Showing posts with label wasiat. Show all posts
Showing posts with label wasiat. Show all posts

10 wasiat Imam Shafie'

10 wasiat Imam Shafie
 
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat
islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan
dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,
mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk
mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu
org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar,
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat):
menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup
menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran
takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah
ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd
qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat
ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang
dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para
sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Labels:

ENAM PEGANGAN oleh Imam Hassan Al - Banna

1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan Cita-cita dan Agama.

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.