Gtalk vs YM vs Skype

3 application kat atas merupakan benda yang common bagi aku untuk berhubung dengan member yang dah duduk jauh-jauh. Jom kita tengok apa kelebihan application ni…



Gtalk

Aku start mengenali benda ni masa foundation 1st sem, lepas farid introduce. Masa tu aku join venture dengan dia untuk jual kad topup. Mula-mula jarang sangat aku pakai sebab friends list aku Cuma si Farid ja. Start foundation 2nd sem, aku start join event dan komiti-komiti event ni jadikan gtalk sebagai medium perhubungan untuk kerja update progress work, inform meeting dan macam-macam lagi. Bagi aku, gtalk ni simple dan mudah, senang login walaupun kadang-kadang dia jadi biol sikit untuk login. Tak banyak function macam YM seperti smiley, IM environment, games tapi dalam bab nak hantar mesej ni tip top. Sekarang dah jadi medium utama aku dalam perhubungan maya. Lagipun dah ramai member pakai gtalk(friend list dekat 100 orang), so lagi mudah untuk aku kontek nak tanya pasal lecture, esemen. Friends dalam gtalk aku ni, 96% adalah budak UTP. Budak U lain tak layan gtalk. Aku tak tau sebab apa. Lupa nak tambah, leh transfer file jugak gtalk ni, bukan stakat mesej ja. (tapi tak boleh lawan DC++ dalam bab transfer dan download ni).



Yahoo Messengger

Aku mula ada akaun Yahoo masa buat application nak masuk UTP dulu(punya la kuno diri ni, dah abis Form 5 baru ada email). Tapi aku start pakai YM pun selepas aku masuk UTP (biasa la, kat rumah tak da internet. Tak tau sangat bab-bab ni). Macam biasa, friends list tu awal-awal, sikit sangat. Dah lama sikit, bila dah kenal ramai member, mintak la YM nak add.Taun demi taun, bertambah la friends list aku melebihi 100 orang(lagi banyak dari gtalk). Tapi sekarang aku dah jarang login sebab YM dah jadi bengong(ada problem masa nak login). Bila tak login, aku terputus hubungan dengan member-member Astech( depa ramai pakai YM). Aku tak kisah sangat. Lagipun ada henset, kontek pakai SMS dah la.



Skype

Ni pun aku mula pakai lepas aku masuk UTP. Ex-roommate aku, Makwan yang introduce. Agak meluas penggunaan benda ni bagi batch July 06. Antara keistimewaan ketika tu, boleh buat video call, chatting dalam conference, sebar maklumat. Makwan rajin pakai untuk komunikasi masa main DOTA dengan geng-geng dia. Senang la sikit nak susun strategi. Tapi ada jugak sisi skype yang aku tak suka. Dia banyak SPAM, sampaikan laptop aku sekarang tengah nazak(Alhamdulillah, masih lagi bertahan walaupun dah 1 tahun nazak). Lagi 1, bila mesej, mesej yang kita type lambat sampai kt orang sana. Yang ni agak menjengkelkan jugak. Pastu ramai la pulak orang-orang yang tak dikenali add. Buat serabut dalam friend list ja.



Konklusinya, aku rasa gtalk paling bagus sebab benda ni ja aku selalu pakai. Kalau tak bagus, gerenti aku tak pakai punya. Kalau boleh, nak ja aku pakai tiga sekaligus, tapi dengan YM dan skype yang rajin biol tak tentu pasal, aku pakai gtalk je la….

