Friday, November 14, 2008

Analisis yang tak TEPAT...!!!! Hahaha

Tengah syok surfing kat blog member,tetiba dapat satu analisis sikap bagi orang yang lahir pada bulan tertentu. Jom kita try...

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
[maybe la..]

Sangat cermat, teliti & teratur.
[cermat = tak sangat][teliti & teratur = tak jugak, selalu cuai.. hurm..]

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
[tak selalu dan tak suka..]

Pendiam tapi pandai bercakap.
[entah, tapi mungkin..]

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
[cool..???!!!! hahahahaha][sangat baik = tak jugak, aku ni jahat woo][mudah simpati = mybe]

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
[perihatin maybe, terperinci nope][amanah, setia, jujur = boleh la..]

Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
[sempurna = payah...!!!]

Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir.
[banyak berangan @ melayang kot...]

Daya pentaakulan yang baik.
[tak sangat]

Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.
[bijak, mudah belajar = biasa - biasa ja][cari maklumat = memang. kalau tak, aku tak dipanggil wikipedot]

Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.
[langsung tak kena.. huh]

Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
[ya ka..?? rasanya tak...]

Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.
[ini betoll... hahahaha]

Terluka hatinya sangat lama disimpan.
[maybe...]

Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.
[mungkin terlalu memilih.. bab sistematik tu no komen... lu pikir la sendiri..!!!!]


Kesimpulannya, hampir 70% daripada analisis ni tak tepat untuk diriku... Tak pa, analisis ja pon...

1 comment:

  1. hahaha!!but these characteristics r correct for me...(Ok, take it around 85% correct).

    kamu kes berkecuali mungkin!hahah!tp, september ppl are always the best. (masuk bakul angkat sendiri)

    n yes, this is my first time in ur blog. hahha!

    ReplyDelete