Review - Xiaomi Redmi 2 Enhance

Ledakan teknologi telefon pintar yang berpusat di negara China sejak kebelakangan ini menyebabkan pengeluaran banyak jenama yang boleh didapati pada harga murah namun memberi spesifikasi yang tinggi. Antaranya jenama yang tidak begitu dikenali seperti Xiaomi, DooGee, Leagoo, Meizu dan pelbagai jenis jenama lain yang menjadikan Android sebagai 'operating system' menyebabkan pengguna Android mempunyai banyak pilihan. Sudah tentunya keperluan bagi setiap pengguna adalah berbeza, maka dengan pelbagai jenama yang berada di pasaran menjadikan pengguna mempunyai pilihan yang pelbagai.

Bagi penulis pula, pilihan telefon pintar yang diingini adalah:

1) Harga yang murah - Pilihan ini tentunya semua orang dah tetapkan. Telefon pintar berharga kurang dari RM 500 adalah pilihan kebanyakan pengguna yang berada pada kelas pertengahan dan bawah kerana bagi mereka, bajet tersebut adalah 'acceptable'.

2) Spesifikasi yang tinggi - Dengan perkembangan aplikasi-aplikasi dalam telefon pintar itu sendiri yang kian pesat, mempunyai telefon pintar yang berspesifikasi minimum ROM 8 GB dan RAM 1 GB adalah perlu. Ini bagi memastikan keupayaan telefon pintar dapat dimaksimumkan setiap kali aplikasi dikemaskini.

3) Bateri tahan lama - Masalah ketahanan bateri adalah masalah yang berpanjangan bagi telefon pintar. Dengan keupayaan bateri sekadar pada julat 2,500 mAh cuma dapat bertahan selama 12 jam jika penggunaan kerap dan semestinya menjengkelkan pengguna. Kebanyakan telefon pintar datang bersama pakej 'rapid charge' dan keupayaan bateri sehingga 4,000 mAh namun tidak bagi telefon bajet bawah RM 500. Penggunaan 'power bank' juga membantu namun masih terdapat masalah lain seperti telefon panas ketika digunakan dalam masa mengecas dengan 'power bank' yang semestinya juga menjengkelkan. Namun, dengan adanya bateri tambahan dan juga 'external charger' membantu menyelesaikan masalah bateri telefon yang tidak tahan lama namun tidak semua jenama mempunyai kemudahan sedemikian.



Berdasarkan pada keperluan seperti diatas, penulis telah melakukan pencarian di laman sesawang GSMArena untuk mencari telefon pintar yang sesuai dengan kehendak penulis dan dalam masa yang sama dibawah bajet RM 500 penulis. Akhirnya penulis menjumpai telefon pintar yang sesuai dengan kehendak penulis iaitu Xiaomi Redmi 2 Enhance version.


Berikut adalah kriteria telefon pintar Xiaomi Redmi 2 Enhance yang menjadikan penulis berminat untuk memiliki dan telah memakainya sehingga sekarang:

1) Murah - Penulis membeli telefon ini pada harga RM 469 melalui website Xiaomi Malaysia. Model ini adalah 'enhance version' daripada versi sebelumnya iaitu Xiaomi Redmi 2 yang juga murah, RM 399 sahaja.



2) Spesifikasi Tinggi - Versi 'Enhance' hadir dengan 2 GB RAM + 16 GB ROM manakala versi lama cuma 1 GB RAM + 8GB ROM. Menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 410, 64 bit, 1.2 GHz CPU menjadikan telefon pintar ini antara telefon murah berprestasi tinggi.



3) Slot SIM Kad - Terdapat dua slot SIM Kad yang mana kedua-duanya menyokong FDD-LTE yang mana memberi kelebihan yang nyata berbanding telefon pintar lain yang cuma mempunyai 1 slot SIM Kad yang menyokong FDD-LTE. Untuk pengetahuan anda, FDD-LTE adalah frequency band yang digunakan oleh mobile operator di Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis dan lain-lain. Juga adalah penting untung mengetahui band yang digunakan oleh setiap mobile operator untuk mengetahui samada band tersebut disokong oleh telefon pintar atau tidak. Seperti penulis yang menggunakan Celcom, frequency band 4G bagi Celcom adalah Band 3 (1800 MHz) dan Band 7 (2600 MHz). Bermakna penulis akan memperoleh 'line' 4G bagi kedua-dua slot ini jika menggunakan rangkaian Celcom.


