (agak-agak ja nih) dengan terhasilnya 'plan last minute'. Bermula di rumah Azri, 'plan' Tronoh - KL - Tronoh telah HENSHIN menjadi Tronoh - KL - Kemaman - Dungun - Kuala Berang - Gua Musang - Cameron Highland - Tronoh. Apa punya 'plan' daa....
Tanpa bawak apa-apa baju tambahan, maka dijanjikan oleh Pie' yang kat rumahnya bleh disediakan baju-baju bez untuk dipakai. Nasib ada Hotel Pie'.Hehehehe... Part paling bez tyme kat highway Karak tu adalah part 'race'. Tak sangka lak aku Myvi Din power siot. Keta Farouqi tu cam keta buruk ja dia wat, kena tinggal jauh kat belakang. Sempat gak race dengan Mitsubishi Lancer sapa ntah. Memang tak sedar diri la Din ni. Semua dah tau Myvi vs Lancer = Myvi kalah kaw-kaw.
Aktiviti menarik bila ziarah orang dan rumahnya, mesti la acara makan-makan. Makan kat umah Azri memang sedap. Nasi campur kismis (nasi tu nama hapa ntah), sayur campur, sambal belacan, rendang ayam, air buah, buah epal, kuih sikit, perrrgghhh. Samapi sekarang air liur aku still meleleh bila teringat balik acara makan-makan kat umah dia. Umah Pie' pon bez gak. Makan dengan layan Arsenal lawan MU kat depan ruang tamu. Bihun goreng, keropok goreng, air bandung, teh o, 2 pinggan mempelam hiris, licin abes malam tu. Jalan jauh-jauh mesti la lapar. Terima kasih kepada kedua-dua tuan rumah.
(Di rumah Azri, Mr. Presiden baring kekenyangan. Makan tambah 3 pinggan. Kuat2)

(Sebelum gi umah Mr. Presiden, mandi dulu kat pantai ni. Dekat ja dengan sekolah. Sambil mandi leh dengar announcement kat perhimpunan. Dah la pagi tu sekolah tu wat Hari Guru)
(on da way ke umah Mr.President. Jera tengah 'teghan' untuk melepaskan kentot. Tak guna tol)+tiba+dihalaman+rumah+tuan+presiden+(sebut+farouqi).jpg)
(Da sampai pon umah presiden. Leh tahan gak umah dia. Paling merbahaya, pokok berduri tepi ruang masok. Mangsanya dah 2 orang).jpg)
(mana sarapannya Mr. Presiden?? Lapaw nih)
(muka-muka puas selepas melantak aiskrim, keropok lekor, roti, teh o)

(Travel yang malang. Bleh tak sedar lesen dah mampos dekat SEBULAN!!! Kena kompaun kat Cameron Highland. Malang betoi)
Pernahkah anda mendengar ayat-ayat puitis diatas??!!
Pernahkan anda terlupa mengambil kunci sebelum anda keluar bilik dan menguncinya? Kemudian anda baru tersedar yang anda terlupa ambil kunci sedangkan pintu bilik terkunci. Ia berlaku diluar waktu pejabat.Ertinya anda akan didenda jika meminta tolong daripada fellow village maupun rakan-rakan RCSU.
Lalu anda brainstorm di dalam keresahan, lalu terjumpa beberapa penyelesaian:-
1) Anda kopak saja tombol pintu. Tapi tombol tu akan rosak. Kena report kat office dan bagi alasan. Masuk sem ni, dah 8 kali tombol ni dikopak.
2) Tendang pintu sampai terbukak. Pernah dicuba tapi tak berhasil. Menyakitkan kaki dan tapaknya. Amat menyeronokkan jika anda sedang berlatih Muay Thai @ geramkan seseorang dan cari jalan lepas tension.
3) Membuat aksi Spiderman dengan memanjat dari tingkap aras atas @ aras bawah. Sungguh senang jika anda di aras bawah dan dua. Amat gayat jika di tingkat 3. Pilihan yang ada, mintak tolong sahabat Turkmenistan anda panjat. Depa memang terror bab panjat bangunan ni. (rakan saya namanya Batyr. Rakan anda siapa pula?)
4) Jika anda pernah melakukan abseiling(betolkah ejaan nih?), ini masa yang tepat untuk menguji semula pengalaman dahulu. Menggunakan kain selimut+baju+kain yang diikat bersama seperti tali, kemudian dijulur dari tingkap atas ke tingkap bilik anda. Anda cuma perlu berpaut dan turun dengan berhati-hati. Gayat masih menjadi musuh utama, jika anda jatuh, pastinya ada keluarga anda akan mengusung keranda ke kubur esoknya.
5) Anda telah bersedia dengan kunci spare yang anda letakkan di tempat-tempat strategik @ kawan anda yang pegang. Biasanya anda telah merasai pengalaman terkunci bilik dari luar dan anda mengambil langkah ini sebagai persediaan jika ia berlaku sekali lagi.
Hari ni aku terkunci diluar bilik lagi. Tapi tiada masalah kerana aku telah menyediakan 2 kunci spare yang diletakkan di tempat strategik. Cara ni jugak menjadikan aku takdak masalah untuk menyusup masuk ke bilik ketika cuti semester bagi menikamati internet yang laju tahap cheetah. Jadi tahniah kepada diri sendiri atas cara yang bijaksana ini. Hahahahahaha......
p/s: Penyediaan kunci spare ini dibuat setelah 5 kali aku terkunci bilik tanpa pegang kunci. Maknanya aku dah buat benda bodoh sebanyak 5 kali = bodoh kuasa lima... Adoi laaa...
