Muwasafat Tarbiyah

Sumber: Happy Circle

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.

Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

3) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw.

Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

4) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat.

Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

5) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima.

Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya.

Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8 ) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan.

Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Labels:

Best 10 Drivers in The world (All women)

Do not stay beside your wife while she is driving !!!

المركز ال 10 لسايقة الشروكي


9th Place Goes To:

المركز ال 9 : لاتعليق



8th Place Goes To:

ال 8 : قطار بو تواير



7th Place Goes To:
ال 7 : مو لاقيه موقف



6th Place Goes To:

ال 6 : ما لقت اصغر منهم



5th Place Goes To:

ال 5 : الظاهر انها نست تدفع البقشيش

4th Place Goes To:

ال 4 : للشرطه النسائيه



The Bronze Medal Winner:

ال 3 : تراها مو غشيمه




The Silver Medal Winner:

ال 2 : تستعبط



Her helmet is being worn backwards

..... And finally, here is our 2008 Women Drivers Awards


وأخيرآ المركز الاول

Labels:

Gambar menarik minggu lepas


Gambar ni diambil ketika operasi menolong mangsa banjir lumpur di Batu Caves. Apa yang menariknya, seorang ustaz mencuci lantai berlumpur di hadapan patung cina. Sungguh ironi. Tuan rumah pula menerima bantuan dengan hati terbuka, malah bersyukur dan berterima kasih. Nampaknya Islam makin mudah diterima golongan bukan islam. Syukur..

Labels: , ,

Minggu yang haru-biru (16/3 - 24/3)


Starting previous week, bermula hari-hari ku yang dipenuhi kesibukan yang hebat kat opis. Ceritanya bermula setelah coach aku amek maternity leave sebab lagi beberapa ari lagi dia nak beranak. Dimulakan ceritanya, dia jadi coach aku sebab dia ada pegang 1 projek gas field dan SV aku (Manager section coach aku) assign aku untuk tolong dia dalam projek ni. Sejak dari bulan 1 lagi aku duduk bawah dia tapi lepas tu tergantung kejap sebab PMU belom meeting untuk decide drilling options.

Start pagi selasa kalu tak silap, SV aku datang tersengih-sengih kat meja aku tanya ada kerja tak. Kalau takda dia nak bagi 1 projek. Dalam ati bukan men lagi gumbira ati ni sebab ada gak kerja kat opis setelah menghabiskan masa 2 minggu hanya buat logbook ja. Rupa-rupanya dia nak bagi projek yang coach aku tinggalkan disebabkan maternity leave-nya. Kerja kau dimulakan dengan call balik coach aku tuh,Tanya update and background projek,selongkar computer dia cari data, kendian run kat computer aku.

Hari berlalu selama seminggu begitu pantas. Sejak dapat kerja, aku rasa duduk kat opis ni cam sekejap je. Masa takda keja dulu, nak tunggu sejam tu macam tunggu 2 jam. Berikut adalah beberapa rekod yang aku wat sepanjang minggu tuh:

a) 1st time buat OT masa praktikal. Datang kerja pukul 8, balik pukul 9.30 malam. Memang tak ‘cantik’ ah..

b) 1st time fokus dalam kerja. Sebelum ni, relax je rasanya tapi kali ni aku fokus 100%. Buktinya aku da x pegi melepak ke tempat syidee sepanjang minggu tuh.

c) Tak turun makan tengah ari. Ini pun rekod. Bila dah fokus sangat kat kerja ni, rasa lapar tu ada tapi tak mampu rasa untuk menghabiskan kerja menyebabkan terlupa turun lunch sebab nak setelkan kerja-kerja yang patut.

d) Dapat masuk meeting with Haji Akhbar and members of managing director PCSB memamng pengalaman berharga.Dapat la pengalaman camna orang-orang penting dalam decision board wat keputusan untuk sesuatu projek.

e) Dan yang paling penting, aku langsung tak dapat curi waktu untuk tido. Biasanya ada waktu tido di waktu pagi dan petang tapi tidak ada untuk minggu aku sibuk tuh. (1st time tak tido kat opis)

Labels:

WaKTu SoLaT

Islamic Calendar

Followers

PeRsOnAL

My photo
Kedah, Malaysia
I'm a man. What else??
Powered by Blogger.