Showing posts with label Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tauladan. Show all posts

Mentaliti ibu bapa untuk anak-anak berjaya??

Genap sebulan sudah aku mengajar tuisyen bagi subjek PMR. Baru ni dapat offer mengajar subjek SPM lak,murah rezeki. Walaupun baru dikejutkan dengan kehilangan laptop yang didalamnya terdapat pelbagai khazanah ilmu dan rahsia kononnya,tapi dah takdir,redha ja la..Kerana dok mengenang barang yang hilang tu,hari-hari layan lagu Niat Di Hati Tak Nak Berpisah (Arrow),rasa cam kena dengan situasi~


Bos tuisyen aku (Cikgu Rozita) memang peramah. Biasanya lepas budak-budak tuisyen balik,aku akan stay jap & sembang-sembang dengan dia. Dek kerana keramahan beliau,macam-macam cerita yang dia kongsi dengan aku. Namun cerita dia minggu lepas agak menarik perhatian.

Kisahnya bermula ketika mana dia cerita tentang kenapa dia tak sekolahkan anak dia di Sek. Keb. Taman Melati sebaliknya memilih untuk dihantar ke sekolah dalam kawasan Melawati. Daripada penceritaannya,sekolah di Taman Melati tak kompetitif seperti mana sekolah di Taman Melawati,ditambah dengan budak-budak nakal, malas belajar yang ramai di Taman Melati. "Tak bagus la untuk anak saya. Kawan-kawan tuisyen dia ada yang bersekolah di Taman Melati,performance dalam pelajaran agak kurang memuaskan."

"Kamu tau tak,bila saya hantar anak saya ke sekolah,saya rajin-rajin la jugak tengok gelagat ibu bapa yang lain. Sekarang kan saya tengah sambung buat PhD,jadi saya selalu melawat anak saya di sekolah waktu dia rehat. Waktu tu saya nampak perbezaan antara parent orang melayu kita,dengan parent student cina. Kalu parent melayu,bila datang melawat anak,biasanya bagi makan,tanya khabar,sembang-sembang sampai abis rehat. Prent student cina ni lain sikit. Waktu rehat cuma 20 minit. 10 minit pertama dia akan bagi masa ntuk anak dia makan. 10 minit yang kedua,dia mintak anak dia keluarkan buku kerja,dia nak cek. Rupa-rupanya,dia bagi task untuk anak dia cari perkataan bahasa inggeris dengan makna sekali 20 perkataan setiap ari. Dia akan cek satu-satu,kalu tak cukup memang akan kena luku (cepuk) kepala la anak dia. Macam tu la tiap-tiap ari di sekolah."

Lama jugak kami bersembang berkenaan hal tu,sehinggalah kami come out dengan kesimpulan,yang memang tak pelik kalu kita tengok student cina lebih kompetitif dan rajin belajar berbanding student melayu kerana mereka dilatih dengan culture belajar!! belajar!! belajar!! semenjak kecil lagi. Tidak dinafikan ada juga student melayu yang dilatih sedemikian oleh parent masing-masing,tetapi ia menjadi suatu panduan dan pengajaran kepada bakal-bakal parent,jika ingin melihat anak-anak menjadi insan yang cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran,mungkin cara diatas boleh dijadikan panduan.

Labels:

Imam Ahmad bin Hanbal: Alam ini terjadi dengan sendirinya??!!


Ketika zaman Imam Ahmad bin Hanbal, terdapat penganut fahaman atheis yang berusaha mengganggu keimanan umat Islam tentang kewujudan Tuhan. Mereka berjaya memutarbelitkan fakta berdasarkan kepada perdebatan dan logik yang mereka lakukan. Menurut mereka, alam semesta terjadi melalui proses sendirinya tanpa campur tangan Zat Allah. Oleh itu, manusia tidak perlu menyembah Tuhan yang sebenarnya tidak wujud bagi mereka.

Sudah banyak ulama yang berusaha berdebat dan membetulkan mereka, namun tiada siapa yang mampu mengalahkan mereka sehingga mereka menjadi bongkak dengan kehebatan tersebut. Namun, Imam Ahmad berusaha untuk memberikan tentangan terhadap pendapat mereka dan mahu membuktikan bahawa pendapat mereka itu adalah salah. Biarpun penampilan Imam Ahmad tidak menunjukkan bahawa dia seorang ulama yang berilmu, kaum atheis tetap menerima pelawaan debatnya. Syaratnya ialah, pedebatan ini dilakukan secara terbuka dan dihadiri oleh orang ramai. Kaum athies setuju lalu menetapkan masa dan tempat.

Pada hari yang ditetapkan, Imam Ahmad lewat tiba hingga mengundang cacian dari kumpulan atheis manakala penonton yang menunggu pula merasa kesal. "Sabar, sabar beri aku kesempatan menjelaskan sebab kelewatan ini," ujarnya tenang. Walau merasa kesal, kumpulan atheis memberi peluang untuk Imam Ahmad bersuara. "Begini, kamu tentu tahu bahawa saya tinggal di luar bandar. Di situ terdapat sebatang sungai yang cukup lebar. Ketika hendak datang kesini, saya mendapati tiada satu pun sampan yang membolehkan saya menyeberang. Itulah sebabnya saya terlambat datang."