Labels:

CINTA : Naluri yang menjadi penyakit

Kebanyakan remaja zaman ini pastinya telah mengenal dan melalui CINTA. CINTA yang bagaimana..? Jika disebut istilah ‘couple’, pasti ramai yang memahami dan mengetahui. Pernah juga diperdebatkan umum, apakah hukum bagi CINTA sebelum nikah ini..? Haram? Harus? Halal? Lalu mereka yang bijak pandai segera mengeluarkan pendapat yang memutuskan CINTA sebelum nikah ini HARAM. Antaranya dalil dari Al-Quran seperti Surah Al-Isra’ ayat 32


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”


Lagi, hadis riwayat Ibnu Majah


"Tidak ada apa yang kami lihat pada kedua-dua yang menyintai satu sama lain melainkan PERNIKAHAN"



Persoalannya, mengapa masih lagi kedapatan mereka yang bagai tak mengendahkan pendapat ini. Adakah perlunya ditunggu seorang mufti mengeluarkan fatwa, maka barulah terhegeh-hegeh untuk mengikutnya. Belum lagi dikira komitmen untuk mengikut seruan fatwa tersebut. Seperti fatwa yang dikeluarkan Mufti Johor untuk memboikot barangan Israel dan Amerika setelah Israel menyerang Gaza. Berapa kerat sangat yang mengikut. KFC masih ramai orang islam yang berkunjung. Baru semalam, seorang kawanku membawa balik pai epal yang dibeli di McDonald sebagai buah tangan kepada rakan sebilik. Mahu tahu lagi, serbu saja ke bilik rakan-rakan anda, lihat jika masih ramai lagi yang menggunakan barangan berjenama Johnson n Johnson, Nestle, dan sekutu-sekutu dengannya.

Diungkapkan oleh seorang guru, kebanyakan kita lupa, bahawa diri sendiri sebenarnya adalah HAMBA. Menjadi masalahnya apabila kita gagal untuk menguruskan cinta HAMBA sesama HAMBA, tanpa menyedari menguruskan cinta HAMBA kepada DIA, lebih mudah dan mendamaikan.

Jika manusia lupa dirinya hamba, fikiran dan keinginannya sering berantakan dan tidak segan silu mengenengahkan demand. Menuntut justifikasi atas perbuatan yang benak hati gagal membohongi, bahawa apa yang dibuat itu jauh dari jalan Ilahi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tidak dibahaskan sahaja terus tentang cinta? Kalau boleh, katakan boleh. Mengapa tidak terus sahaja diringkaskan kepada ya atau tidak, ringkas dan menjurus?

Cinta bukan matematik, cinta bukan campur dan tolak. Cinta adalah belitan perasaan yang tidak tergenggam oleh tangan, tidak terpandang oleh penglihatan, tetapi wujudnya ia secara tiba-tiba, kamu dapati diri sudah menjadi abdi, diperabdikannya. Cinta hanya simptom. Dasarnnya adalah kepercayaan, pandangan tentang kehidupan dan sistem nilai.

Seperti yang diperkatakan diatas, penidakan oleh mereka yang tidak merestui akan tidak bolehnya CINTA sebelum kahwin kerana manusia sudah berani demand. Sama juga seperti menidakkan alat permainan buat anak kecil. Si kecil itu akan berusaha memujuk ibu bapanya untuk membelikan permainan tersebut, dek MINAT dan SUKA yang tinggi.

Sudahnya, apa penyelesaiannya? CINTA datang seperti angin, menyapa bila-bila masa. Asal tengok yang ada rupa, mesti tertarik punya. Adalah bohong jika seseorang itu tidak pernah merasakan dia mahu bercinta, jatuh cinta, dan dicintai. Jika dia merasakan sebegitu, dia adalah MALAIKAT.

“cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”

Mungkin ini satu penyelesaian terhadap masalah hati ini, namun bukan semua yang mampu mempraktikkannya. Betulkan pemikiran(mindset) anda, jangan hanya tahu mencari alasan untuk perjuangan yang belum tentu kesudahannya. Beringatlah, mengekang hawa nafsu ketika bujang adalah lebih mudah dari mengendalikan kapal rumahtangga yang akan dilanda ombak dan badai yang amat hebat. Anda semua tentunya bercita-cita untuk berkahwin bukan??!!

Aku pula?! Masih lagi mampu tidak melayan dan melawan. Esok lusa siapa tahu……

(Penulisan ini sekadar pengalaman penulis dalam pembacaan di saifulislam.com)

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.