4) Extra Bateri dan External Charger - Bagi penulis, ini adalah kelebihan paling diharapkan bagi setiap telefon pintar. Mempunyai External Charger sendiri. Sungguh pun adanya power bank telah cukup untuk menangani masalah bateri cepat habis, namun penulis sendiri tidak gemar menggunakan power bank kepada telefon pintar ketika mana penulis ingin menggunakan telefon itu untuk tujuan lain. Situasi paling ketara adalah bila mana penulis mahu menggunakan aplikasi Waze ketika memandu. Aplikasi Waze adalah aplikasi yang hebat menghabiskan bateri telefon, dan bila mana anda menggunakan Waze dan dalam masa yang sama cas telefon, bersedialah untuk merasai kepanasan telefon tersebut bila mana anda masukkan ia ke dalam poket. Dengan adanya bateri tambahan dan External Charger, telefon anda tidak akan panas lagi kerana dicas, anda boleh dapat 100% power setiap kali swap bateri dan bateri tidak panas ketika dicas dengan External Charger yang semestinya membantu memanjangkan hayat bateri itu sendiri.




Seperti mana-mana barang, Xiaomi Redmi 2 Enhance juga mempunyai kekurangan. Antaranya adalah:

1) Skrin Kecil - Dengan saiz skrin cuma 4.7 inci, ia bukanlah pilihan kebanyakan pengguna telefon pintar yang inginkan skrin besar sekurang-kurangnya 5 inci. Namun tidak bagi penulis yang menggemari saiz skrin tidak besar. Penulis sebelum ini adalah pengguna telefon pintar Oppo Neo 5 yang punya skrin sebesar 4.5 inci dan penulis selesa dengannya. Cuma penulis terpaksa menukar telefon kerana spesifikasi Oppo Neo 5 yang rendah (1GB RAM + 4GB ROM) yang bagi penulis 'overpriced' terlampau dengan harga RM 598.

2) Kamera - Keupayaan kamera juga sederhana dengan 8MP untuk kamera utama dan 2MP untuk kamera depan. Namun spesifikasi ini adalah normal bagi telefon pintar bajet. Jika anda kaki selfie dan update gambar, telefon ini bukan yang sesuai untuk anda namun masih mampu menghasilkan imej yang memuaskan. Berikut adalah imej yang ditangkap menggunakan kamera telefon pintar ini.




3) Lag (Sangkut) - Ada beberapa keadaan di mana operating system telefon ini akan tersangkut-sangkut, namun tidak kerap. Sepanjang penulis memakainya, boleh dikatakan lag berlaku cuma dalam sekali dua sehari, namun itu adalah akibat kita tidak clear RAM selepas membuka dan menutup aplikasi-aplikasi dalam telefon. Tambahan pula, operating system bagi telefon pintar ini juga telah menggunakan hampir 1GB RAM daripada 2GB kuotanya, maka tidak hairanlah jika berlaku lag bila mana anda tidak clear RAM dengan kerap selepas selesai menggunakan sesuatu aplikasi.



Namun malangnya harga bagi telefon pintar ini telah meningkat kepada RM 529 bermula 20 Oktober 2015 lepas kesan daripada kenaikan nilai Ringgit berbanding US Dollar. Namun penulis tetap merasakan yang telefon pintar ini masih berbaloi untuk dimiliki berdasarkan kehendak penulis sendiri.


Lain-lain maklumat berkenaan telefon ini boleh dirujuk di laman sesawang Xiaomi Malaysia. Untuk produk Xiaomi, dinasihatkan untuk membeli produk ini daripada laman sesawangnya sendiri untuk mendapatkan jaminan terus daripada pengeluar, dengan kemudahan pembayaran kad kredit / debit dan internet banking. Anda cuma perlu membuka akaun Xiaomi untuk mombolehkan anda meletakkan tempahan. Penghantaran adalah percuma bagi jumlah pembelian melebihi RM100, dan semua barang dipos daripada Damansara samada melalui FeDex atau GDex dengan tempoh 3-5 hari bekerja bagi kawasan semenanjung Malaysia.

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.