"Jadi, bagaimana kamu boleh tiba kalau tiada sebarang sampan?" tanya mereka kehairanan. "Ah! Satu perkara yang ajaib telah berlaku," kata Imam Ahmad. "Secara tiba-tiba sekeping papan hanyut terapung-apung dan dengan sendirinya berhenti di depan saya. Kemudian disusuli oleh beberapa papan-papan lain yang juga hanyut lalu semuanya bergabung. Tiba-tiba muncul pula seutas tali. Papan-papan dan tali membentuk dengan sendirinya menjadi sampan yang elok dan baik. Sampan kecil itulah yang menyeberangkan saya hingga sampai ke tempat ini dengan selamat," ungkapnya panjang lebar.

Kumpulan atheis itu ketawa terbahak-bahak. "Ah! Mengarut sahaja. Itu mustahil, dan tidak masuk akal," kata salah seorang di antara mereka. Imam Ahmad menjawab dengan lembut, "Kalau kamu tidak percaya sampan yang kecil itu boleh terbentuk dengan sendirinya, bagaimana pula dengan alam semesta ini yang besar dan boleh terjadi dengan sendirinya tanpa kekuasaan Allah SWT?" Kumpulan atheis itu terdiam dan bungkam seribu bahasa. Oleh kerana tidak berjaya menemui jawapan bagi membalas kata-kata Imam Ahmad, mereka pergi begitu saja. Orang ramai yang hadir merasa amat gembira dengan kata-kata Imam ahmad yang kelihatan sederhana tapi amat mendalam hingga kumpulan atheis itu kalah sebelum bertanding.

Ibadah 600 tahun belum tentu menjamin syurga

Seorang ahli ibadah yang hidup selama 600 tahun telah menghabiskan seluruh hayatnya beribadah dan beramal soleh semata-mata dan meninggalkan semua kesenangan dunia.

Setelah dia meninggal dunia, Allah memerintahkan Malaikat supaya memasukkan ahli ibadah itu ke dalam syurga atas rahmat-Nya (Allah).

Ahli ibadah itu enggan masuk ke syurga atas rahmat Allah, sebaliknya meminta dia dimasukkan ke dalam syurga kerana ganjaran daripada amal ibadat yang telah dilakukannya selama hayatnya 600 tahun itu.

Atas permintaan itu, Allah memerintahkan Malaikat menimbang amalan yang dilakukan oleh ahli ibadah itu untuk dibandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya ketika di dunia dahulu. Setelah ditimbang, didapati pahala amalannya itu nilainya hanya untuk satu biji matanya sahaja. Oleh itu, Allah memerintahkan Malaikat supaya menghumbankan ahli ibadah itu ke neraka.

Mendengar itu, Ahli ibadah itu merayu supaya dia dimasukkan ke syurga atas RAHMAT ALLAH, bukan atas ganjaran daripada amal ibadah yang pernah dilakukannya.

Kalau ahli ibadah yang beramal dan meninggalkan kesenangan dunia selama 600 tahun itu pun tak layak masuk ke syurga atas amalannya, bagaimana kita?

Oleh itu, kita beribadah biarlah ikhlas, untuk mencari keredhaan Allah dan tanda syukur dan terima kasih kepada-Nya. Kita boleh berdoa dan mengharap Allah memberi rahmat-Nya dan memilih kita sebagai antara hambanya yang mendapat syurga, tetapi jangan sesekali menganggap ibadat kita adalah penyebab ke syurga...(iktibar untuk semua , terutama diri sendiri).

Sara Bokker – Tinggalkan bikini demi Islam

Sumber artikel : Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang

Sara Bokker – Tinggalkan bikini demi Islam

Posted on 5 September 2009 by dupahang

sara-bokkerSebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku.

Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang "suka mempamerkan tubuh" serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah 'menjadi tawanan' kepada kehendakku sendiri.

sara_bokker_3Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai "Perang Salib Baru", aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti "khemah", tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu.

Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara "berpilih", aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan.

Bertemu al-Quran

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya.

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat.

Bahagia dengan Hijab

Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu.

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai "pusat skandal di bumi", yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah/cadar) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah kukenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebut abaya(jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

Memakai purdah

Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih "menyenangkan" Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli "isdaal", sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Cabaran Hijab dan Niqab

Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai "tanda-tanda kemunduran".

Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita.

Meskipun begitu "Pejuang Kebebasan" memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

Memperjuangkan Hak Wanita

Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih.

Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri.

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya "berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung" secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini.

Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku.

Dulu Bikini, Sekarang Niqabi

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.

Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya. (Allahuakbar!-ummuabbas)

Hari ini, niqab adalah symbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai hijab, aku boleh berkata: Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan dirimu sendiri…

Kepada "penguasa peradaban" yang rasuah dan sentiasa di dalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata: Teruskanlah……..

Sara Bokker
USA

Labels:

Imam Thailand & Harga Sebuah Iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku
jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk
memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Moral:
Sahabat-sahabatku sekalian... Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang, mereka yang masih belum memeluk Islam akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Moga akhlak mulia yang kita pamerkan akan menjadi wasilah da'wah yang paling berkesan dan berbekas di hati-hati mereka..

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.